5:56 PM | Posted in
Kebelakangan ini persidangan Parlimen dan DUN di negeri-negeri dijadikan 'medan tempur' parti-parti politk oleh wakil-wakil rakyat.

Gelagat yang ditunjukkan oleh wakil-wakil rakyat samada dari parti kerajaan apatah lagi parti pembangkang sangat memalukan. Rakyat dipertontontan dengan kelakuan yang tidak senonoh dan tidak sepatutnya dizahirkan oleh seseorang yang bergelar Yang Berhormat. Professionalisme seorang wakil rakyat yang menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dikesampingkan oleh mereka. Peraturan dan adab bersidang diremehkan dan arahan Speaker diperkecilkan. Yang jelas emosi mengatasi minda yang rasional wakil-wakil rakyat dalam bertindak dan berbahas di dewan-dewan mulia ini.

Banyak masa dihabiskan dengan memperkatakan perkara-perkara yang tidak memberi menafaat kepada rakyat. Permasalahan rakyat tidak diperbahaskan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dari kedua-dua pihak. Tuduh-menuduh dan bongkar-membongkar menjadi kelaziman sejak kebelakangan ini. Apa sebenarnya tujuan dan matlamat mereka berada di situ, jelas sekali dilupakan. Malah ada pula yang lebih gemar membuang masa di tempat lain dari berada di dalam Dewan membahas atau mendengar perbahasan rakan-rakan yang sedaang berlansung. Malah ada yang lansung tidak hadir ke Dewan, namun boleh menghadiri lain-lain program parti dan peribadi di luar negera.

Pendedahan konspirasi, rahsia-rahsia pemimpin parti dan sebagainya telah mengambil kedudukan keutamaan mengatasi masalah dan rintihan rakyat yang lebih memerlukan pembelaan dan penambahbaikan. Mungkinkah wakil-wakil rakyat kini terlupa bahawa rakyat memilih mereka untuk berada di dewan-dewan perundangan ini untuk mengenengahkan hasrat dan aspirasi rakyat agar dapat dibahaskan dan dibincangkan untuk mencapai penyelesaian dan keberhasilan terbaik.

Di Perak, ada pula yang bawa 'placard' dan poster ke dewan perundangan yang bersidang. Nak pergi bersidang ke nak pergi berdemonstrasi? Ada wakil rakyat bukan Islam yang kurang ajar tidak menghormati doa apabila dibacakan. Ada yang tidak pakai seragam lengkap. Ada kurnia dan darjah kebesaran anugerah Sultan sendiri pun, pun tak dipakai semasa menghadiri perasmian Dun oleh Raja Muda. Pakai separuh-separuh sahaja. Pakai selepang tapi tak kenakan kalung dan bintang Dato Seri. Tahun lalu pakai kalung dan bintang tak pakai selepang. Apabila dituduh derhaka, marah dan nafikan.

Yang peguam-peguam lebih sibuk hadir ke mahkamah layan pelanggan; 'kutip legal fees' dari hadir ke Parlimen dan ambil bahagian berbahas bagi pihak rakyat. Ada pula yang Adun pun dia, Ahli Parlimen pun dia. Mana satu nak hadir apabila kedua-dua Dewan bersidang? Apakah amanah rakyat yang dipohon daripada rakyat untuk dipikul semasa melemparkan janji-janji dalam pilihanraya dilunaskan dan digalas sebaiknya atau tidak?

'Politik Baru' sebenarnya bukan satu proses pembaharuan tetapi lebih tepat satu proses baru yang berganjak ke belakanag, bukannya ke hadapan. Yang benar hanya ada perubahan dalam komposisi parti-parti di dewan-dewan ini, namun perubahan yang lain tiada tampaknya.

Tak salah kalau rakyat menganggap Parlimen dan Dun-Dun sudah bertukar menjadi sarkas atau zoo!
Ini semua kerana rakyat sendiri telah terkhilaf apabila memilih 'binatang-binatang politik' untuk menjadi wakil-wakil kepada 'rakyat'.
Category:
��
6:53 AM | Posted in
dari kickdefella.wordpress.com 


Di dalam majalah Pengasuh bilangan 355 keluaran Jun 1967, Ustaz muda bernama Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat ada menulis,


“Islam sejak dulu sampailah sekarang, bahkan hingga bila-bila pun, tidak akan meletakkan taraf ekonomi sebagai perkara pertama dalam agenda pembangunan manusia…”
“Di atas dasar inilah maka Islam berjalan begitu lancar sekalipun perekonomian Muhajirin begitu meleset dan dikalangan Ansar sendiri begitu kucar kacir kerana sebagaimana diketahui dunia orang yang memegang tampuk ekonomi di zaman awal Islam dahulu ialah Yahudi yang menjadi musuh ketat Islam sejak dahulu sampai sekarang.”
Bergerak diatas premis inilah, Nik Aziz rela melihat rakyat Kelantan dirundung kemiskinan kerana baginya pembangunan ekonomi tidak penting. Tetapi yang peliknya, hasil mahsul kekayaan negeri di sifon keluar olehnya untuk Parti PAS dan jenteranya. Lebih buruk lagi, anak-anak kecil mereka pun rela mereka doktrinkan dengan menggunakan duit rasuah.

Apakah di atas kehebatan ini, PAS sekali lagi mengangkat Nik Aziz sebagai Mursyidul Amnya untuk tempoh lima tahun lagi?

Salinan surat-surat pemohon kawasan balak dan akujanji sumbangan wang tunai di dedahkan oleh kickdefella. Kalau tak percaya boleh jenguk blog dia.
Tokay-tokay balak Cina sumbang wang untuk PASTI di Kelantan, jika dapat kelulusan kawasan membalak dari kerajaan negeri. Sumbangan ini hadiah ke, derma ke, atau rasuah? Nik Aziz restu perbuatan rasuah balak di Kelantan. Wang rasuah itu pula digunakan pakai untuk mendidik anak-anak PASTI Kelantan. Sepanjang lebih 20 tahun perkara ini berlaku, bayangkan berapa ramai anak-anak Islam Kelantan yang dididik dengan hasil rasuah balak Nik Aziz?

Ahmad Awang di Perak juga dituduh terlibat dengan rasuah kawasan balak semasa pemerintahan singkat Nizar dan DAP. Sehingga kini Ahmad Awang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menafikan perkara tersebut.

Apa cerita ni? Ulamak PAS dan BALAK tidak boleh dipisahkan. Apakah ini bala kepada PAS pimpinan Ulamak BALAK?

Category:
��
6:28 AM | Posted in
“Jika kita melihat kepada keutamaan pengundi, tidak ada satu tempat pun yang kaum India boleh bertanding di negara ini. Masyarakat India tidak mempunyai majoriti sama sekali di mana-mana jua kawasan pilihan raya untuk bertanding. Mereka hanya boleh kekal sebagai pengundi..."-Samy Vellu, Presiden MIC.

Jelas kekalahan Palanivel pada PRU12 lalu adalah kerana penolakan pengundi Melayu kepada calon MIC tersebut. Hulu Selangor yang majoriti pengundinya Melayu sudah tentu inginkan seorang Melayu menjadi Ahli Parlimennya.

Dalam PRU12, semua calon BN yang bertanding kawasan DUN menang selesa, namun Palanivel tewas dengan margin tipis kepada calon PKR Dato' Dr Zainal. Ini jelas menunjukkan Palanivel, calon MIC tidak mendapat tempat di hati pengundi Hulu Selangor walaupun telah mewakili kawasan tersebut selama empat penggal. Tempoh terlalu lama juga faktor yang menyumbang kepada kekalahan Palanivel. Begitu juga nasib yang menimpa Samy Vellu di Sungai Siput.

Samy Vellu dan MIC perlu menerima hakikat, orang Melayu sudah hilang sabar dengan gelagat dan sikap orang India yang banyak menimbulkan masalah sebelum PRU12 dan berlarutan hingga kini walaupun iannya tidak serancak dulu.

Samy Vellu juga menolak dakwaan bahawa para pengundi di Parlimen Hulu Selangor tidak berminat dengan calon daripada MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Beliau percaya keadaan di kawasan pilihan raya berkenaan telah pun berubah sejak pilihan raya umum 2008.

“Kami telah pun keluar daripada masalah itu sekarang dan saya harap masyarakat akan cuba melupakan apa yang telah berlaku sebelum ini. Jangan cuba untuk mengingatkan mereka... itu tidak baik,”

Samy Vellu begitu yakin masyarakat kini boleh menerima calon MIC. Keyakinan ini amat tersasar jauh.

