Haji Hadi cadang rukun pertama Rukun Negara, Kepercayaan kepada Tuhan dipinda kepada Kepercayaan kepada Allah. Alasannya dari segi hukum, Islam tidak menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk tuhan mereka. Tambahnya lagi ini berdasarkan kepada nas, malahan Nabi Muhammad saw pun menggunakan kalimah Allah apabila mengutus surat kepada Raja Mesir yang berugama Kristian. Jelasnya, dalam warkah berkenaan, Nabi Muhammad memberitahu Raja Mesir bahawa umat manusia tidak boleh menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sama ada di kalangan pemimpin mahupun di kalangan paderi. Katanya, Nabi Muhammad juga tidak menghalang penganut Kristian itu menggunakan kalimah Allah.
" Di sinilah mengapa Islam membenarkan penganutnya makan sembelihan daripada penganut agama lain (ahli kitab). "Sembelihan mereka halal kerana mereka menyembelih dengan menyebut nama Allah. "Ini menunjukkan keizinan itu berlaku," kata Abdul Hadi lagi.
Hadi Awang terlepas pandang dan terlepas cakap apabila berkata demikian. Kristian yang ada pada hari ini bukan lagi Kristian yang sama dengan yang di zaman Nabi. Malahan zaman Nabi tiada Kristrian, yang ada Nasrani. Kristian yang paling dekat dengan ajaran Nabi Isa hanya Ortodoks Kristian di Somalia, Israel dan beberapa negara lain. Kristian yang ada sekarang terbahagi kepada pelbagai mazhab yang jauh tersimpang dengan ajaran Isa untuk dianggap sebagai Ahli Kitab. Malahan Injil dulu pun sudah tiada lagi, dan digantikan dengan pelbagai versi Bible mengikut fahaman gereja masing-masing.
Benarkah orang Kristian zaman ini masih menyembelih binatang untuk makanan dengan menyebut nama Allah? Apakah mereka masih menyembelih binatang mereka yang makan? Katolik, Gereja terbesar Kristian pun tidak lagi mengamalkan sembelihan binatang makanan mereka. Manakala Yahudi terbahagi kepada Orthodox Jews dan non-Ortodhox Jews. Sebahagian dari mereka masih mengamalkan halal haram dalam pemakanan mereka. Cuma mereka menggunakan istilah 'Kosher'. Apakah dalam keadaan dunia di mana pengamalan agama Kristian dan Yahudi jauh menyimpang dari ajaran asal mereka mengikut kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah melalui Rasul-Rasulnya, umat Islam masih boleh memakan sembelihan Kristian dan Yahudi? Itupun kalau mereka masih mengamalkan cara sembelihan mengikut syarak namun yang pasti ianya tidak lagi dipraktikkan.
Keadaan di Malaysia cukup kompleks. Kepelbagaian agama dan keturunan perlukan pendekatan yang lebih berhemah dan cermat agar tidak timbul konflik antara agama dan kaum. Penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian tentunya akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam yang sudah selesa penggunaan kalimah Allah untuk nama tuhan agama Islam. Apakah Allah bagi Islam adalah Allah yang sama bagi Kristian di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai pecahan Kristian? Kristian mempercayai Jesus itu anak Tuhan. Jika Kristian menggunakan kalimah Allah untuk tuhan mereka maka ianya akan menjadi Jesus Anak Allah. Bukankah timbul percanggahan dari segi akidah di sini? Islam mempercayai Tuhan itu tidak beranak atau diperanakkan, manakala Kristian mempercayai Tuhan ada anak bernama Jesus yang dilahirkan oleh Mary. Jesus juga dipanggil Son of Mary. Konsep ketuhanan antara Kristian dan Islam jelas terdapat perbezaan.
Kristian juga percaya tuhan mereka dikenal dengan pelbagai nama seperti Allah dikenali dengan 99 nama. Apakah nama Tuhan bagi Kristian? Tuhan Kristian dipanggil dengan nama JEHOVAH dalam kitab-kitab lama mereka namun ianya jarang sekali digunapakai di kalangan Kristian.
Baca : PAS mahu Rukunegara dipinda - Malaysiakini dan di sini dan di sini
Jangan kita jadi hidung tak mancung pipi tersorong-sorong!! Hanya beberapa gereja Kristian sahaja yang mendesak penggunaan kalimah Allah bagi tuhan mereka, yang lainnya tidak. Mengapa kita terlalu ingin selalu beralah?! Tidak cukupkah kita beralah selama ini. TIDAKKAH HADI AWANG NAMPAK MOTIF SEBENAR DI SEBALIK DESAKAN PAKIAN, ARCHIBISHOP GEREJA KATOLIK MALAYSIA. TIDAK SEDARKAH HADI BERAPA RAMAINYA ISLAM INDONESIA MURTAD DAN JADI KRISTIAN ATAS KEKELIRUAN ALLAH UNTUK TUHAN KRISTIAN DAN ISLAM! JANGAN POLITIKKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK PARTI.
Ini komen orang bukan Muslim terhadap saranan Hadi Awang:written by chubby pinky, March 22, 2010
Is Hadi that shallow in thinking? Or are there ulterior motives behind all this ... ?
Quote: “Christians and other religions have realised the glory of the name ‘Allah’; Lord, God and other words do not have the same meaning.” Unquote
What other religions? What do you mean realized the glory of the name 'Allah'??? Is he assuming? Sounds like it. Bet he never knew what the other religions are except his own religion.
In a multi racial/religion country like Malaysia, how can Hadi assume the god figure represented by the 'other religions'= Allah?
Hello??? Hadi ... ??? FYI, Hinduism has a pantheon of gods/goddesses and so does Taoism with their philosophies and many symbolic deities. So are you telling us all of these have the same name as your religion's Allah? What a load of crap. How about Buddhism? In essence it is philosophy-based and does not believe in the existence of a god. To attain ultimate bliss requires one's effort in realization. A far cry from the dogmas of monotheistic religions which are revealed where no substantial effort is required on the part of the believers.
And hey! How about atheists, agnostics, humanists, freethinkers .... etc. Well, these people do not believe in the existence of a god. So, wouldn't your suggestion look lopsided and silly?
Why not just separate 'the religion from the state.' Better still revamp the Rukun Negara - the first in the list ... Belief in God ... it does not reflect the actual realities of Malaysia.
Ini satu lagi:
written by Ian, March 22, 2010
Im no saint, im not that religous, but I do feel a bit weird when I hear it being used by Non-Muslims. When I was in the UK, everyone referred to god as god. My christian friends never referred it as Allah (s.w.t). I know for a fact the pope doesnt refer to as Allah in their sermons, and neither does the Archbishop of cantebury.
What I believe is that in the olden days of yore in the middle east, specifically, they used it. But somehow in this day and age context, i seriously think that people should respect the religion in the country they live in. I dont see Muslims referring to Abraham or Jesus or Noah, even when they speak in English about them.
0 responses to "PAS Mahu Rukunegara Dipinda - Hadi Awang"