6:22 PM | Posted in ,
Perdebatan mengenai isu royalti minyak berterusan. Kerajaan Kelantan berkata kemungkinan akan membawa isu itu kemahkamah. Malah dalam sidang DUN Kelantan baru-baru ini telah dibawa usul untuk membawa isu royalti ini ke mahkamah yang juga turut di sokong oleh Adun-Adun BN. Bila agaknya akan dibawa ke mahkamah? Bersungguhkah Kerajaan Kelantan nak bawa isu ini ke mahkamah untuk mencapai penyelesaian?

Ibrahim Ali pun nak bawa isu ini ke mahkamah jika Kerajaan Kelantan tak bawa atas kapasitinya sebagai rakyat Kelantan. Siapa dulu akan ke mahkamah?

Menarik, apabila Salahudin Ayob, Naib Presiden PAS menyatakan rakyat Kelantan akan berdemo di jalanan Kuala Lumpur dan bukannya di Kota Bahru berhubung isu royal minyak yang dituntut oleh Kerajaan Kelantan. Apakah ini bertujuan untuk menimbulkan kekacauan dan huru hara kerana solusi ke mahkamah hanya gimik politik kerajaan Kelantan sahaja.

Jika benar kerajaan Kelantan merasakan mereka berhak untuk mendapatkan royalti kenapa tak disegerakan ke mahkamah untuk pengadilan, kenapa perlu berceramah di sana sini menghabiskan masa? Go straight to court ! PAS Kelantan cuba untuk mengeksploitasi isu ini untuk keuntungan politik parti PAS semata-mata kerana kurang yakin kes ini akan menyebelahi mereka jika ke mahkamah, bukan kerana kurang keyakinan keadilan mahkamah tetapi kerana keyakinan hakikat sebenar kerajaan Kelantan tidak berhak ke atas royalti yang dituntut.

Apapun PAS nak berdemo lagi di jalalan. Baca di sini.

Category: ,
��

Comments

0 responses to "Di Jalanan atau Di Mahkamah?"