Samy Vellu perlu menerima hakikat penolakan calon-calon MIC bukan kerana masalah politik dalaman MIC sahaja, malah ianya kerana masalah yang ditimbulkan oleh beberapa kumpulan ekstrem kaum India.
Category:
��
4:40 PM | Posted in
Kemelut yang melanda Istana Kelantan nampaknya semakin serius. Sultan Kelantan yang beransur pulih dari kegeringan sudah berangkat pulang ke Kota Bahru. Tengku Mahkota masih memangku tugas Sultan Kelantan walaupun baginda Sultan sudah kembali ke Kota Bahru. Krisis dalam Istana Kelantan ini agak membimbangkan orang Kelantan. Kedaulatan Raja-raja Melayu perlu dijaga demi kepentingan orang Melayu. Ini adalah lambang orang Melayu dan payung kesucian Islam di negara ini.

Krisis Istana Kelantan bukan hanya perselisihan antara Putera-putera Sultan Kelantan malah ia lebih serius. Seolah-olah ada tangan-tangan ghaib yang memain peranan untuk menambah buruk kemelut  tersebut. Raja Perempuan Kelantan sebelum ini menzahirkan dukacita baginda atas perbuatan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak menziarahi Sultan Kelantan semasa dirawat di singapura walaupun dititah berbuat demikian. Kerajaan Kelantan juga menyinggung perasaan Sultan Kelantan apabila mengeluarkan kenyataan tidak tepat berkenaan keadaan kesihatan Sultan Kelantan. Keputusan Kerajaan Negeri untuk membawa pulang Sultan Kelantan ke Malaysia kerana tidak mampu menanggung kos perubatan Sultan Kelantan di Singapura juga adalah satu penghinaan kepada Sultan Kelantan.

Sukar untuk menafikan tindakan-tindakan biadab pimpinan kerajaan negeri Kelantan terhadap institusi Raja Melayu di Kelantan. Penganjuran pesta Jom Heboh di Kelantan yang mendapat kelulusan kerajaan negeri pada masa Sultan Kelantan masih gering walau beransur pulih sukar diterima. Tambahan pula keputusan kerajaan negeri meneruskan sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Kelantan dan Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran pada 30 Mac ini walaupun tidak diperkenan oleh Sultan Kelantan. Kerajaan negeri bertegas majlis itu boleh disempurnakan oleh Pemangku Sultan.

Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Nik Aziz seolah-olah tidak hormat kepada Istana Kelantan dan Sultan Kelantan. Tindakan kerajaan negeri seperti mengecil-ngecilkan kedudukan dan kehormatan Istana dan Sultan Kelantan. Mungkinkah Nik Aziz berpandangan kedudukan Sultan Kelantan di bawah Undang-undang Tubuh Negeri/Perlembagaan  dalam sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan di negara ini meletakkan Raja-raja Melayu di bawah dari Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh rakyat dan diketuai oleh beliau? Mungkin juga Nik Aziz merasakan Dewan Undangan Negeri yang diketuai beliau berkuasa menggubal Perlembagaan Negeri lebih tinggi kedudukannya dari Sultan Kelantan?
Category:
��
6:42 AM | Posted in
Aku gemakan sebuah gaung kewaspadaan terhadap kerusakan yang melingkupi dan bahaya yang mengancam. Itulah wabah Aids Haraki yang menggerogoti bangunan harakah dan tanzhim serta menghacurkannya menjadi puing. Sebuah wabah yang diingatkan Al-Qur’an dengan tegas: “…dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatan…”

Maka adakah yang menyambut gema ini? Saya berharap demikian. Allah sajalah yang memberi pertolongan dan kepada-Nya lah kita bertawakkal.

Aids Haraki. Ya, demikianlah Ustadz Fathi Yakan – seorang ulama dan mujahid dakwah tingkat dunia – mengistilahkan suatu fenomena yang telah dan sedang terjadi di sebagian harakah (gerakan) Islam. Ini adalah sebuah peringatan keras dari beliau kepada para aktivis dakwah, lebih dari delapan belas tahun lalu. Fa dzakkir inna adz-dzikra tanfa’ul mu’miniin.


Aids adalah kondisi ketika seseorang mengalami kehilangan daya kekebalan tubuh, sehingga menjadi sangat rentan terhadap berbagai penyakit. Dan karena virus HIV yang menyebabkan penyakit AIDS ini belum ditemukan obatnya hingga saat ini, para pengidap HIV/AIDS pada umumnya akan segera mengalami kematian secara mengenaskan.

Dalam bukunya yang berjudul Ihdzaruu Al-Aids Al-Haraky (1989), Ustadz Fathi Yakan secara khusus menyoroti kasus kehancuran harakah (gerakan) dan tanzhim (organisasi) dakwah di Libanon. Pada saat yang sama beliau juga menemukan fenomena yang sama sedang terjadi di sebagian negeri-negeri muslim lainnya.

Menurut pendapat beliau, kasus-kasus kehancuran organisasi dakwah yang berawal dari melemahnya daya tahan internal organisasi mereka, seringkali terjadi di saat mereka berada pada mihwar siyasi (orbit politik), yaitu saat gerakan Islamiyah memasuki wilayah politik untuk menyempurnakan wilayah amal dan pencapaian sasaran dakwahnya.

Mengapa begitu? Apakah masuknya gerakan dakwah Islam ke dalam wilayah politik adalah suatu kekeliruan? Tentu saja tidak! Karena syumuliyatul- Islam (sifat kemenyeluruhan ajaran Islam) mengharuskan politik sebagai bagian tak terpisahkan dari Islam. Dan syumuliyatud- da’wah menuntut kita untuk memasuki wilayah politik.

Lalu bagaimana suatu gerakan dakwah bisa terjangkiti penyakit aids dan kemudian mengalami kehancuran? Dalam analisisnya, Ustadz Fathi Yakan menyebutkan tujuh faktor yang menyebabkan semua ini.

Faktor penyebab pertama, hilangnya manna’ah i’tiqadiyah (imunitas keyakinan) dan tidak tegaknya bangunan dakwah di atas pondasi fikrah dan mabda’ yang benar dan kokoh. Dampak yang timbul dari faktor ini di antaranya adalah tidak tegaknya organisasi dakwah di atas fikrah yang benar dan kokoh.

Adakalanya sebuah organisasi hanya berwujud tanzhim ziami, yaitu bangun organisasi yang tegak di atas landasan loyalitas kepada seorang pemimpin yang diagungkan. Ada lagi yang berupa tanzhim syakhshi, yaitu bangun organisasi yang dibangun di atas bayangan figur seseorang. Yang lain berupa tanzhim mashlahi naf’i yaitu bangun organisasi yang berorientasi mewujudkan tujuan materi semata.

Dengan begitu, jadilah bangunan organisasi dakwah tadi begitu lemah dan rapuh. Tidak mampu menghadapi kesulitan dan tantangan. Akhirnya goncanglah ia dan bercerai-berailah barisannya, sehingga muncul berbagai tragedi yang menimpanya.

Faktor penyebab kedua, rekruting berdasarkan kuantitas, dimana bilangan dan jumlah personil menjadi demikian menyibukkan dan menguras perhatian qiyadah (pemimpin) dakwah. Dengan anggapan bahwa jumlah yang banyak itu menjadi penentu kemenangan dan kejayaan. Kondisi ini memang seringkali mendapatkan pembenarannya ketika sebuah gerakan dakwah tampil secara formal sebagai partai politik.

Orientasi kepada rekruting kuantitas – pada sisi lain – akan memudahkan pihak-pihak tertentu menciptakan qaidah sya’biyah atau basis dukungan sosial untuk kepentingan realisasi tujuan-tujuannya. Dalam situasi tertentu bisa muncul figur atau tokoh-tokoh tertentu dalam gerakan dakwah yang memperjuangkan kepentingannya dengan memanfaatkan qaidah sya’biyah yang dibangunnya. Pada saat seperti inilah, qaidah sya’biyah ini bisa berdiri sebagai musuh bagi gerakan dakwah.

Faktor penyebab ketiga, bangunan organisasi dakwah tergadai oleh pihak luar. Baik tergadai oleh sesama organisasi dakwah, organisasi politik, maupun negara. Boleh jadi juga tergadai oleh basis-basis kekuatan yang ada di sekelilingnya; baik secara politis, ekonomi, keamanan, atau keseluruhan dari unsur-unsur ini.

Akibatnya, bangun organisasi dakwah tadi kehilangan potensi cengkeram, kabur orientasi, dan arah politiknya. Jadilah ia sebuah organisasi yang diperalat bagi kepentingan pihak lain, meskipun terkadang ia sendiri bisa mendapatkan kepentingannya dengan cara itu.

