4:36 AM | Posted in
Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam. Tujuan solat hajat tersebut supaya Mohsin Fadzli Samsuri, Ahli Parlimen Bagan Serai yang mengisytihar keluar PKR untuk menjadi bebas diberikan hukuman setimpal kerana 'mengkhianati perjuangan'.

Bekas Naib Presiden PAS itu juga memberi tempoh tujuh hari kepada Mohsin untuk mengosongkan kerusi parlimennya.

Ahmad Awang marah betul-betul dengan Mohsin. Mengamuk sakan Mad Awang yang pernah bertanding dan tewas di Bagan Serai pada 1999 dan 2004 kepada calon BN. Mad Awang juga berkata kemenangan Mohsin pada 2008 kerana kerja kuat beliau. Nampaknya kecewa sungguh Mad Awang.

Namun begitu, apakah penganjuran solat hajat untuk memohon kecelakaan ke atas manusia Islam yang lain itu suatu tindakan yang baik? Bukan sekali tujuh hari tujuh malam pulak tu. Tidak pula buat tujuh hari tujuh malam memohon Allah menghancurkan Israel dan Yahudi Zionis yang nyata dilaknat Allah.

Alangkah baiknya, jika diadakan solat hajat memohon Allah menurunkan hujan dalam situasi kemarau panjang yang dialamai negara sekarang. Banyak negeri sudah mengalami kekurangan air dan sahabat Mad Awang , Ustaz Azizan di Kedah pun pening kepala hendak menyelesaikan masalah kekurangan air.
Category:
��

Comments

0 responses to "Solat Hajat 7hari 7 malam- Mad Awang"