6:33 AM | Posted in
Rupanya bukan Nik Aziz saja Ulama Terompah dalam PAS. Ulama PAS semuanya ulama Terompah Kasut Kayu kata orang PAS juga.
Pas mula berkemelut apabila wujudnya kalangan berilmu tetapi jahil dalam Pas, apabila parti itu dibanjiri oleh ilmuan-ilmuan yang ibarat rambai jantan yang berbunga tetapi tidak berbuah. Ramai alim ulamak dalam Pas memjadi ulamak bisu dan ulamak terompah kayu. Mereka tahu banyak yang Nik Aziz buat dan kata tidak berapa selari dengan Islam tulen tetapi mereka takut untuk bersuara bukan kerana keilmuan Nik Aziz tetapi kerana Nik Aziz Menteri Besar dan Mursyidul Am.
Tulisan Meli Kapak Jangak: Canggah pasti kena marah


SECARA peribadi saya mula hilang hormat, terhadap ketokohah, tahap keilmuan dan kealimannya apabila Dato' Nik Aziz Nik Mat yang ketika Pas dengan bantuan Parti Melayu Semangat 46 (S46) mencipta rekod dunia dalam mencapai kemenangan di Kelantan telah menganggap menerima pertolongan dari langit tetapi bila Pas hadapi kekalahan teruk pada pilihanraya umum ke-10, maka dikeranakan oleh pengundi hantu dan kononnya orang mati pun mengundi.

Bila menang dikaitkan dengan pertolongan dari langit tetapi bila kalah tidak pula dilihat sebagai kemungkinan sumpahan dan laknat dari langit atas sebab-sebab yang kena dicari walaupun barangkali sulit untuk diketemukan. Pengundi hantu dan orang mati pun mengundi adalah isu rekaan dan merupakan perang propaganda serta gerak saraf golongan 'jahil teropong' dalam Pas. Tetapi Nik Aziz boleh percaya dan turut jaja, diratib dan dijualnya merata-rata.

Hormat saya terhadap ketokohan, keilmuan dan kealimannya semakin menipis bila beliau menyokong carutan kerana kononnya Allah juga mencarut, malah katanya Allah pun samseng dan juga kesanggupannya untuk bekerjasama dengan syaitan sedangkan kita disuruh minta berlindung dari kejahatan syaitan yang direjam dengan bacaan 'a-uu-zubillehi-minas-syaitann-rrojiim'.
Ulamak Terompah Nik Aziz, Penasihat Am PAS akan menyebabkan PAS hilang sokongan dan akhirnya musnah, sebagaimana Anwar, Penasihat PKR berjaya memecahbelahkan PKR sehingga orang-orang kuatnya pun lari meninggalkan PKR. Bolehkan PAS secara jujur menyatakan tiada perpecahan dalam PAS. Tahap perpecahan dalam PAS bukan hanya sekadar percanggahan pendapat namun telah melewati perkara itu. Pertentangan hebat antara puak penyokong Presiden dan Penasihat Am, puak Kelantan dengan puak Terengganu, golongan Anwarisme ( erdogan ) dengan kelompok ulama dan puak 'Unity Government' dengan puak Nik Aziz . Dalam PAS Kelantan sendiri pertembungan puak-puak berlaku. Pertentangan puak Nik Aziz dan puak yang teringin nak jadi MB. Sampai bila PAS akan menipu penyokongnya dan rakyat? Semua kemelut yang berlaku dalam PAS sekarang bermula dengan Nik Aziz, ulama terompah!! dan setiap pertembungan puak-puak ini akan melibatkan Nik Aziz!!
Category:
��

Comments

0 responses to "Kemelut PAS berpunca dari Ulama Terompah"