Faktor penyebab keempat, tergesa-gesa ingin meraih kemenangan meskipun tidak diimbangi dengan sarana yang memadai, dalam kondisi minimal sekalipun. Wilayah politik identik dengan pos-pos kekuasaan. Ada semangat pencarian dan pencapaian pos-pos kekuasaan yang pasti dilakukan oleh setiap pelaku politik. Dan semua itu akan berlangsung seperti tidak ada ujung akhirnya.

Kekuasaan, di manapun – menurut Ustadz Fathi Yakan – kemampuannya membagi ghanimah (harta) kepada aparat sebanding dengan potensinya menderita kerugian. Bahkan ghanimah yang telah diperoleh itu terkadang justru melahirkan cobaan dan bencana bagi gerakan dakwah. Pemicunya adalah sengketa dalam pembagiannya; antar personil, personil dengan pemimpin serta penguasa yang berambisi mendapatkan bagian terbanyak.

Sesungguhnya, kajian yang jernih terhadap faktor-faktor yang mengantarkan beberapa hizb (partai) meraih kekuasaannya atas berbagai wilayah di dunia, mampu mengungkap sejauh-mana dampak negatif bahkan bahaya yang dihadapi oleh hizb tadi.

Dampak negatif tadi antara lain berupa keruntuhan dan kehancurannya, serta terpecah-belahnya hizb itu menjadi kepingan, kehilangan prinsip dan orientasi, yang akhirnya mengantarkannya menjadi sebuah kelompok yang mengejar kepentingan hawa nafsu dan materi duniawi semata.

Faktor penyebab kelima, munculnya sentra-sentra kekuatan, aliran, dan sayap-sayap gerakan dalam tubuh gerakan dakwah. Kebanyakan bangunan organisasi dakwah yang mengalami pertikaian dan perselisihan berpotensi melahirkan hal-hal di atas.

Sebuah gerakan dakwah, apa saja namanya, apabila memiliki ta’addudul wala’ (multi loyalitas) dan dikendalikan oleh beragam kekuatan, tidak tunduk kepada qiyadah (kepemimpinan) tunggal, di mana hati para personil dan para mas’ul-nya tidak terhimpun pada seseorang yang dipercaya, maka ia menjadi gerakan dakwah yang potensial melahirkan pertikaian, berebut pengaruh dan kekuasaan untuk meraih ambisi-ambisi pribadi.

Faktor penyebab keenam, campur-tangan pihak luar. Di zaman sekarang, faktor-faktor ini telah begitu dominan mempengaruhi dunia. Kekuatan siyasiyah (politik), fikriyah (pemikiran), asykariyah (militer), dan jasusiyah (intelejen) yang beraneka ragam dikerahkan untuk memukul seterunya dengan target kehancuran bangunan organisasi dakwah.

Hal ini dilakukan melalui deteksi cermat terhadap titik lemah, kemudian menawarkan “dukungan”, setelah itu dipukul hancur. Pintu masuk menuju ke sana memang sangat banyak. Adakalanya melalui pintu siyasah, yaitu dengan menawarkan berbagai kemaslahatan politik. Terkadang melalui pintu maliyah, dengan jalan menutup kebutuhan finansial. Lain kali melalui pintu amniyah, yaitu dengan menjanjikan perlindungan keamanan. Hal-hal itu dilakukan satu per satu atau secara bersama-sama.

Kapankah kekuatan eksternal bisa masuk ke dalam tubuh organisasi dakwah? Yaitu ketika bangunan organisasi dakwah secara umum mengalami kelemahan; keringnya ruh akidah, baik di tingkat personil anggota maupun level pemimpinnya, dan beratnya beban maddiyah (materi) maupun ma’nawiyah (moril) yang harus dipikul. Jadilah ia sebuah bangunan organisasi rapuh yang pintu-pintunya terkuak. Orang pun dengan leluasa masuk ke dalamnya untuk mewujudkan ambisi mereka dengan seribu satu cara.

Faktor penyebab ketujuh, lemah atau bahkan tidak adanya wa’yu siyasi (kesadaran politik). Sebuah gerakan dakwah Islam – di mana saja – apabila tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan bisa hidup mengimbangi zaman; tidak memahami kejadian yang ada di sekelilingnya, terkecoh oleh fenomena permukaan, lupa mengkaji apa di balik peristiwa, tidak mampu merumuskan kesimpulan-kesimpul an dari berbagai peristiwa global, tidak bisa membuat footnote setelah membaca teks, tidak mampu meletakkan kebijakan politik lokal berdasarkan kondisi-kondisi politik internasional, dan lain-lain kepekaan.

Apabila sebuah gerakan dakwah memiliki kelemahan seperti itu, di saat mana arah politik demikian tumpang-tindih dan keserakahan demikian merajalela, yang tampak di permukaan tidak lagi sebagaimana isinya, maka ia akan menjadi organisasi gerakan dakwah yang langkahnya terseok-seok, sikap-sikapnya kontradiktif, dan mudah terbawa arus. Apabila sudah demikian, datanglah sang penghancur untuk memutuskan hukuman mati atasnya.

Ada hal penting dan mendasar dari analisis lanjutan Ustadz Fathi Yakan yaitu, semua faktor yang dipaparkan di atas adalah buah dari pohon “politik mendominasi tarbiyah”. Iklim atau munakh dalam gerakan dakwah lebih kental politik, yang bahkan sangat mempengaruhi bangunan sikap-perilaku jajaran kader dan para pemimpinnya.

Semoga kita bisa mengambil pelajaran dan manfaat dari taushiyah yang disampaikan lebih dari delapan belas tahun silam untuk kebaikan dan kemajuan gerakan dakwah di Indonesia. Amin.

1 Ramadhan 1409 H

Fathi Yakan
Category:
��
2:46 AM | Posted in
Nik Aziz Nikmat berkata ramai lagi dalam PAS yang layak menjadi Mursyidul Am. Ini berikutan suara-suara yang menyatakan beliau tidak akan dilantik semula ke jawatan tersebut. Perselisihan antara Presiden dan Mursyidul Am PAS jelas berlaku di mata umum. Namun begitu PAS cuba sedaya upaya menggambarkan tiada masalah antara Presiden dan Mursyidul Am.

Pertelingkahan antara keduanya, malah membentuk puak-puak penyokong masing-masing berpunca dari cadangan Presiden membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO yang ditentang hebat oleh N.Ajis. Pendirian N.Ajis dikatakan dipengaruhi oleh puak-puak yang ingin menyingkirkan Hadi Awang dan kelompok ulamaknya dari kepimpinan PAS. Pengaruh Anwar yang menebal di kalangan pemimpin-pemimpin sekutu Anwar dalam PAS berperanan mempengaruhi N.Ajis untuk menyokong cita-cita politik Anwar. N.Ajis mengecam hebat Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa yang dituduh pro-UMNO, dilihat sebagai sindiran terhadap Presiden. Malah, beliau mencadangkan supaya diadakan EGM PAS untuk menentukan kepimpinan baru PAS. Peliknya, setelah isu itu reda, N.Ajis pula menyarankan supaya diadakan perbincangan antara UMNO dan PAS. Baru-baru ini pula, N.Ajis juga menyarankan PAS mengambil contoh MCA yang mengadakan pemilihan semula kepimpinan parti. Ini adalah petunjuk N.Ajis kepada ahli-ahli PAS supaya mendesak ke arah perubahan kepimpinan PAS melalui satu pemilihan baru untuk menolak Hadi Awang dan sekutunya dari tampuk kuasa PAS.

Sikap berdolak dalik N.Ajis juga memualkan banyak pihak. Apatah lagi lagi dalam kontroversi perlantikan menantunya sebagai CEO PMBK yang dituduh terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan keputusan perniagaan yang menyebabkan banyak kerugian di pihak PMBK dan kerajaan negeri Kelantan. Malah kehidupan anak-anaknya yang makin mewah mengatasi pendapatan menimbulkan banyak tanda-tanya kepada rakyat Kelantan, tidak juga dijawab dan dijelaskan oleh N.Ajis. Isu pembalakan di Kelantan yang dimonopoli oleh sahabat karibnya, Abd Razak dan anaknya juga tidak dijawab N.Ajis. Malah kemelut yang melanda Istana Kelantan masa kini juga melibatkan kerajaan negeri di bawah kepimpinannya. N.Ajis juga sering mengeluarkan 'fatwa-fatwa' kontroversi yang bertentangan dengan amalan kebanyakan umat Islam Malaysia. Cakap-cakapnya menimbulkan banyak keraguan dan kecelaruan di kalangan umat Islam Malaysia.

