10:58 AM | Posted in
Sejak kebelakangan ini, Tengku Razaleigh kelihatan begitu bersungguh-sungguh juang isu royalti minyak untuk Kelantan, malah untuk Terengganu juga. Pendirian KuLi yang bertentangan dengan keputusan Kerajaan menyebabkan beberapa pemimpin kerajaan mendesak KuLi dikenakan tindakan oleh UMNO. Kerajaan Pusat bertegas Kelantan tidak berhak kepada royalti dan memutuskan wang ehsan kepada Kelantan.

KuLi baru-baru ini merungut jasanya tidak dikenang. Jasanya menubuhkan Petronas atas arahan Tun Razak. KuLi merupakan Pengerusi dan Presiden Petronas yang pertama apabila ianya ditubuhkan pada 1974. Dengan modal permulaan RM10juta kini Petronas merupakan antara syarikat gergasi minyak dunia. Namun begitu perkembangan Petronas dari sebuah syarikat kecil kepada sebuah gergasi industri minyak dunia hanya berlaku selepas era KuLi di bawah orang lain.

Banyak ceramah dan forum dihadiri KuLi untuk menyatakan pendiriannya berhubung isu royalti minyak kepada negeri-negeri. KuLi bertegas bahawa negeri-negeri layak mendapat royalti minyak yang diteroka di daratan ataupun di lautan walaupun di luar sempadan pesisir pantai negeri, melebihi 3 batu nautika. KuLi juga menegaskan bahawa hasrat Tun Razak menubuhkan Petronas, memiliknegarakan industri minyak dan membayar royalti ke atas hasil minyak untuk membantu negeri-negeri yang mundur.

Kenapa baru sekarang KuLi bersungguh-sungguh juang isu royalti minyak? Kenapa tidak dari dulu? 

Mungkinkah ada agenda tersembunyi di lubuk hati KuLi yang membuatkan beliau bertindak begini? Mengapa persoal jasanya tidak dikenang? Bagaimana pula untuk mengenang jasanya? Mungkinkah KuLi teringinkan kerusi Pengerusi Petronas yang kosong setelah persaraan Hassan Merican? Mungkinkah KuLi ingin kembali menerajui Petronas setelah kejayaan Petronas menjadi gergasi industri minyak? Apakah KuLi berkecil hati dengan Najib, yang satu ketika dahulu ada hubungan keluarga dengannya, tidak mempertimbangkan KuLi untuk kerusi Pengerusi Petronas? 

Mengapa KuLi menyatakan isu royalti ini tidak perlu dibawa ke mahkamah? Kemungkinan KuLi sedar akan kesilapan dalam perjanjian-perjanjian 1974 & 1975 yang dinyatakan bertentangan dengan Perlembagaan oleh pakar-pakar undang-undang dan Perlembagaan. Jika dibawa ke mahkamah untuk pengadilan dan interpritasi, memungkinkan keputusan mahkamah di luar jangkaan. Risiko mendapati Petronas telah menandatangani perjanjian yang tidak sah dengan kerajaan negeri-negeri pada 1974 & 1975. Akta Petroleum 1974 juga tidak selari dengan peruntukan Perlembagaan. Malah penubuhan Petronas itu sendiri tidak sah dari segi hukum. Sekiranya isu royalti ini tidak timbul, tiada siapapun akan membuat penilitian dan tafsiran akta tersebut.

Mungkin juga KuLi takut sekiranya perkara ini dibawa ke mahkamah, mahkamah mungkin memutuskan penubuhan Petronas tidak sah dan segala perjanjian yang berhubungkait dengannya juga menjadi tidak sah. Ini sudah tentu akan memalukan KuLi yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh Tun Razak untuk menubuhkan syarikat minyak milik negara itu. Malah KuLi juga akan dipersalahkan kerana terlepas pandang peraturan dan peruntukan Perlembagaan sedia ada dalam merangka draf Akta Petroleum 1974. 

Persoalannya, kenapa baru sekarang? 
Category:
��

Comments

0 responses to "Kenapa Baru Sekarang KuLi Bising Pasal Petronas?"