9:35 PM | Posted in
Kemelut yang melanda Istana Kelantan semakin meruncing. Ketidaktentuan dan kekeliruan semakin meresahkan rakyat.

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada Nik Aziz berkenaan kemelut yang melanda Istana Kelantan kecuali kenyataan beliau tentang perlantikan Wan Hashim Wan Daud sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan yang dikatakan tidak mengikut peraturan dan tidak sah. Hanya Ahmad Yaakob, Timbalan Menteri Besar yang banyak mengeluarkan kenyataan bagi pihak Kerajaan Negeri. Besar kemungkinan Nik Aziz mengambil jalan selamat supaya tidak dipersalahkan ke atas sebarang kemungkinan kesan dari kemelut Istana Kelantan ini.

Kemelut Istana Kelantan ini tentunya melibatkan pihak-pihak berkepentingan di luar Istana Kelantan. Jika tidak mengapa Kerajaan Negeri berkeras diadakan majlis Penganugerahan Bintang Kebesaraan sedangkan Sultan Kelantan dikatakan masih gering. Malah Kerajaan Negeri menegaskan Pemangku Sultan Kelantan boleh menyempurnakan majlis tersebut. Umum tahu bahawa, pencalonan dan pemilihan anugerah Bintang Kebesaran Negeri dibuat oleh kerajaan Negeri.

Mungkinkah ada pihak khuatir jika majlis ini tidak dijalankan pada tarikh yang ditetapkan, ada pihak yang akan mengalami kerugian?!


Category:
��

Comments

0 responses to "Istana Kelantan: Apa Bicara Nik Aziz?"