N.Ajis bersedia jika tidak dilantik semula sebagai Mursyidul Am malah N.Ajis bahagia jika begitu. Alasan beliau kurang sihat dan banyak ponteng mesyuarat Majlis Syura mungkin diguna untuk tidak melantik semula beliau. Malah beliau juga beralasan sukar hadir Majlis Syura kerana dibuat di luar Kelantan. Peliknya N.Ajis boleh pula hadir beri sokongan kepada Anwar di mahkamah dalam kes liwat. Namun begitu, kalau dilantik beliau sudi terima, Ditanya bagaimana pula sekiranya beliau terus dipilih, beliau berkata, “jika dilantik lagi, ambo (saya) terima, tetapi itulah saya payah nak hadir mesyuarat.”

Kalau dah payah nak hadir mesyuarat, tak payah lantik lagi bagus. Biar orang lain yang boleh hadir pegang amanah dan tanggung jawab tersebut. Kalau dah pegang jawatan setiap kali nak wakilkan kepada Timbalan sahaja baik lantik Timbalan jadi Mursyidul Am PAS!!!

Category:
��
6:23 AM | Posted in
dari pisau.net : AP Kereta:Pembeli Tertipu,3 MP PAS Terlibat

Jika Bersangkut DUIT, PAS pun TAK BOLEH PERCAYA!

Tiga Ahli Parlimen dikhabarkan telah menjual AP-AP kereta yang diperuntukkan khas untuk mereka sebagai Ahli Parlimen untuk mendapat keuntungan segera.  MP PAS Kamarul Bahrin, Dr Lo' Lo' dan Siti Mariah adalah mereka yang terlibat manakala orang tengah dikhabarkan adalah Loh Gwo Burne.

Masalah timbul apabila kereta-kereta tersebut gagal didaftarkan ke atas nama-nama pembeli kerana ia di bawa masuk menggunakan AP Khas untuk Ahli Parlimen berkenaan. Pembeli pembeli kereta tersebut mengalami kerugian yang besar malah yang paling menyedihkan Ahli ahli parlimen ini tidak mahu bertanggungjawab jauh sekali memulangkan kembali wang yang telah dibayar.


Nafsu Seks Keterlaluan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis 
Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi

KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung.


Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini.


Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks.


"Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala-selanjutnya sini
Ulamak PAS kuat SEKS rupanya. Maklumlah terlalu banyak minum dan makan obat KUAT SEKS. Lihat saja iklan yang menjual ubat-ubat penaik nafsu dan untuk kuat tenaga batin di blog-blog PAS. Keinginan seks luar kawalan serupa binatang, apa dah jadi dengan ulamak-ulamak PAS?! 


Category:
��
9:35 PM | Posted in
Kemelut yang melanda Istana Kelantan semakin meruncing. Ketidaktentuan dan kekeliruan semakin meresahkan rakyat.

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada Nik Aziz berkenaan kemelut yang melanda Istana Kelantan kecuali kenyataan beliau tentang perlantikan Wan Hashim Wan Daud sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan yang dikatakan tidak mengikut peraturan dan tidak sah. Hanya Ahmad Yaakob, Timbalan Menteri Besar yang banyak mengeluarkan kenyataan bagi pihak Kerajaan Negeri. Besar kemungkinan Nik Aziz mengambil jalan selamat supaya tidak dipersalahkan ke atas sebarang kemungkinan kesan dari kemelut Istana Kelantan ini.

Kemelut Istana Kelantan ini tentunya melibatkan pihak-pihak berkepentingan di luar Istana Kelantan. Jika tidak mengapa Kerajaan Negeri berkeras diadakan majlis Penganugerahan Bintang Kebesaraan sedangkan Sultan Kelantan dikatakan masih gering. Malah Kerajaan Negeri menegaskan Pemangku Sultan Kelantan boleh menyempurnakan majlis tersebut. Umum tahu bahawa, pencalonan dan pemilihan anugerah Bintang Kebesaran Negeri dibuat oleh kerajaan Negeri.

Mungkinkah ada pihak khuatir jika majlis ini tidak dijalankan pada tarikh yang ditetapkan, ada pihak yang akan mengalami kerugian?!


Category:
��
7:46 AM | Posted in
updated: 25 Mac 2010
Al-fatihah. Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang malam ini. - Utusan
Sebelum ini ada ura-ura yang menyatakan bahawa Anwar akan mengumumkan pengosongan kerusi tersebut hari ini Jumaat, 25 Mac dalam satu majlis yang dijadualkan.


Dato Zainal Abidin Ahmad, Ahli Parlimen Hulu Selangor mengambil cuti sakit dari hadir sidang Parlimen sessi ini. Beliau sudah lama sakit dan diberitakan menggunakan 'life support system'. Beliau sudah hilang keupayaan untuk memberi khidmat sebagai wakil rakyat kepada Hulu Selangor.  Beliau sebelum ini diura-urakan akan mengosongkan kerusi parlimennya kerana sudah tidak mahu lagi 'makan elaun buta'. PKR menafikan bahawa beliau akan melepaskan kerusi tersebut. Tentunya Anwar dan PKR khuatir mereka berkemungkinan gagal mempertahankan kerusi tersebut dengan perkembangan terkini yang melanda PKR dan pendedahan yang memalukan Anwar di Parlimen baru-baru ini. PKR tidak berani mengambil risiko hilang satu lagi kerusi Parlimen.

Manakala PAS pula sedang gigih menjalankan operasi untuk mengambil alih kerusi tersebut, kerusi trsadisi mereka. PAS sentiasa meletakkan calonnya di Hulu Selangor kecuali PRU lepas kerana memberi laluan kepada PKR. PAS dikatakan sudah senaraikan 3 calon untuk kerusi tersebut.
Category:
��
7:00 AM | Posted in
Haji Hadi cadang rukun pertama Rukun Negara, Kepercayaan kepada Tuhan dipinda kepada Kepercayaan kepada Allah. Alasannya dari segi hukum, Islam tidak menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk tuhan mereka. Tambahnya lagi ini berdasarkan kepada nas, malahan Nabi Muhammad saw pun menggunakan kalimah Allah apabila mengutus surat kepada Raja Mesir yang berugama Kristian. Jelasnya, dalam warkah berkenaan, Nabi Muhammad memberitahu Raja Mesir bahawa umat manusia tidak boleh menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sama ada di kalangan pemimpin mahupun di kalangan paderi. Katanya, Nabi Muhammad juga tidak menghalang penganut Kristian itu menggunakan kalimah Allah.

" Di sinilah mengapa Islam membenarkan penganutnya makan sembelihan daripada penganut agama lain (ahli kitab). "Sembelihan mereka halal kerana mereka menyembelih dengan menyebut nama Allah. "Ini menunjukkan keizinan itu berlaku," kata Abdul Hadi lagi.

Hadi Awang terlepas pandang dan terlepas cakap apabila berkata demikian. Kristian yang ada pada hari ini bukan lagi Kristian yang sama dengan yang di zaman Nabi. Malahan zaman Nabi tiada Kristrian, yang ada Nasrani. Kristian yang paling dekat dengan ajaran Nabi Isa hanya Ortodoks Kristian di Somalia, Israel dan beberapa negara lain. Kristian yang ada sekarang terbahagi kepada pelbagai mazhab yang jauh tersimpang dengan ajaran Isa untuk dianggap sebagai Ahli Kitab. Malahan Injil dulu pun sudah tiada lagi, dan digantikan dengan pelbagai versi Bible mengikut fahaman gereja masing-masing.

Benarkah orang Kristian zaman ini masih menyembelih binatang untuk makanan dengan menyebut nama Allah? Apakah mereka masih menyembelih binatang mereka yang makan? Katolik, Gereja terbesar Kristian pun tidak lagi mengamalkan sembelihan binatang makanan mereka. Manakala Yahudi terbahagi kepada Orthodox Jews dan non-Ortodhox Jews. Sebahagian dari mereka masih mengamalkan halal haram dalam pemakanan mereka. Cuma mereka menggunakan istilah 'Kosher'. Apakah dalam keadaan dunia di mana pengamalan agama Kristian dan Yahudi jauh menyimpang dari ajaran asal mereka mengikut kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah melalui Rasul-Rasulnya, umat Islam masih boleh memakan sembelihan Kristian dan Yahudi? Itupun kalau mereka masih mengamalkan cara sembelihan mengikut syarak namun yang pasti ianya tidak lagi dipraktikkan.

