8:16 AM | Posted in
Mesyurat Agong PKR Kuala Selangor yang diketuai Khalid Ibrahim hari ini kelam kabut. Seramai 50 orang ahli bertindak keluar dari mesyuarat dan mendakwa mesyuarat itu tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan parti. Mereka mendakwa tiada notis mesyuarat diedarkan kepada ahli-ahli yang dikatakan seramai lebih 4000 orang. Hebahan mengenai mesyuarat cuma dibuat di satu akhbar berbahasa Melayu pada 9 Mac, lima hari sebelum tarikh mesyuarat . Ini bertentangan dengan perlembagaan parti PKR yang mengkehendaki notis dikeluarkan 14 hari sebelum mesyuarat.

Hanya seramai 241 orang ahli dilaporkan menghadiri mesyuarat tersebut. Ahli-ahli juga dihalang dari berucap dalam mesyuarat tersebut, malah mikrofon dikawal oleh individu tertentu menyebabkan ahli-ahli tidak dapat melahirkan pandangan berhubung krisis yang dialami PKR baru-baru ini.

Kepimpinan Khalid di Kuala Selangor jelas sudah tidak mendapat sokongan oleh ahli-ahli PKR sendiri. sebelum ini seramai 13 orang AJK cabang tersebut meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan urus tadbir parti oleh Khalid.

Ini bukan parti Tupperware la….
Keadaan mesyuarat ini berlangsung tidak teratur, orang ramai keluar masuk dewan sesuka hati, ahli yang baru berdaftar pun dibenarkan masuk. Tiada usul yang dapat diutarakan, tiada usul yg dibincangkan….Microphone pon dijaga? Ape ni??? Mana kebebasan bersuara? Dimana letaknya hak sebagai ahli berdaftar??? Kalau benda ini terus berlaku nampaknya memang sepenggal jelah PKR memerintah Selangor apatah lagi menguasai Putrajaya! Mimpi di tepi sungai yang penuh buaya!
Tiada kebebasan bersuara di dalam PKR dan hak ahli juga tidak dihormati. PKR sebenarnya hanya batu loncatan untuk individu-individu tertentu mencapai matlamat politik peribadi mereka. Ahli-ahlinya sudah bosan dengan PKR. Malah lebih membinggungkan mereka ke mana arah PKR selepas ini.



Category:
��

Comments

0 responses to "Khalid Ibrahim Tak Boleh Handle Mesyuarat Agong PKR Kuala Selangor"