3:50 AM | Posted in
Zahrain Hashim dalam ucapan sulungnya sebagai Ahli Parlimen Bebas telah mendedahkan pembohongan yang dilakukan oleh Anwar kepada Ahli-ahli Parlieman PKR. Kisah di sebalik tabir September 16 dongengan Anwar didedahkan Zahrain kepada Parlimen. Anwar telah membuatkan mereka percaya bahawa peralihan kerajaan akan berlaku pada September 16,2008.

Zahrain mendedahkan Anwar telah beritahu mereka bahawa YDPAgong telah perkenan untuk melantik Anwar menjadi PM kerana berjaya mendapat jumlah mencukupi Ahli Parlimen BN menyokong beliau untuk menubuhkan kerajaan dan menggulingkan kerajaan BN. Anwar juga dikatakan telah memberitahu bahawa YDPAgong sedang menunggu di Istana Negara untuk tujuan tersebut.

Parlimen gamat dengan sorakan dari Ahli Parlimen BN dan kata-kata lucah dari Bangku Pembangkang. Anwar pula menuduh Zaharai hanya berminat dengan kuasa dan jawatan.

Zahrain kemudiannya menjerit kepada Anwar. ' Awak Jangan Bohong!!!'. Tidak tahan dengan pendedahan Zahrain, Anwar keluar meninggalkan Dewan. Alangkah penakutnya Anwar bila berhadapan dengan pendedahan Zahrain. Perlakuan yang tidak sepatutnya oleh seorang Ketua Pembangkang yang kononnya begitu karismatik, lari apabila pendedahan keangkuhannya didedahkan kepada umum.
Category:
��

Comments

0 responses to "Zahrain: 'Awak Jangan Bohong!!!'"