Keadaan di Malaysia cukup kompleks. Kepelbagaian agama dan keturunan perlukan pendekatan yang lebih berhemah dan cermat agar tidak timbul konflik antara agama dan kaum. Penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian tentunya akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam yang sudah selesa penggunaan kalimah Allah untuk nama tuhan agama Islam. Apakah Allah bagi Islam adalah Allah yang sama bagi Kristian di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai pecahan Kristian? Kristian mempercayai Jesus itu anak Tuhan. Jika Kristian menggunakan kalimah Allah untuk tuhan mereka maka ianya akan menjadi Jesus Anak Allah. Bukankah timbul percanggahan dari segi akidah di sini? Islam mempercayai Tuhan itu tidak beranak atau diperanakkan, manakala Kristian mempercayai Tuhan ada anak bernama Jesus yang dilahirkan oleh Mary. Jesus juga dipanggil Son of Mary. Konsep ketuhanan antara Kristian dan Islam jelas terdapat perbezaan.

Kristian juga percaya tuhan mereka dikenal dengan pelbagai nama seperti Allah dikenali dengan 99 nama. Apakah nama Tuhan bagi Kristian? Tuhan Kristian dipanggil dengan nama JEHOVAH dalam kitab-kitab lama mereka namun ianya jarang sekali digunapakai di kalangan Kristian.

Baca : PAS mahu Rukunegara dipinda - Malaysiakini dan di sini dan di sini

Jangan kita jadi hidung tak mancung pipi tersorong-sorong!! Hanya beberapa gereja Kristian sahaja yang mendesak penggunaan kalimah Allah bagi tuhan mereka, yang lainnya tidak. Mengapa kita terlalu ingin selalu beralah?! Tidak cukupkah kita beralah selama ini. TIDAKKAH HADI AWANG NAMPAK MOTIF SEBENAR DI SEBALIK DESAKAN PAKIAN, ARCHIBISHOP GEREJA KATOLIK MALAYSIA. TIDAK SEDARKAH HADI BERAPA RAMAINYA ISLAM INDONESIA MURTAD DAN JADI KRISTIAN ATAS KEKELIRUAN ALLAH UNTUK TUHAN KRISTIAN DAN ISLAM! JANGAN POLITIKKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK PARTI.
Ini komen orang bukan Muslim terhadap saranan Hadi Awang:
written by chubby pinky, March 22, 2010

Is Hadi that shallow in thinking? Or are there ulterior motives behind all this ... ?
Quote: “Christians and other religions have realised the glory of the name ‘Allah’; Lord, God and other words do not have the same meaning.” Unquote
What other religions? What do you mean realized the glory of the name 'Allah'??? Is he assuming? Sounds like it. Bet he never knew what the other religions are except his own religion.
In a multi racial/religion country like Malaysia, how can Hadi assume the god figure represented by the 'other religions'= Allah?
Hello??? Hadi ... ??? FYI, Hinduism has a pantheon of gods/goddesses and so does Taoism with their philosophies and many symbolic deities. So are you telling us all of these have the same name as your religion's Allah? What a load of crap. How about Buddhism? In essence it is philosophy-based and does not believe in the existence of a god. To attain ultimate bliss requires one's effort in realization. A far cry from the dogmas of monotheistic religions which are revealed where no substantial effort is required on the part of the believers.
And hey! How about atheists, agnostics, humanists, freethinkers .... etc. Well, these people do not believe in the existence of a god. So, wouldn't your suggestion look lopsided and silly?
Why not just separate 'the religion from the state.' Better still revamp the Rukun Negara - the first in the list ... Belief in God ... it does not reflect the actual realities of Malaysia.

Ini satu lagi:
written by Ian, March 22, 2010



Im no saint, im not that religous, but I do feel a bit weird when I hear it being used by Non-Muslims. When I was in the UK, everyone referred to god as god. My christian friends never referred it as Allah (s.w.t). I know for a fact the pope doesnt refer to as Allah in their sermons, and neither does the Archbishop of cantebury.



What I believe is that in the olden days of yore in the middle east, specifically, they used it. But somehow in this day and age context, i seriously think that people should respect the religion in the country they live in. I dont see Muslims referring to Abraham or Jesus or Noah, even when they speak in English about them.



Oh heck, this comment form is so biased anyway. Whatever I say is going to get shot down. Everybody take a chill pill and let sense prevail. Give and take guys. The problem with this country is that everybody wants to take and doesnt want to give.
Category:
��
12:54 AM | Posted in
One Malaysia pun kalau sama dengan One Israel pun apa masalahnya. One India, One Singapore pun ada juga. So what! Semuanya slogan saja. Apa beza PAS for All dengan Israel for ALL. Sama juga kan. Malah logonya pun ada persamaan yang nyata. Kalau nak kata PAS pun tiru Israel boleh juga. Ada pengaruh Yahudi dalam PAS juga. Modus operandi Yahudi adalah untuk menyerap ke dalam pertubuhan-pertubuhan Islam supaya senang Yahudi Zionis ini meruntuhkan gerakan Islam. Yahudi adalah satu bangsa yang cerdik, ini kurniaan tuhan kepada mereka. Satu-satunya bangsa dalam dunia ini di mana bahasa dan agamanya hanya untuk bangsanya. Bangsanya Yahudi, agamanya Yahudi dan bahasanya pun Yahudi. Musuh Islam nak hancurkan Islam begitulah caranya. Hamas yang bermatian berjuang melawan Yahudi Israel pun dikhianati oleh agen Yahudi di dalam Hamas. Lebih mengejutkan agen itu adalah anak pemimpin Hamas sendiri.

Siapa agen Yahudi dalam PAS yang mencadangkan slogan PAS for All dengan logo yang sama dengan Israel for All? Tidak mengejutkan jika agen itu adalah pemimpin peringkat atasan dalam PAS. Siapa yang menjaja PAS Reform mungkin juga talibarut untuk menghancurkan PAS dari dalam. Kalau PAS sudah diterima ramai seadanya sekian lama, kenapa pula perlu 'reform'-berubah bentuk?

Kenapa perlu tukar pendekatan parti? Kenapa perlu sampingkan Negara Islam dan Perundangan Islam? Kenapa perlu lakukan semua ini sekiranya ia sudah mendapat sokongan? Kenapa perlu ubah pendirian dalam membentuk aspirasi bermasa dengan DAP dan PKR?

DAP tu parti chauvanis Cina yang berpegang kepada pendekatan sekular, memisahkan negara dari agama. Jelas menolak perundangan Islam dan konsep Negara Islam cadangan PAS. Ini sungguh jelas. Lupakah kalimah kera teramat " langkah mayat saya dulu jika mau tubuh negara Islam" Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan DAP. Tidak nampakkah bagaimana Guan eng mempersendakan Islam dengan berada di barisan hadapan perarakan Maulid Rasul di Pulau Pinang? Guan Eng turut berselawat ke atas Nabi kah dalam perarakan itu? Tiada siapa tahu apa yang keluar dari mulut Guan Eng dalam perarakan itu. Sudah tentu tidak mungkin Guan Eng berselawat ke atas Nabi. Apakah hukum dan pandangan Islam, perarakan Maulid Rasul yang dikepalai oleh Kafir ini? Jangan tanya Nik Aziz nanti dapat jawapan politik. Tanya alim ulamak yang tidak berpolitk untuk pandangan yang tidak bias.

PKR pula parti multiras dan multi agama. Tiada peruntukan dalam perjuangan PKR untuk agama dan bangsa. Kebebasan dalam semua aspek, sebagaimana pendekatan yang ditafsir oleh Barat. Kebebasan bersuara, beragama dan segala macam kebebasan. Orang Islam nak keluar Islam pun tiada masalah. Ini atas alasan kebebasan beragama. Tiada paksaan dalam beragama, dalam Islam pun hukumnya begitu, kata Ketua Umumnya yang tidak menjadi ahli PKR. Dia cakap begini di London. Dia pakai fatwa kawan dia di IIIT di USA. Kalau paksa orang Islam yang nak keluar Islam kekal Islam nanti ujud masyarakat hipokrit pula. Siapa yang hipokrit kalau bukan dia sendiri. Depan orang putih kafir dia cakap macam tu. Depan orang Islam dia akan cakap macam lain pula. Ini kerja orang munafik. Bukan itu saja malah dia persoal bidang kuasa mahkamah syariah. Dia kata mahkamah syariah cukup jaga hal-hal keluarga Islam, nikah kahwin dan sedikit hal adap sopan. Malah Mahkamah Syariah hanya boleh mengadili orang Islam sahaja. Cukup itu sahaja. Tiada peruntukan dalam Perlembagaan untuk bidang kuasa yang lebih. Ini sesuai dengan perlembagaan negara kita yang menjamin kebebasan beragama orang bukan Islam.

