3:48 AM | Posted in
Kepulangan Sultan Kelantan dilaporkan disambut lebih 10,000 rakyat Kelantan, namun tanpa kehadiran MB Kelantan. Nik Aziz dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, selepas mengadu sakit dada, kira-kira jam 5 petang, semalam. Masalah kesihatan menyebabkannya tidak dapat menyambut Sultan Kelantan yang berangkat pulang hari ini dari mendapatkan rawatan perubatan di Singapura.

"Pukul 12.00 tengah hari tadi Nik Aziz sudah boleh baca surat khabar. Alhamdulillah."

Perkembangan yang berlaku kepada parti Anwar Ibrahim telah memberi kejutan dashyat kepada Nik Aziz. Malah keberangkatan pulang Sultan Kelantan ke Kota Bahru juga menambah keresahan Nik Aziz yang telah dua kali tidak mengendahkan titah Sultan Kelantan untuk Nik Aziz menghadap baginda di Singapura. Nik Aziz akan dipanggil mengadap Sultan Kelantan pada hari yang sama dengan keberangkatan tiba baginda Sultan. Penderhakaan Nik Aziz boleh dibaca di sini , di sini dan di sini.

Nik Aziz seperti cuba mengelak dari dititah menghadap Sultan Kelantan. Sepanjang Sultan Kelantan berada di Singapura bagi mendapat rawatan banyak perkembangan yang tidak menyenangkan Sulan Kelantan berlaku.

Kerajaan Kelantan bercadang mengadakan retreat selama 3 hari mulai hari bertujuan untuk membincangkan situasi semasa kerajaan Kelantan yang dilaporkan dalam keadaan kucar-kacir akibat ada pihak dalam kerajaan negeri Kelantan yang ingin melihat Nik Aziz berundur atau 'diundurkan'. Telatah Nik Aziz yang dilihat mencelarukan dan dakwaan rasuah terhadap Nik Aziz dan ahli keluarganyanya oleh SPRM menjejaskan sokongan rakyat kepada Kerajaan PAS Kelantan. Perlakuan dan tindakan menantunya, Ariffahmi, selaku CEO PMBK yang dilantik sendiri oleh beliau telah menyebabkan kerugian puluhan juta ringgit kepada PMBK dan Kerajaan Kelantan. Nik Aziz telah tersilap besar menaruh kepercayaan kepada menantunya yang ternyata tiada kelayakan untuk mengurus PMBK dengan baik.

Nyata Nik Aziz sudah hilang keupayaan untuk membendung gerakan pihak yang inginkan beliau mengosongkan pejabat MB Kelantan. Jika tidak mengapa ditimbulkan di kalangan Pas Kelantan mengenai siapa bakal pengganti Nik Aziz.

Tanpa kehadiran Nik Aziz berkemungkinan retreat tersebut akan membuat resolusi yang tidak akan menyebelahi Nik Aziz. Sudah tentu jika ini berlaku akan menambah trauma yang kini dilalui oleh Nik Aziz.
Category:
��

Comments

0 responses to "Sultan Pulang, Nik Aziz Masuk Wad"