5:56 PM | Posted in
Kebelakangan ini persidangan Parlimen dan DUN di negeri-negeri dijadikan 'medan tempur' parti-parti politk oleh wakil-wakil rakyat.

Gelagat yang ditunjukkan oleh wakil-wakil rakyat samada dari parti kerajaan apatah lagi parti pembangkang sangat memalukan. Rakyat dipertontontan dengan kelakuan yang tidak senonoh dan tidak sepatutnya dizahirkan oleh seseorang yang bergelar Yang Berhormat. Professionalisme seorang wakil rakyat yang menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dikesampingkan oleh mereka. Peraturan dan adab bersidang diremehkan dan arahan Speaker diperkecilkan. Yang jelas emosi mengatasi minda yang rasional wakil-wakil rakyat dalam bertindak dan berbahas di dewan-dewan mulia ini.

Banyak masa dihabiskan dengan memperkatakan perkara-perkara yang tidak memberi menafaat kepada rakyat. Permasalahan rakyat tidak diperbahaskan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dari kedua-dua pihak. Tuduh-menuduh dan bongkar-membongkar menjadi kelaziman sejak kebelakangan ini. Apa sebenarnya tujuan dan matlamat mereka berada di situ, jelas sekali dilupakan. Malah ada pula yang lebih gemar membuang masa di tempat lain dari berada di dalam Dewan membahas atau mendengar perbahasan rakan-rakan yang sedaang berlansung. Malah ada yang lansung tidak hadir ke Dewan, namun boleh menghadiri lain-lain program parti dan peribadi di luar negera.

Pendedahan konspirasi, rahsia-rahsia pemimpin parti dan sebagainya telah mengambil kedudukan keutamaan mengatasi masalah dan rintihan rakyat yang lebih memerlukan pembelaan dan penambahbaikan. Mungkinkah wakil-wakil rakyat kini terlupa bahawa rakyat memilih mereka untuk berada di dewan-dewan perundangan ini untuk mengenengahkan hasrat dan aspirasi rakyat agar dapat dibahaskan dan dibincangkan untuk mencapai penyelesaian dan keberhasilan terbaik.

Di Perak, ada pula yang bawa 'placard' dan poster ke dewan perundangan yang bersidang. Nak pergi bersidang ke nak pergi berdemonstrasi? Ada wakil rakyat bukan Islam yang kurang ajar tidak menghormati doa apabila dibacakan. Ada yang tidak pakai seragam lengkap. Ada kurnia dan darjah kebesaran anugerah Sultan sendiri pun, pun tak dipakai semasa menghadiri perasmian Dun oleh Raja Muda. Pakai separuh-separuh sahaja. Pakai selepang tapi tak kenakan kalung dan bintang Dato Seri. Tahun lalu pakai kalung dan bintang tak pakai selepang. Apabila dituduh derhaka, marah dan nafikan.

Yang peguam-peguam lebih sibuk hadir ke mahkamah layan pelanggan; 'kutip legal fees' dari hadir ke Parlimen dan ambil bahagian berbahas bagi pihak rakyat. Ada pula yang Adun pun dia, Ahli Parlimen pun dia. Mana satu nak hadir apabila kedua-dua Dewan bersidang? Apakah amanah rakyat yang dipohon daripada rakyat untuk dipikul semasa melemparkan janji-janji dalam pilihanraya dilunaskan dan digalas sebaiknya atau tidak?

'Politik Baru' sebenarnya bukan satu proses pembaharuan tetapi lebih tepat satu proses baru yang berganjak ke belakanag, bukannya ke hadapan. Yang benar hanya ada perubahan dalam komposisi parti-parti di dewan-dewan ini, namun perubahan yang lain tiada tampaknya.

Tak salah kalau rakyat menganggap Parlimen dan Dun-Dun sudah bertukar menjadi sarkas atau zoo!
Ini semua kerana rakyat sendiri telah terkhilaf apabila memilih 'binatang-binatang politik' untuk menjadi wakil-wakil kepada 'rakyat'.
Category:
��

Comments

0 responses to "Parlimen & DUN: Medan Tempur Parti-Parti Politik?"