Perlembagaan boleh diubah untuk menyesuaikan dengan masa dan keadaan. Cuma perlu suara majotiti 2/3 Parlimen. Jika perlu diubah boleh diubah. Tidak mustahil untuk mendapat 2/3 jika suara orang Islam dalam Parlimen bersatu untuk mengubah semua ini. UMNO secara sendiri pun tak mampu, apatah lagi PAS. Bilangan kerusi wakil Islam yang ada akan kuat jika bersatu. Kalau benar ada keikhlasan den kesungguhan semua ini tidak mustahil dicapai.

Kata Anwar Ibrahim PAS sudah tidak lagi memperjuangkan penubuhan Negara Islam yang mengamalkan perundangan Islam di Malaysia. PAS juga bukan lagi fundamental dalam perjuangan menegakkan Islam. Dalam lain kata, Anwar Ibrahim kata PAS sudah reform, PAS sudah tidak idealistik macam dulu, PAS sudah liberal macam dia juga. PAS sudah menerima perlunya pembaharuan dalam Islam. PAS juga sudah terima kenyataan jika mahukan sokongan bukan Islam mesti tinggalkan perjuangan untuk tubuh Negara Islam. PAS perlukan DAP dan PKR untuk tubuh kerajaan sebagaimana mereka perlu PAS untuk maksud yang sama.

Hakikat sebenarnya PKR dan DAP lebih perlukan PAS untuk menang dalam pilihanraya. PKR dan DAP boleh letak calon di mana saja, dan gurkha PAS akan kerja kuat untuk mereka namun sekiranya PAS letak calon di kawasan bukan Melayu bolehkan PAS menang? Gerenti tak menang! Tidak mungkin PAS akan berjaya untuk mencapai cita-cita Negara Islamnya, mungkin sebab itu ia tidak lagi menjadi agenda utama PAS sekarang, PAS yang sudah REFORM. Perjuangan Islam PAS kini cuma menjadi retorik politik untuk calon-calonya menang kerusi yang ditandingi sahaja. Dapatkan kuasa dan kedudukan. Cari makan berpolitik. Harakah PAS sudah dicemari dengan virus aids yang sedang melumpuhkan PAS dari dalam sedikit demi sedikit dari hari ke hari.
Category:
��
12:41 AM | Posted in
Parlimen bersidang untuk tujuan apa sebenarnya? Bukankah Parlimen itu premis untuk wakil-wakil rakyat membahas dan membincang kepentingan rakyat?

Apa yang berlaku dua tiga hari ini di Parlimen umpama mesyuarat kesatuan pekerja di India. Terjerit-jerit dan terlompat-lompat. Peraturan mesyuarat di tolak tepi. Arahan Speaker pun dah tak endah, sehingga Speaker berkata kena pindah ke tempat budak-budak. Tepat sekali saranan sinis Speaker melihat kelakuan Ahli Parlimen-ahli Parlimen yang kebudak-budakan. Tidak menunjukkan kesopan dan tingkahlaku seorang yang bergelar Yang Berhormat! Ada yang macam keling mabuk, dan memang dia keling pun dari estet Padang Serai. Ada yang pula macam beruk atas pokok, dari Pokok Sena. Buat terkejut beruk pula bila ada disebut Ahli Parlimen minum arak dan main judi. Anak di pusat serenti tu anak siapa kalau bukan anak dia. Mengutuk salah laku orang lain berdegam-degam, anak sendiri tak terjaga. Macam mana nak jadi pemimpin Islam, cakap Nabi pun tak terikut. Nak jadi pemimpin patut mulai dengan keluarga, kalau dah keluarga pun tak terpimpin macam mana nak pimpin orang lain.

Wakil Macang dah lama menjaja ada kawan-kawan lama dia semasa dalam Pemuda UMNO dulu kaki minum dan judi di Las Vegas. Kalau dah dia tahu semua tu tak baik kenapa tak tarbiah kawan-kawan dia tu dari dulu supaya tinggalkan semua benda haram tu. Bukankah berdakwah itu tuntutan agama. Mengapa guna untuk kepentingan politik keaiban orang lain. Bukankah Imam Besar Mazhab PAS dah cakap, jangan keluarkan aib orang lain. Mungkin juga tak boleh nak ikut pasal Imam Besar itu pun mulutnya kurang kawalan bab-bab mengata kepada orang lain. Macam mana pengikut nak ikut. Tok guru kencing berdiri, murid kencing berlarilah, apa pun semuanya kaki kencing jugak. Kerana nak jaga politik, Agama letak sebelah. Hipokrit. Munafik semua tu. Cakap lain buat lain. Kalau dah kata Tuhan pun mencarut, tuhan pun samseng nak kata apa lagi. patutlah orang kata tahap ulamak tu tahap terompah jamban saja. Padan dengan kelaku yang ditunjukkan.

Kenapa Macang tu kalut mengelabah sangat bila orang tuduh tokong dia pun talibarut Yahudi. Ini kenyataan yang semua orang dah tahu. Siapa tak kenal Sheh Gila Pungkoq tu. Dah lama berkawan baik dengan Yahudi. Cari makan sekarang pun dengan Yahudi. Yang Machang naik angin pasal apa? Dia terasa mungkin. Sebab dia pun duk jadi agen pergi deal dengan Yahudi kawan-kawan tokay dia. Jumpa Yahudi di Singapore, ambil duit pun orang dah tahu jugak. Yang dipersoal orang tokay dia tu pun berkawan dengan Yahudi, yang keluar perkara lain tu pasal apa? Lawan la tuduhan orang tu. Nafikan kalau tak betul. Kenapa nak pusing cerita lain pulak! Susah nak nafi perkara yang betul.

Bayan Baru keluar cerita pembohongan Permatang Pauh kelam kabut semua. Yang disebut nama kelam kabut buat penafian. Bayan Baru cuma beritahu apa yang Permatang Pauh bohong kepada dia. Dia pun tak kata semua tu betul. Dia cuma kata semua itu cerita bohong yang disampaikan kepada dia oleh Permatang Pauh untuk membuktikan bahawa Permatang Pauh tu kaki pembohong. Cuma pada masa itu dia percaya akan pembohongan Permatang Pauh yang akhirnya terbukti semuanya bohong belaka. Cereka rekaan penyedap hati saja. Tak payah menafikan pun tak apa. Mungkin juga yang dok nafi tu, ada sebab nak nafi.

Category:
��
10:58 AM | Posted in
Sejak kebelakangan ini, Tengku Razaleigh kelihatan begitu bersungguh-sungguh juang isu royalti minyak untuk Kelantan, malah untuk Terengganu juga. Pendirian KuLi yang bertentangan dengan keputusan Kerajaan menyebabkan beberapa pemimpin kerajaan mendesak KuLi dikenakan tindakan oleh UMNO. Kerajaan Pusat bertegas Kelantan tidak berhak kepada royalti dan memutuskan wang ehsan kepada Kelantan.

KuLi baru-baru ini merungut jasanya tidak dikenang. Jasanya menubuhkan Petronas atas arahan Tun Razak. KuLi merupakan Pengerusi dan Presiden Petronas yang pertama apabila ianya ditubuhkan pada 1974. Dengan modal permulaan RM10juta kini Petronas merupakan antara syarikat gergasi minyak dunia. Namun begitu perkembangan Petronas dari sebuah syarikat kecil kepada sebuah gergasi industri minyak dunia hanya berlaku selepas era KuLi di bawah orang lain.

Banyak ceramah dan forum dihadiri KuLi untuk menyatakan pendiriannya berhubung isu royalti minyak kepada negeri-negeri. KuLi bertegas bahawa negeri-negeri layak mendapat royalti minyak yang diteroka di daratan ataupun di lautan walaupun di luar sempadan pesisir pantai negeri, melebihi 3 batu nautika. KuLi juga menegaskan bahawa hasrat Tun Razak menubuhkan Petronas, memiliknegarakan industri minyak dan membayar royalti ke atas hasil minyak untuk membantu negeri-negeri yang mundur.

Kenapa baru sekarang KuLi bersungguh-sungguh juang isu royalti minyak? Kenapa tidak dari dulu? 

