3:21 AM | Posted in
Nik Aziz, ulamak Deobandi-Wahabbi yang juga Menteri Besar Kelantan tidak menyangkal atau mengakui bahawa beliau bersetuju cadangan kerajaan campuran di Perak pada Mac 2008 sebagaimana yang dideahkan oleh Harussani Zakaria, Mufti Perak. Sebaliknya beliau menuduh Harussani bertindak sebagai ejen UMNO dalam menjadi orang tengah cadangan itu. Inilah sifat mulia Nik Aziz yang bertahap pembohong untuk menyelamatkan dirinya dari kecaman geng anti-perpaduan dalam PAS.

Beliau memberitahu mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang.

Hanya Nik Aziz ulamak politik boleh menyerang orang kerana dia berpolitik.
"Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya."

Nik Aziz tidak menyangkal kenyataan Harussani yang Nik Aziz bersetuju dengan kerajaan campuran yang dicadangkan itu. Ini bermakna Nik Aziz memang bersetuju dengan perkara tersebut, namun oleh kerana menjaga kedudukannya beliau sanggup menuduh bahawa cadangan kerajaan perpaduan itu bermula dengan Hadi Awang dan kumpulannya. Perlakuan buruk Nik Aziz tidak sepatutnya dari seorang yang menganggap dirinya ulamak besar Islam negara yang lebih alim dari ulamak yang lain.

Nik Aziz: Mufti Perak tindak macam ejen Umno @ malaysian insider
ini pula kenyataan dari pejabat Nik Aziz
Category:
��

Comments

0 responses to "Nik Aziz Mengelat Lagi...."