3:27 PM | Posted in
"....dengan jumlah besar yang telah dibayar kepada pelbagai individu dalam dan luar Parti untuk menggembirakan dan mendiamkan mereka tanpa mereka perlu membuat apa-apa.... " Salehudin Hasim.

Menarik ni. Siapakah mereka yang dibayar untuk mendiamkan diri oleh PKR? Berapakah jumlah yang dibelanjakan untuk menggembirakan dan menutup mulut mereka yang di dalam dan di luar PKR tersebut? Apakah mereka ini dari PAS dan DAP, sekutu PKR? Jika ia, siapa mereka?

PKR membelanjakan wang yang begitu besar untuk menjaga parti. Ini seumpama membayar wang perlindungan kepada kongsi gelap dan gangster. Bayar siapa? Bloggers? Penulis upahan? Pemimpin yang tak sebulu dengan Anwar dalam PAS dan DAP? Political mistresses? Mahfuz PAS dalam senarai inikah ? Mad Sabu ? Kumpulan Erdogan PAS ?

Persoalan berikut, siapa pula yang 'finance' semua pembayaran perlindungan ini? Kroni-kroni yang dikayakan Anwar semasa jadi Menteri Kewangan? Nazri Abdullah yang bayar Syed Husin Ali RM500,000 untuk bubar PRM? Sumber luar negara?
Category:
��

Comments

1 Response to "PKR Bayar Wang Perlindungan"

  1. FZT On March 2, 2010 at 6:36 PM

    banyaknya duit orang pkr, rupanya orang pkr ini suka membeli orang. bila kantung kering keluar cepat cepat, perangai mcm umno maklumlah hasil keluaran umno, projek kerajaan 16 sept gagal mungkin disebabkan kekurangan dana kot