6:52 PM | Posted in
Zaid Ibrahim mendoakan agar Zulkifli Nordin tinggalkan PKR dengan segera. Zaid tentunya tidak sehaluan dengan Zulkifli Nordin yang boleh dianggap ekstremis Islam dari sudut seorang liberal seperti Zaid.

PKR memang parti yang serabut, kepelbagaian ideologi ahli-ahli PKR menyukarkan PKR membentuk satu ideologi politk. Anwar Ibrahim teguh dengan 'Keadilan untuk Anwar' dan 'aku nak jadi PM, peduli apa yang lain'. Zaid Ibrahim pula dengan ideologi liberal " freedom from religion not freedom of religion'nya, manakala Syed Husin Ali dengan ideologi sosialis yang terlalu hampir kepada komunisme. Latifa Koya, Tian Chua dan beberapa lagi dengan ideologi masing-masing. Eli Wong dengan ideologi 'limitless freedom of exposing' dan 'freedom to have sex with multiple partners'nya.

Dengan semua ini, mana ada ruang untuk individu-individu seperti Zul Nordin Kulim yang teguh dengan ideologi Islamistnya. Walaupun mengalami tekanan dari pelbagai sudut Zul Nordin tetap teguh dengan pendirian Islamistnya. Ini kena tabik.

Beranikah PKR memecat Zul Nordin dan membuktikan secara terang-terangan kepada Melayu Islam bahawa PKR tidak memperjuangkan Melayu dan Islam? Membuktikan Anwar juga hanya berpura-pura sebagai seorang Islamist? Anwar ternyata seorang Islamic revolusioner yang berubah dari pure islamist kepada liberal islamist. Anwar kini penganut tegar Islam Liberal. Anwar ABIM dan Anwar PKR adalah dua manusia yang sangat berbeza.
Category:
��

Comments

0 responses to "Islam Liberal Doakan Islam Ekstrem"