Mungkinkah ada agenda tersembunyi di lubuk hati KuLi yang membuatkan beliau bertindak begini? Mengapa persoal jasanya tidak dikenang? Bagaimana pula untuk mengenang jasanya? Mungkinkah KuLi teringinkan kerusi Pengerusi Petronas yang kosong setelah persaraan Hassan Merican? Mungkinkah KuLi ingin kembali menerajui Petronas setelah kejayaan Petronas menjadi gergasi industri minyak? Apakah KuLi berkecil hati dengan Najib, yang satu ketika dahulu ada hubungan keluarga dengannya, tidak mempertimbangkan KuLi untuk kerusi Pengerusi Petronas? 

Mengapa KuLi menyatakan isu royalti ini tidak perlu dibawa ke mahkamah? Kemungkinan KuLi sedar akan kesilapan dalam perjanjian-perjanjian 1974 & 1975 yang dinyatakan bertentangan dengan Perlembagaan oleh pakar-pakar undang-undang dan Perlembagaan. Jika dibawa ke mahkamah untuk pengadilan dan interpritasi, memungkinkan keputusan mahkamah di luar jangkaan. Risiko mendapati Petronas telah menandatangani perjanjian yang tidak sah dengan kerajaan negeri-negeri pada 1974 & 1975. Akta Petroleum 1974 juga tidak selari dengan peruntukan Perlembagaan. Malah penubuhan Petronas itu sendiri tidak sah dari segi hukum. Sekiranya isu royalti ini tidak timbul, tiada siapapun akan membuat penilitian dan tafsiran akta tersebut.

Mungkin juga KuLi takut sekiranya perkara ini dibawa ke mahkamah, mahkamah mungkin memutuskan penubuhan Petronas tidak sah dan segala perjanjian yang berhubungkait dengannya juga menjadi tidak sah. Ini sudah tentu akan memalukan KuLi yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh Tun Razak untuk menubuhkan syarikat minyak milik negara itu. Malah KuLi juga akan dipersalahkan kerana terlepas pandang peraturan dan peruntukan Perlembagaan sedia ada dalam merangka draf Akta Petroleum 1974. 

Persoalannya, kenapa baru sekarang? 
Category:
��
9:44 AM | Posted in
Anwar Ibrahim, dalam sesi soal jawab semasa menyampaikan ceramah ‘Religion and Pluralism in a Divided World’ di London School of Economics, London; dengan tegas menyatakan beliau bersetuju orang Islam yang ingin keluar Islam (murtad) dibenarkan atas dasar kebebasan beragama.

Jelas Anwar ianya bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama dalam Islam jika mereka yang ingin berbuat demikian dipaksa terus Islam padabila mereka sudah hilang percaya kepada Islam.

Beliau menyatakan demikian apabila ditanya oleh seorang hadirin, " sekiranya beliau berkuasa, apakah beliau akan membenarkan seorang Muslim keluar Islam? "

"Naturally, one of the first questions he was asked was on apostasy. One young man asked what Anwar would do if he was in power. Would he allow Muslims to leave Islam? Anwar, I am proud to say, bravely declared here that it was against the principle of freedom of religion in Islam that any person would be compelled to remain Muslim when he or she doesn’t believe. This would give birth to hypocrisy in society." Farouk A Peru : Anwar in the flesh.
Apabila ditanya Farouk A Peru, apakah Anwar akan reconcile dengan perundangan Islam oleh PAS yang dianggap fundementalist, Anwar menjawab, " PAS bukan lagi fundementalist." malah Anwar menambah "PAS sudah melupakan sepenuhnya idea Negara Islamnya!"

"Anwar then mentioned that PAS has totally forgotten it’s Islamic state issue."
Apa komen dan pendirian kepimpinan PAS terhadap kenyataan Anwar ini?
Apakah ulama terompah dalam PAS akan menyokong pendirian Anwar dan terus kekal dengan Anwar?
Benarkah PAS sudah melupakan hasrat Negara Islam dan Hududnya? Jika benar, kenapa tidak diumumkan pendirian baru PAS yang lebih liberal atau sekular ini? Inikah " PAS Reform"?
Mengapa harus terus dengan penipuan kepada penyokong-penyokongnya?
Category:
��
8:35 AM | Posted in
Perbualan Ulamak Terompah @ cucu tok selampit blog


Kusam : Tok, gu mana lawatan Tok mengadap Tuanku tempoh hari?


Ajis : Hmm ...

Kusam : Tuanku murka lagi Tok.

Ajis : Gaponya tak murka. sudahlah ambo tak melawat sekalipun masa Tuanku di Singapura. Masa dia balik ke maripun ambo buat-buat sakit.

Kusam : Habis gu mana Tok?

Ajis : Peduli apa ambo. Ambopun keturunan raja-raja juga.

Kusam : Huh ... keturunan raja apa Tok?

Ajis : Keturunan Raja Jembal. Keturunan ambo setaraf dengan keturunan Tuanku. Pemerintahan keturunan ambo meliputi seluruh daerah Pattani.

Kusam : Tapi Tok. Ambo risau juga. Maunya Tuanku tak perkenan Tok jadi Menteri Besar kemudian hari gu mana?

Ajis : Ambo pun risau juga.

Kusam : Tak apa Tok. Konsert Jom Heboh TV3 di Kelantan dah dekat. Hujung minggu ni kita hiburkan hati. Tok jangan risau, ambo dah pastikan tiada artis tina buat persembahan. Tapi Tok?

Ajis : Tapi apa lagi?

Kusam: Gi mana kalau orang tanya konsert ini boleh diluluskan sedangkan penonton-penonton bercampur juga antara bukan muhrim. Tak haram ke Tok?

Ajis : Haram apa ke bendanya. Ambo kan digelar Wali Selipar. Nanti ambo halalkan apo yang haram.

Kusam : hehehe ... Tok sebut pasal Wali Selipar ni, si Nuar Berahi dah bagi gelaran baru dekat Tok.

Ajis : Gelaran amendanya pula?

Kusam : Kalau ikut cerita Zaharin dalam Dewan Rakyat semalam, dia gelarkan Tok Ulamak Terompah.

Ajis : Natang mu Nuar. Alas kaki masuk tandas deme gelarkan ambo.

Kusam : Tok, nak saya arahkan juak-juak kita buat laporan polis macam kita buat dekat blogger UMNO dulu?

Ajis : Tak payah ... Tak payah ... Ambo sayang Nuar ni. Hebat budak ni.

Kusam : Hebat gu mana Tok?

Ajis : Depan boleh, belakang boleh. Lelaki perempuan sama saja. Hebat kan tu?

Kusam : Oooooo ...
Category:
��
6:33 AM | Posted in
Rupanya bukan Nik Aziz saja Ulama Terompah dalam PAS. Ulama PAS semuanya ulama Terompah Kasut Kayu kata orang PAS juga.
Pas mula berkemelut apabila wujudnya kalangan berilmu tetapi jahil dalam Pas, apabila parti itu dibanjiri oleh ilmuan-ilmuan yang ibarat rambai jantan yang berbunga tetapi tidak berbuah. Ramai alim ulamak dalam Pas memjadi ulamak bisu dan ulamak terompah kayu. Mereka tahu banyak yang Nik Aziz buat dan kata tidak berapa selari dengan Islam tulen tetapi mereka takut untuk bersuara bukan kerana keilmuan Nik Aziz tetapi kerana Nik Aziz Menteri Besar dan Mursyidul Am.
Tulisan Meli Kapak Jangak: Canggah pasti kena marah


SECARA peribadi saya mula hilang hormat, terhadap ketokohah, tahap keilmuan dan kealimannya apabila Dato' Nik Aziz Nik Mat yang ketika Pas dengan bantuan Parti Melayu Semangat 46 (S46) mencipta rekod dunia dalam mencapai kemenangan di Kelantan telah menganggap menerima pertolongan dari langit tetapi bila Pas hadapi kekalahan teruk pada pilihanraya umum ke-10, maka dikeranakan oleh pengundi hantu dan kononnya orang mati pun mengundi.

Bila menang dikaitkan dengan pertolongan dari langit tetapi bila kalah tidak pula dilihat sebagai kemungkinan sumpahan dan laknat dari langit atas sebab-sebab yang kena dicari walaupun barangkali sulit untuk diketemukan. Pengundi hantu dan orang mati pun mengundi adalah isu rekaan dan merupakan perang propaganda serta gerak saraf golongan 'jahil teropong' dalam Pas. Tetapi Nik Aziz boleh percaya dan turut jaja, diratib dan dijualnya merata-rata.

