3:14 AM | Posted in

"Perpaduan antara ahli PAS dan UMNO dalam Barisan Nasional adalah nikmat besar yang diberikan oleh Tuhan kepada orang Melayu"
Kenyataan Nik Aziz, Calon BN di Pengkalan Chepa pada 19 Ogos 1974
di Kampung Perupuk, Bachok


"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan,” N.Ajis Nikmat.

Sekali lagi Nik Aziz bakal mengherdik Nasharuddin Mat Isa berhubung kenyataannya pada majlis pelancaran buku bersama Muhyiddin. Nasharuddin dilaporkan berkata usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai. Bagaimanapun ia hanya dapat dilaksanakan jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu. Menurut Nasharuddin, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan Umno, terhenti di separuh jalan.

Anak tok guru Nikmat ini seolah-olah tidak lagi mahu berkongsi 'nekmat', setelah merasai betapa nikmatnya berada di kerusi empok MB Kelantan selama lebih 20 tahun. Cucu cicit tok guru Nikmat pun baru nak belajar bagaimana untuk menikmati 'nekmat' duniawi sebagai anak kepada MB Kelantan.
Category:
��

Comments

0 responses to "Nekmat Besar !- Nik Aziz"