2:46 AM | Posted in
Nik Aziz Nikmat berkata ramai lagi dalam PAS yang layak menjadi Mursyidul Am. Ini berikutan suara-suara yang menyatakan beliau tidak akan dilantik semula ke jawatan tersebut. Perselisihan antara Presiden dan Mursyidul Am PAS jelas berlaku di mata umum. Namun begitu PAS cuba sedaya upaya menggambarkan tiada masalah antara Presiden dan Mursyidul Am.

Pertelingkahan antara keduanya, malah membentuk puak-puak penyokong masing-masing berpunca dari cadangan Presiden membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO yang ditentang hebat oleh N.Ajis. Pendirian N.Ajis dikatakan dipengaruhi oleh puak-puak yang ingin menyingkirkan Hadi Awang dan kelompok ulamaknya dari kepimpinan PAS. Pengaruh Anwar yang menebal di kalangan pemimpin-pemimpin sekutu Anwar dalam PAS berperanan mempengaruhi N.Ajis untuk menyokong cita-cita politik Anwar. N.Ajis mengecam hebat Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa yang dituduh pro-UMNO, dilihat sebagai sindiran terhadap Presiden. Malah, beliau mencadangkan supaya diadakan EGM PAS untuk menentukan kepimpinan baru PAS. Peliknya, setelah isu itu reda, N.Ajis pula menyarankan supaya diadakan perbincangan antara UMNO dan PAS. Baru-baru ini pula, N.Ajis juga menyarankan PAS mengambil contoh MCA yang mengadakan pemilihan semula kepimpinan parti. Ini adalah petunjuk N.Ajis kepada ahli-ahli PAS supaya mendesak ke arah perubahan kepimpinan PAS melalui satu pemilihan baru untuk menolak Hadi Awang dan sekutunya dari tampuk kuasa PAS.

Sikap berdolak dalik N.Ajis juga memualkan banyak pihak. Apatah lagi lagi dalam kontroversi perlantikan menantunya sebagai CEO PMBK yang dituduh terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan keputusan perniagaan yang menyebabkan banyak kerugian di pihak PMBK dan kerajaan negeri Kelantan. Malah kehidupan anak-anaknya yang makin mewah mengatasi pendapatan menimbulkan banyak tanda-tanya kepada rakyat Kelantan, tidak juga dijawab dan dijelaskan oleh N.Ajis. Isu pembalakan di Kelantan yang dimonopoli oleh sahabat karibnya, Abd Razak dan anaknya juga tidak dijawab N.Ajis. Malah kemelut yang melanda Istana Kelantan masa kini juga melibatkan kerajaan negeri di bawah kepimpinannya. N.Ajis juga sering mengeluarkan 'fatwa-fatwa' kontroversi yang bertentangan dengan amalan kebanyakan umat Islam Malaysia. Cakap-cakapnya menimbulkan banyak keraguan dan kecelaruan di kalangan umat Islam Malaysia.

N.Ajis bersedia jika tidak dilantik semula sebagai Mursyidul Am malah N.Ajis bahagia jika begitu. Alasan beliau kurang sihat dan banyak ponteng mesyuarat Majlis Syura mungkin diguna untuk tidak melantik semula beliau. Malah beliau juga beralasan sukar hadir Majlis Syura kerana dibuat di luar Kelantan. Peliknya N.Ajis boleh pula hadir beri sokongan kepada Anwar di mahkamah dalam kes liwat. Namun begitu, kalau dilantik beliau sudi terima, Ditanya bagaimana pula sekiranya beliau terus dipilih, beliau berkata, “jika dilantik lagi, ambo (saya) terima, tetapi itulah saya payah nak hadir mesyuarat.”

Kalau dah payah nak hadir mesyuarat, tak payah lantik lagi bagus. Biar orang lain yang boleh hadir pegang amanah dan tanggung jawab tersebut. Kalau dah pegang jawatan setiap kali nak wakilkan kepada Timbalan sahaja baik lantik Timbalan jadi Mursyidul Am PAS!!!

Category:
��

Comments

0 responses to "Jual Mahal Pulak Orang Tua Ni!"