8:18 PM | Posted in
Terkini, AP Bagan Serai, Mohsin Fadzil Samsuri wakil PKR pula keluar parti hari ini dan mahu bertindak sebagai wakil rakyat Bebas. Beliau mengetengahkan masalah dalaman Pakatan Rakyat khususnya isu berkaitan dengan kalimah “Allah” sebagai sebab keluar parti.

“Atas nama Allah, saya ingin mengumumkan mahu keluar dari PKR,” kata Mohsin, wakil rakyat PKR Perak, pada sidang media bersama bekas setiausaha agungnya Datuk Salehuddin Hashim di sini hari ini.

Tiada komen dari Anwar dirakam mengenai perkara ini setakat ini namun yang pasti Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR bersyukur atas apa yang berlaku. Apa pula rahsia Mohsin yang akan didedahkan oleh Syed Husin? Mungkinkah Mohsin juga kecewa kerana keinginannya tidak dipenuhi oleh PKR? Apa pula komen Mahfuz?

Menurut Mohsin, beliau memutuskan untuk kelaur PKR kerana pendirian PKR berhubung dengan penggunaan kalimah "Allah" oleh Catholic Herald yang disokong oleh Anwar sendiri dan pakatannya.

Jelas, PKR yang cuba menjadi 'champion' kepada semua kaum dan liberasasi agama di Malaysia mendapat tentangan dari kalangan ahli-ahlinya sendiri. Perjuangan untuk Melayu dan Islam yasng menjadi terass sebelum ini sudah tidak lagi relevan dalam PKR pada masa kini menyebabkan kebanyakan ahli-ahlinya tidak selesa dengan pendirian Anwar dan sekutunya dalam pakatan.

Tentunya, Mohsin akan dituduh PKR dan sekutunya sudah dibeli oleh Najib. Mohsin bukannya Ketua Bahagian PKR Bagan Serai. Mohsin bukan 'key player' PKR. Mohsin hanya watak yang insignifikan dalam PKR. Mengapa perlu di'beli'?Keluarnya Mohsin dari PKR tidak memberi banyak impak kepada PKR secara fizikal, cuma dari moralnya memperlihatkan kerapuhan PKR sebagai sebuah parti politik yang jelas tidak seharusnya disokong rakyat.

Walaubagaimanapun, keluarnya Mohsin dari PKR memberi tamparan hebat ke atas kredibiliti Anwar sebagai pemimpin dan PKR sebagai parti politik.

Siapa lagi selepas Mohsin Fadzil Samsuri ?
Category:
��

Comments

0 responses to "PKR: Anwar Ternganga, Syed Husin Bersyukur"