6:28 AM | Posted in
“Jika kita melihat kepada keutamaan pengundi, tidak ada satu tempat pun yang kaum India boleh bertanding di negara ini. Masyarakat India tidak mempunyai majoriti sama sekali di mana-mana jua kawasan pilihan raya untuk bertanding. Mereka hanya boleh kekal sebagai pengundi..."-Samy Vellu, Presiden MIC.

Jelas kekalahan Palanivel pada PRU12 lalu adalah kerana penolakan pengundi Melayu kepada calon MIC tersebut. Hulu Selangor yang majoriti pengundinya Melayu sudah tentu inginkan seorang Melayu menjadi Ahli Parlimennya.

Dalam PRU12, semua calon BN yang bertanding kawasan DUN menang selesa, namun Palanivel tewas dengan margin tipis kepada calon PKR Dato' Dr Zainal. Ini jelas menunjukkan Palanivel, calon MIC tidak mendapat tempat di hati pengundi Hulu Selangor walaupun telah mewakili kawasan tersebut selama empat penggal. Tempoh terlalu lama juga faktor yang menyumbang kepada kekalahan Palanivel. Begitu juga nasib yang menimpa Samy Vellu di Sungai Siput.

Samy Vellu dan MIC perlu menerima hakikat, orang Melayu sudah hilang sabar dengan gelagat dan sikap orang India yang banyak menimbulkan masalah sebelum PRU12 dan berlarutan hingga kini walaupun iannya tidak serancak dulu.

Samy Vellu juga menolak dakwaan bahawa para pengundi di Parlimen Hulu Selangor tidak berminat dengan calon daripada MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Beliau percaya keadaan di kawasan pilihan raya berkenaan telah pun berubah sejak pilihan raya umum 2008.

“Kami telah pun keluar daripada masalah itu sekarang dan saya harap masyarakat akan cuba melupakan apa yang telah berlaku sebelum ini. Jangan cuba untuk mengingatkan mereka... itu tidak baik,”

Samy Vellu begitu yakin masyarakat kini boleh menerima calon MIC. Keyakinan ini amat tersasar jauh.

Samy Vellu perlu menerima hakikat penolakan calon-calon MIC bukan kerana masalah politik dalaman MIC sahaja, malah ianya kerana masalah yang ditimbulkan oleh beberapa kumpulan ekstrem kaum India.
Category:
��

Comments

0 responses to "Hulu Selangor: Dilema Samy Vellu & MIC"