6:10 AM | Posted in
Satu lagi MP PKR mencabar sekutu dalam pakatan. Apa tindakan PKR kali ini?!

Hari tu Zul Nordin cabar Khalid Samad, PAS Sekular, sampai buat repot polis, akhirnya Zul Nordin kena tendang oleh PKR.

Hari ni Wee Choo Keong, MP PKR Wangsa Maju minta Karpal Singh, Pengerusi DAP ikhlas ke tidak sokong Anwar teruskan sebagai Ketua Pembangkang.

'Therefore, it should not be an issue for YB Karpal Singh to make such a statement unless YB Karpal Singh is trying to show that he had ‘repented’ for casting aspersions upon the opposition leader on Feb 8, 2009,” said Wee, who was formerly a DAP member.' di sini

Tahun lepas Karpal juga yang minta Anwar bertaubat kerana buat kecoh hingga kerajaan Perak beralih tangan kerana Adun-Adun pakatan ( 2 PKR 1 DAP ) lompat pagar. Baru-baru ini, 3 lagi MP PKR keluar parti. Mungkin Karpal sudah bertaubat agaknya, bila sokong Anwar terus jadi Ketua Pembangkang di Parlimen walaupun kini Ketua Pembangkang sepatutnya dipikul oleh wakil DAP yang mempunyai kerusi (28) melebihi PKR (27) dan juga PAS (23).

Sejarah Wee Choo Keong dan Zul Nordin ada persamaan. Zul Nordin sebelum bersama PKR adalah ahli PAS sebelum disingkirkan oleh PAS pada 1998. Cabar Khalid Samad juga PAS.

Wee Choo Keong sebelum PKR adalah ahli DAP, juga dipecat dari DAP pada 1988 kerana masalah disiplin kini mencabar Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh pulak tu. Lagi hebat jika banding dengan Zul Nordin.

Dia cabar Karpal buat kenyataan bahawa Karpal sudah bertaubat dan menarik balik cemuhannya terhadap Anwar. Kes berat ni.

Betulkah Karpal sudah bertaubat? Lama sangat tunggu Anwar tak bertaubat, akhirnya Karpal sendiri bertaubat. Mungkin juga itu legal fees defend Anwar meliwat juta-juta.
Anwar mungkin suka ini !!
Category:
��

Comments

0 responses to "Karpal 'Sudah Taubat', Sokong Anwar"