11:13 PM | Posted in
Gempar ni! Nik Aziz bela buaya di sebalik batu. Bagi makan balak pulak tu. Hebat buaya Nik Aziz tak makan daging tapi makan Kayu Balak! Siap ada no kad pengenalan lagi.

Petikan dari blog kickdefella:

Hari ini, saya mahu mengimbas kembali berita-berita berhubung seorang insan bernama Razak Bin Abas bernombor kad pengenalan asal 3747773. Beliau dilahirkan pada 17 Jun 1947 dan kini menetap di Rantau Panjang.

Razak Bin Abas atau terkenal dengan panggilan Abe Jak pernah bertanding di bawah kerusi PAS di dalam pilihanraya umum 1999. Abe Jak menjadi calon PAS menentang YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen Gua Musang. Beliau tewas dengan majoriti sebanyak 2,925 undi sahaja dan berjaya memungut sebanyak 9,900 undi.

Abe Jak mencipta nama sewaktu pilihanraya kecil Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit di Kedah pada tahun 2002. Sila baca disini untuk melihat tulisan dan keluhan berhubung dengan Abe Jak kesayangan Nik Abdul Aziz ini.

Abe Jak juga terkenal dengan nama Abe Jak Lapar Balak oleh blogger Penarik Beca dan blogger Penarik beca sering juba memblog pasalnya.

Bagi orang-orang politik, Abe Jak pula dikenali dengan nama “Abe Jak Selok Kain” kerana kes mahkamah. Beliau bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah.

Bagaimanapun di Kelantan, Razak Abas terkenal kerana dia kerap memohon permit balak. Beliau berjaya mengaut banyak tanah balak di antara tahun 1999 hingga 2004. Namun begitu walaupun ada usaha untuk menyekat pembahagian balak dan tanah hutan kepada Razak Abas selepas 2004, Nik Abdul Aziz masih terus meluluskannya.

Mengapa Razak Abas mendapat laluan mudah untuk mendapat tanah balak di Kelantan? Apakah hubungan akrabnya dengan Nik Abdul Aziz membolehkan beliau mendapat kelebihan itu?
Itu dia, buaya Ulamak Deobandi dan Wali Selipar, Nik Aziz Nikmat yang kemaruk KAYU BALAK.
Category:
��

Comments

0 responses to "Nik Aziz Bela Buaya Disebalik Batu"