Anwar dan Juak-juak Anwar dok main sandiwara kononnya apa yang berlaku di dalam PKR sekarang adalah proses pembersihan parti mereka. Ini Sigmund Freud, mahaguru psikologi panggil 'denial syndrome'. Sindrom penafian. Menafikan segala kelemahan diri sendiri. Dan lebih teruk penyakit mental ini apabila kelemahan diri sendiri dinafikan, tetapi mempersalahkan ke atas orang lain. seumpama apabila bini main kayu tiga dipersalahkan mamat yang main bini dia walhal dia sendiri tak mampu nak layan bini dia. bini pun salah, mamat tu pun salah, diri sendiri lagilah salah. Kalau dah tau lemah kenapa tak cari ubat, perbetul diri sendiri.
Apa logiknya ini semua proses pembersihan sekiranya yang keluar tu bukannya disuruh keluar atau dipecat atau disingkir oleh PKR. Mereka sendiri umum keluar kerana HILANG KEYAKINAN terhadap PKR, perjuangannya, matlamatnya yang terpesong, pentadbirannya yang lemah, kepimpinannnya khususnya HILANG KEYAKINAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM. Episod ini bukan proses pembersihan PKR atau Pakatan Rakyat, ini krisis dalaman parti mereka yang dinafikan oleh Anwar; malah sedikit sebanyak diakui Anwar dia SILAP masa pilih calon. Ini menunjukkan kelemahan diri Anwar sendiri dan PKR. Bila main tangkap muat letak calon, maka inilah akibatnya.
Tiada proses pembersihan parti dilakukan oleh PKR. Sekiranya PKR benar-benar ingin membersihkan partinya maka sudah lama Zulkifli Nordin di pecat atau disingkirkan dari PKR. Kenapa ianya tidak berlaku? Zul Nordin atas keinginan sendiri masih bersama PKR hanya kerana masih sayang dan yakin dengan Anwar- ini pengakuan Zul Nordin sendiri- walaupun beliau tidak lagi yakin dengan PKR sebagai parti dan Pakatan Rakyat keseluruhannya.
Anwar dan PKR tidak berani mengambil risiko hilang wakilnya di Parlimen untuk memecat Zul Nordin. Begitu juga Wee Choo Keong. Sehingga hari ini tiada seorang pun individu yang dikatakan pembawa masalah kepada PKR dipecat atau disingkirkan oleh PKR. Semua yang meninggalkan PKR ( Zahrain, Fairus, Sallehudin, Tan Tee Beng, Osman Jailu, Jamaludin, Radzi, Badrul dll ) adalah mereka yang hilang keyakinan terhadap Anwar dan PKR dan ini dilakukan secara sukarela; walaupun Anwar menuduh ada orang lain yang mempengaruhi mereka. Jika tuduhan ini benar sekalipun ia hanya menunjukkan bahawa orang lain lebih berkemampuan dari Anwar untuk memberi keyakinan kepada mereka. Hakikatnya, orang Anwar sendiri sudah HILANG KEYAKINAN terhadap Anwar.
Sudahlah Anwar! Orang dok keluar kononnya memantapkan parti; membersihkan parti. Apa logiknya. Parti politik menjadi kuat kerana sokongan ramai, tapi kalau dah ramai lari keluar parti apa mantapnya lagi parti....
0 responses to "PKR: Kepala di Pasir Punggung ke Langit"