11:06 PM | Posted in
Betapa kurang ajarnya tokay kilang memproses ayam "Halal", mengurung pegawai JAKIM, KPDN dan wartawan yang menjalankan tugas mereka.

REMBAU: Seorang pemilik kilang penyembelihan ayam di kawasan Taman Halal Pedas dekat sini bertindak mengurung 12 anggota penguatkuasa dan wakil media selama empat jam di premis itu semasa satu operasi semalam.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, sekumpulan enam anggota dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan enam daripada Kementerian perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membuat serbuan ke atas kilang itu.

Lima wakil media turut bersama dalam operasi itu untuk memeriksa kesahihan logo halal yang digunakan oleh kilang itu.Bagaimanapun, salah seorang wartawan dalam kumpulan itu berjaya melepaskan diri lalu meminta bantuan polis.

Seramai 10 anggota polis dari Ibupejabat Balai Polis Daerah Rembau kemudian membebaskan kesemua yang terperangkap.

Ketika ditemui, Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah, enggan mengulas mengenai tindakan lelaki Cina berusia awal 40an itu.

"Saya hanya boleh katakan, sijil halal milik kilang ini akan digantung sehingga siasatan selesai," katanya kepada pemberita selepas keluar dari kawasan kilang pada pukul 8 malam tadi.

Sementara itu, wakil media dari TV3, Shamsul Liani Abbas yang terperangkap di kilang itu memberitahu, beliau difahamkan pasukan JAKIM dan kementerian terbabit datang dari ibupejabat mereka di Putrajaya selepas menerima maklumat dari Pulau Pinang.

"Di Pulau Pinang, pasukan JAKIM telah menyerbu sebuah pasar raya di mana ia menjual ayam yang mempunyai sijil halal JAKIM tetapi sembelihannya diragui," katanya kepada Bernama.

Apabila berjaya mengesan alamat kilang penyembelihan pada bungkusan ayam terbabit, pasukan dari Putrajaya ini telah menyoal siasat pemilik kilang sebelum lelaki itu menjadi berang. - BERNAMA

Ini lagi kurang ajar. Satu komen di malaysian insider mengenai berita yang sama:
...

written by Da Yo, March 17, 2010
Hahahahaha ....hilarious !!! Jakim getting what they deserved !!!
...
written by jtan, March 17, 2010
Wow!!! From a shelf displayed chicken, one can deduce that the slaughtering method for the chickens is questionable. Guna otak sikit sikit lah.
Category:
��

Comments

0 responses to "Tokay Ayam Kurung Pegawai JAKIM & Wartawan"