One Malaysia pun kalau sama dengan One Israel pun apa masalahnya. One India, One Singapore pun ada juga. So what! Semuanya slogan saja. Apa beza PAS for All dengan Israel for ALL. Sama juga kan. Malah logonya pun ada persamaan yang nyata. Kalau nak kata PAS pun tiru Israel boleh juga. Ada pengaruh Yahudi dalam PAS juga. Modus operandi Yahudi adalah untuk menyerap ke dalam pertubuhan-pertubuhan Islam supaya senang Yahudi Zionis ini meruntuhkan gerakan Islam. Yahudi adalah satu bangsa yang cerdik, ini kurniaan tuhan kepada mereka. Satu-satunya bangsa dalam dunia ini di mana bahasa dan agamanya hanya untuk bangsanya. Bangsanya Yahudi, agamanya Yahudi dan bahasanya pun Yahudi. Musuh Islam nak hancurkan Islam begitulah caranya. Hamas yang bermatian berjuang melawan Yahudi Israel pun dikhianati oleh agen Yahudi di dalam Hamas. Lebih mengejutkan agen itu adalah anak pemimpin Hamas sendiri.
Siapa agen Yahudi dalam PAS yang mencadangkan slogan PAS for All dengan logo yang sama dengan Israel for All? Tidak mengejutkan jika agen itu adalah pemimpin peringkat atasan dalam PAS. Siapa yang menjaja PAS Reform mungkin juga talibarut untuk menghancurkan PAS dari dalam. Kalau PAS sudah diterima ramai seadanya sekian lama, kenapa pula perlu 'reform'-berubah bentuk?
Kenapa perlu tukar pendekatan parti? Kenapa perlu sampingkan Negara Islam dan Perundangan Islam? Kenapa perlu lakukan semua ini sekiranya ia sudah mendapat sokongan? Kenapa perlu ubah pendirian dalam membentuk aspirasi bermasa dengan DAP dan PKR?
DAP tu parti chauvanis Cina yang berpegang kepada pendekatan sekular, memisahkan negara dari agama. Jelas menolak perundangan Islam dan konsep Negara Islam cadangan PAS. Ini sungguh jelas. Lupakah kalimah kera teramat " langkah mayat saya dulu jika mau tubuh negara Islam" Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan DAP. Tidak nampakkah bagaimana Guan eng mempersendakan Islam dengan berada di barisan hadapan perarakan Maulid Rasul di Pulau Pinang? Guan Eng turut berselawat ke atas Nabi kah dalam perarakan itu? Tiada siapa tahu apa yang keluar dari mulut Guan Eng dalam perarakan itu. Sudah tentu tidak mungkin Guan Eng berselawat ke atas Nabi. Apakah hukum dan pandangan Islam, perarakan Maulid Rasul yang dikepalai oleh Kafir ini? Jangan tanya Nik Aziz nanti dapat jawapan politik. Tanya alim ulamak yang tidak berpolitk untuk pandangan yang tidak bias.
PKR pula parti multiras dan multi agama. Tiada peruntukan dalam perjuangan PKR untuk agama dan bangsa. Kebebasan dalam semua aspek, sebagaimana pendekatan yang ditafsir oleh Barat. Kebebasan bersuara, beragama dan segala macam kebebasan. Orang Islam nak keluar Islam pun tiada masalah. Ini atas alasan kebebasan beragama. Tiada paksaan dalam beragama, dalam Islam pun hukumnya begitu, kata Ketua Umumnya yang tidak menjadi ahli PKR. Dia cakap begini di London. Dia pakai fatwa kawan dia di IIIT di USA. Kalau paksa orang Islam yang nak keluar Islam kekal Islam nanti ujud masyarakat hipokrit pula. Siapa yang hipokrit kalau bukan dia sendiri. Depan orang putih kafir dia cakap macam tu. Depan orang Islam dia akan cakap macam lain pula. Ini kerja orang munafik. Bukan itu saja malah dia persoal bidang kuasa mahkamah syariah. Dia kata mahkamah syariah cukup jaga hal-hal keluarga Islam, nikah kahwin dan sedikit hal adap sopan. Malah Mahkamah Syariah hanya boleh mengadili orang Islam sahaja. Cukup itu sahaja. Tiada peruntukan dalam Perlembagaan untuk bidang kuasa yang lebih. Ini sesuai dengan perlembagaan negara kita yang menjamin kebebasan beragama orang bukan Islam.
Perlembagaan boleh diubah untuk menyesuaikan dengan masa dan keadaan. Cuma perlu suara majotiti 2/3 Parlimen. Jika perlu diubah boleh diubah. Tidak mustahil untuk mendapat 2/3 jika suara orang Islam dalam Parlimen bersatu untuk mengubah semua ini. UMNO secara sendiri pun tak mampu, apatah lagi PAS. Bilangan kerusi wakil Islam yang ada akan kuat jika bersatu. Kalau benar ada keikhlasan den kesungguhan semua ini tidak mustahil dicapai.
Kata Anwar Ibrahim PAS sudah tidak lagi memperjuangkan penubuhan Negara Islam yang mengamalkan perundangan Islam di Malaysia. PAS juga bukan lagi fundamental dalam perjuangan menegakkan Islam. Dalam lain kata, Anwar Ibrahim kata PAS sudah reform, PAS sudah tidak idealistik macam dulu, PAS sudah liberal macam dia juga. PAS sudah menerima perlunya pembaharuan dalam Islam. PAS juga sudah terima kenyataan jika mahukan sokongan bukan Islam mesti tinggalkan perjuangan untuk tubuh Negara Islam. PAS perlukan DAP dan PKR untuk tubuh kerajaan sebagaimana mereka perlu PAS untuk maksud yang sama.
Hakikat sebenarnya PKR dan DAP lebih perlukan PAS untuk menang dalam pilihanraya. PKR dan DAP boleh letak calon di mana saja, dan gurkha PAS akan kerja kuat untuk mereka namun sekiranya PAS letak calon di kawasan bukan Melayu bolehkan PAS menang? Gerenti tak menang! Tidak mungkin PAS akan berjaya untuk mencapai cita-cita Negara Islamnya, mungkin sebab itu ia tidak lagi menjadi agenda utama PAS sekarang, PAS yang sudah REFORM. Perjuangan Islam PAS kini cuma menjadi retorik politik untuk calon-calonya menang kerusi yang ditandingi sahaja. Dapatkan kuasa dan kedudukan. Cari makan berpolitik. Harakah PAS sudah dicemari dengan virus aids yang sedang melumpuhkan PAS dari dalam sedikit demi sedikit dari hari ke hari.
0 responses to "PAS Tidak Lagi Perjuang Islam- Anwar Ibrahim"