dari kickdefella.wordpress.com
Di dalam majalah Pengasuh bilangan 355 keluaran Jun 1967, Ustaz muda bernama Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat ada menulis,
“Islam sejak dulu sampailah sekarang, bahkan hingga bila-bila pun, tidak akan meletakkan taraf ekonomi sebagai perkara pertama dalam agenda pembangunan manusia…”
“Di atas dasar inilah maka Islam berjalan begitu lancar sekalipun perekonomian Muhajirin begitu meleset dan dikalangan Ansar sendiri begitu kucar kacir kerana sebagaimana diketahui dunia orang yang memegang tampuk ekonomi di zaman awal Islam dahulu ialah Yahudi yang menjadi musuh ketat Islam sejak dahulu sampai sekarang.”
Bergerak diatas premis inilah, Nik Aziz rela melihat rakyat Kelantan dirundung kemiskinan kerana baginya pembangunan ekonomi tidak penting. Tetapi yang peliknya, hasil mahsul kekayaan negeri di sifon keluar olehnya untuk Parti PAS dan jenteranya. Lebih buruk lagi, anak-anak kecil mereka pun rela mereka doktrinkan dengan menggunakan duit rasuah.
Apakah di atas kehebatan ini, PAS sekali lagi mengangkat Nik Aziz sebagai Mursyidul Amnya untuk tempoh lima tahun lagi?
Salinan surat-surat pemohon kawasan balak dan akujanji sumbangan wang tunai di dedahkan oleh kickdefella. Kalau tak percaya boleh jenguk blog dia.
Tokay-tokay balak Cina sumbang wang untuk PASTI di Kelantan, jika dapat kelulusan kawasan membalak dari kerajaan negeri. Sumbangan ini hadiah ke, derma ke, atau rasuah? Nik Aziz restu perbuatan rasuah balak di Kelantan. Wang rasuah itu pula digunakan pakai untuk mendidik anak-anak PASTI Kelantan. Sepanjang lebih 20 tahun perkara ini berlaku, bayangkan berapa ramai anak-anak Islam Kelantan yang dididik dengan hasil rasuah balak Nik Aziz?
Ahmad Awang di Perak juga dituduh terlibat dengan rasuah kawasan balak semasa pemerintahan singkat Nizar dan DAP. Sehingga kini Ahmad Awang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menafikan perkara tersebut.
Apa cerita ni? Ulamak PAS dan BALAK tidak boleh dipisahkan. Apakah ini bala kepada PAS pimpinan Ulamak BALAK?
Ahmad Awang di Perak juga dituduh terlibat dengan rasuah kawasan balak semasa pemerintahan singkat Nizar dan DAP. Sehingga kini Ahmad Awang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menafikan perkara tersebut.
Apa cerita ni? Ulamak PAS dan BALAK tidak boleh dipisahkan. Apakah ini bala kepada PAS pimpinan Ulamak BALAK?
0 responses to "Nik Aziz: Ekonomi Bukan Agenda dalam Islam"