7:46 AM | Posted in
updated: 25 Mac 2010
Al-fatihah. Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang malam ini. - Utusan
Sebelum ini ada ura-ura yang menyatakan bahawa Anwar akan mengumumkan pengosongan kerusi tersebut hari ini Jumaat, 25 Mac dalam satu majlis yang dijadualkan.


Dato Zainal Abidin Ahmad, Ahli Parlimen Hulu Selangor mengambil cuti sakit dari hadir sidang Parlimen sessi ini. Beliau sudah lama sakit dan diberitakan menggunakan 'life support system'. Beliau sudah hilang keupayaan untuk memberi khidmat sebagai wakil rakyat kepada Hulu Selangor.  Beliau sebelum ini diura-urakan akan mengosongkan kerusi parlimennya kerana sudah tidak mahu lagi 'makan elaun buta'. PKR menafikan bahawa beliau akan melepaskan kerusi tersebut. Tentunya Anwar dan PKR khuatir mereka berkemungkinan gagal mempertahankan kerusi tersebut dengan perkembangan terkini yang melanda PKR dan pendedahan yang memalukan Anwar di Parlimen baru-baru ini. PKR tidak berani mengambil risiko hilang satu lagi kerusi Parlimen.

Manakala PAS pula sedang gigih menjalankan operasi untuk mengambil alih kerusi tersebut, kerusi trsadisi mereka. PAS sentiasa meletakkan calonnya di Hulu Selangor kecuali PRU lepas kerana memberi laluan kepada PKR. PAS dikatakan sudah senaraikan 3 calon untuk kerusi tersebut.
Category:
��

Comments

0 responses to "Hulu Selangor Bakal Kosong, PAS Mengintai Peluang"