3:39 AM | Posted in
Zulkifli Nordin, walaupun belum menerima surat rasmi dari PKR berhubung pemecatan beliau dari parti tersebut, beliau sudah menerima dua pinangan satu dari PAS dan satu dari UMNO Kulim. Siapa kata Zulkifli Nordin tak laku.

Ini dari PAS:
"PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka."PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB (Yang Berhormat) Zulkifli."Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ini pula Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu:

Pelawaan diberikan oleh Ketua Umno Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang tewas kepada Zulkifli dalam pilihan raya umum Mac 2008.
“Memandangkan YB Zul (Zulkifli) sudah tidak percayakan lagi hala tuju dan prinsip PKR, beliau boleh menjadikan Umno sebagai platformnya bergerak untuk berkhidmat kepada rakyat seperti yang ditelah dijalankan Umno selama ini”, kata Abdul Aziz yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno kepada Bernama.
Category:
��

Comments

0 responses to "Zulkifli Nordin: Pilih UMNO, PAS atau BEBAS?"