9:39 PM | Posted in

Tiada lagi ikatan antara Zulkifli Nordin dengan Wan Azizah. Ikatan kasih sayang selama 12 tahun antara adik dan kakak terlerai sudah apabila Zul Nordin di pecat oleh parti yang dikepalai Wan Azizah. MPP parti Wan Azizah memecat Zulkifli Nordin atas atas kesalahan melanggar disiplin parti. Itu alasan yang diberikan Wan Azizah dan partinya, tapi Zul bertegas beliau disingkir kerana pendiriannya berhubung isu kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

Wan Azizah meminta Zulkifli Nordin mengosongkan kerusi parlimen Kulim Bandar Baru yang dimenangi pada PRU12 sebagai calon PKR. Zulkifli bertegas tidak akan mengosongkan kerusi tersebut kerana dia dipilih oleh rakyat.

Zulkifli membalas dengan meminta Wan Azizah mengosongkan kerusi Presiden PKR kerana gagal menerajui PKR sebagai Presiden dan terlalu tunduk kepada 'firaun-firaun kecil' dalam partinya. Wan Azizah juga didakwa tidak mempertahankan prinsip perjuangan asal penubuhan PKR setelah memenangi beberapa kerusi dalam PRU lalu. Zulkifli juga minta Wan Azizah berhenti berperang dengannya.. banyak hal sulit dalam pengetahuannya. Zulkifli seolah-olah mengancam akan mendedahkan hal-hal sulit dalam pengetahuannya jika pertelingkahan ini berterusan.

Kata Wan Azizah ' cukuplah sampai di sini, Zulkifli '.

Apa cerita-cerita sulit yang Zulkifli Nordin tahu ???!! yang membuat Kak Zah (panggilan mesra Zulkifli Nordin kepada Wan Azizah) begitu cepat mengalah dan tunduk kepada desakan Zul Nordin. Rahsia-rahsia skandal Anwar?, rahsia-rahsia PKR? Wan Azizah bagai mengaku yang Zul ada 'trump card' yang boleh mengaibkan mereka, Anwar, Wan Azizah dan PKR. Zulkifli juga ada menyatakan selama 12 tahun Wan Azizah menjadikannya tempat mengadu nasib. Mungkinkah di bahu Zulkifli airmata Wan Azizah meleleh menceritakan perit dan sengsara hidupnya bersama Anwar. Bertambah menarik, kisah ini semakin menjadi seumpama kisah cinta yang tak terbalas !

Category:
��

Comments

0 responses to "Wan Azizah-Zul Nordin: Putus Sudah Kasih Sayang"