Zahrain Hashim, AP Bebas Bayan Baru bukan sahaja mendedahkan pembohongan Anwar malah mendedahkan perilaku Anwar terhadap rakan sekutunya.
Zahrain mendedahkan Anwar menggelar Nik Aziz, dengan ungkapan "Ulama Terompah". Panas telinga Mahfuz, terbeliak mata Salehudin. Padan muka PAS yang percayakan Anwar. PAS masih tidak sedar bagaimana Anwar memperbodohkan mereka sejak dulu. PAS juga cepat lupa siapakah yang paling hebat menghentam dan memanggil mereka dengan pelbagai gelaran apabila di'layor' Anwar dengan jawatan dan kuasa. Dah resmi orang politik, dahagakan kuasa dan jawatan. Semasa dalam UMNO, Anwar adalah pemimpin UMNO yang paling hebat menghentam PAS dengan pelbagai nama dan gelaran buruk. PAS saja yang terlupa semua ini. Malang sekali bagi PAS.
Kalau Nik Aziz, Ulama Terompah, ulama yang standardnya untuk di bawa ke tandas; apatah lagi mereka yang lain dalam PAS.
Tingkah laku dan perkatan-perkataan yang keluar dari mulut Nik Aziz memang melayakkan beliau digelar Ulama Terompah. Hanya PAS yang meletakkan keulamakan Nik Aziz begitu tinggi sehingga ada yang mengiktiraf Nik Aziz bertaraf wali sehingga ada yang sanggup mencuri selipar Nik Aziz untuk dijadikan azimat. Perbuatan syirik oleh mereka yang kononnya lebih Islam dari orang Islam yang lain. Ketaksuban yang keterlaluan menyebabkan 'Ulama Terompah' ini lupa diri.
Mana lebih tinggi darjatnya, 'Wali Selipar' atau 'Ulama Terompah'??!
Apa reaksi PAS dan suku sakatnya? Drama Politik kini semakin menarik.
Apa reaksi PAS dan suku sakatnya? Drama Politik kini semakin menarik.
0 responses to ""Nik Aziz Ulama Terompah !!!"- Anwar Ibrahim"