Hormat saya terhadap ketokohan, keilmuan dan kealimannya semakin menipis bila beliau menyokong carutan kerana kononnya Allah juga mencarut, malah katanya Allah pun samseng dan juga kesanggupannya untuk bekerjasama dengan syaitan sedangkan kita disuruh minta berlindung dari kejahatan syaitan yang direjam dengan bacaan 'a-uu-zubillehi-minas-syaitann-rrojiim'.
Ulamak Terompah Nik Aziz, Penasihat Am PAS akan menyebabkan PAS hilang sokongan dan akhirnya musnah, sebagaimana Anwar, Penasihat PKR berjaya memecahbelahkan PKR sehingga orang-orang kuatnya pun lari meninggalkan PKR. Bolehkan PAS secara jujur menyatakan tiada perpecahan dalam PAS. Tahap perpecahan dalam PAS bukan hanya sekadar percanggahan pendapat namun telah melewati perkara itu. Pertentangan hebat antara puak penyokong Presiden dan Penasihat Am, puak Kelantan dengan puak Terengganu, golongan Anwarisme ( erdogan ) dengan kelompok ulama dan puak 'Unity Government' dengan puak Nik Aziz . Dalam PAS Kelantan sendiri pertembungan puak-puak berlaku. Pertentangan puak Nik Aziz dan puak yang teringin nak jadi MB. Sampai bila PAS akan menipu penyokongnya dan rakyat? Semua kemelut yang berlaku dalam PAS sekarang bermula dengan Nik Aziz, ulama terompah!! dan setiap pertembungan puak-puak ini akan melibatkan Nik Aziz!!
Category:
��
12:24 AM | Posted in
Saifudin Nasution, SU Agong PKR mendakwa Zahrain telah membaca teks yang disediakan oleh UMNO semasa membahas titah ucapan YDPAgong di parlimen semalam. Beliau juga mengatakan Zahrain berbohong dan menggelar Zahrain ' Attack Dog BN'. Pulak dah.. Siapa sebenarnya berbohong?



Category:
��
11:20 PM | Posted in
Zahrain Hashim, AP Bebas Bayan Baru bukan sahaja mendedahkan pembohongan Anwar malah mendedahkan perilaku Anwar terhadap rakan sekutunya.

Zahrain mendedahkan Anwar menggelar Nik Aziz, dengan ungkapan "Ulama Terompah". Panas telinga Mahfuz, terbeliak mata Salehudin. Padan muka PAS yang percayakan Anwar. PAS masih tidak sedar bagaimana Anwar memperbodohkan mereka sejak dulu. PAS juga cepat lupa siapakah yang paling hebat menghentam dan memanggil mereka dengan pelbagai gelaran apabila di'layor' Anwar dengan jawatan dan kuasa. Dah resmi orang politik, dahagakan kuasa dan jawatan. Semasa dalam UMNO, Anwar adalah pemimpin UMNO yang paling hebat menghentam PAS dengan pelbagai nama dan gelaran buruk. PAS saja yang terlupa semua ini. Malang sekali bagi PAS.


Kalau Nik Aziz, Ulama Terompah, ulama yang standardnya untuk di bawa ke tandas; apatah lagi mereka yang lain dalam PAS.

Tingkah laku dan perkatan-perkataan yang keluar dari mulut Nik Aziz memang melayakkan beliau digelar Ulama Terompah. Hanya PAS yang meletakkan keulamakan Nik Aziz begitu tinggi sehingga ada yang mengiktiraf Nik Aziz bertaraf wali sehingga ada yang sanggup mencuri selipar Nik Aziz untuk dijadikan azimat. Perbuatan syirik oleh mereka yang kononnya lebih Islam dari orang Islam yang lain. Ketaksuban yang keterlaluan menyebabkan 'Ulama Terompah' ini lupa diri.

Mana lebih tinggi darjatnya, 'Wali Selipar' atau 'Ulama Terompah'??!

Apa reaksi PAS dan suku sakatnya? Drama Politik kini semakin menarik.
Category:
��
3:50 AM | Posted in
Zahrain Hashim dalam ucapan sulungnya sebagai Ahli Parlimen Bebas telah mendedahkan pembohongan yang dilakukan oleh Anwar kepada Ahli-ahli Parlieman PKR. Kisah di sebalik tabir September 16 dongengan Anwar didedahkan Zahrain kepada Parlimen. Anwar telah membuatkan mereka percaya bahawa peralihan kerajaan akan berlaku pada September 16,2008.

Zahrain mendedahkan Anwar telah beritahu mereka bahawa YDPAgong telah perkenan untuk melantik Anwar menjadi PM kerana berjaya mendapat jumlah mencukupi Ahli Parlimen BN menyokong beliau untuk menubuhkan kerajaan dan menggulingkan kerajaan BN. Anwar juga dikatakan telah memberitahu bahawa YDPAgong sedang menunggu di Istana Negara untuk tujuan tersebut.

Parlimen gamat dengan sorakan dari Ahli Parlimen BN dan kata-kata lucah dari Bangku Pembangkang. Anwar pula menuduh Zaharai hanya berminat dengan kuasa dan jawatan.

Zahrain kemudiannya menjerit kepada Anwar. ' Awak Jangan Bohong!!!'. Tidak tahan dengan pendedahan Zahrain, Anwar keluar meninggalkan Dewan. Alangkah penakutnya Anwar bila berhadapan dengan pendedahan Zahrain. Perlakuan yang tidak sepatutnya oleh seorang Ketua Pembangkang yang kononnya begitu karismatik, lari apabila pendedahan keangkuhannya didedahkan kepada umum.
Category:
��
11:06 PM | Posted in
Betapa kurang ajarnya tokay kilang memproses ayam "Halal", mengurung pegawai JAKIM, KPDN dan wartawan yang menjalankan tugas mereka.

REMBAU: Seorang pemilik kilang penyembelihan ayam di kawasan Taman Halal Pedas dekat sini bertindak mengurung 12 anggota penguatkuasa dan wakil media selama empat jam di premis itu semasa satu operasi semalam.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, sekumpulan enam anggota dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan enam daripada Kementerian perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membuat serbuan ke atas kilang itu.

Lima wakil media turut bersama dalam operasi itu untuk memeriksa kesahihan logo halal yang digunakan oleh kilang itu.Bagaimanapun, salah seorang wartawan dalam kumpulan itu berjaya melepaskan diri lalu meminta bantuan polis.

Seramai 10 anggota polis dari Ibupejabat Balai Polis Daerah Rembau kemudian membebaskan kesemua yang terperangkap.

Ketika ditemui, Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah, enggan mengulas mengenai tindakan lelaki Cina berusia awal 40an itu.

"Saya hanya boleh katakan, sijil halal milik kilang ini akan digantung sehingga siasatan selesai," katanya kepada pemberita selepas keluar dari kawasan kilang pada pukul 8 malam tadi.

Sementara itu, wakil media dari TV3, Shamsul Liani Abbas yang terperangkap di kilang itu memberitahu, beliau difahamkan pasukan JAKIM dan kementerian terbabit datang dari ibupejabat mereka di Putrajaya selepas menerima maklumat dari Pulau Pinang.

"Di Pulau Pinang, pasukan JAKIM telah menyerbu sebuah pasar raya di mana ia menjual ayam yang mempunyai sijil halal JAKIM tetapi sembelihannya diragui," katanya kepada Bernama.

Apabila berjaya mengesan alamat kilang penyembelihan pada bungkusan ayam terbabit, pasukan dari Putrajaya ini telah menyoal siasat pemilik kilang sebelum lelaki itu menjadi berang. - BERNAMA

Ini lagi kurang ajar. Satu komen di malaysian insider mengenai berita yang sama:
...

written by Da Yo, March 17, 2010
Hahahahaha ....hilarious !!! Jakim getting what they deserved !!!
...
written by jtan, March 17, 2010
Wow!!! From a shelf displayed chicken, one can deduce that the slaughtering method for the chickens is questionable. Guna otak sikit sikit lah.
Category:
��
7:55 PM | Posted in
Fatwa siapa pulak ni? Fatwa baru dari Mahaguru Nik Aziz al-Kayubalaki ke? 

dari blog Direct Free Kick

Tuduhan orang PAS akan masuk UMNO adalah satu tuduhan yang berat. Mungkin orang luar malah ada orang-orang PKR atau DAP yang tidak faham akan implikasi tuduhan seperti itu. Saya ingin mengingatkan kepada mereka bahawa kepada orang PAS tuduhan untuk keluar PAS adalah seolah-olah sama seperti tuduhan untuk keluar dari Islam. Oleh itu, saya memberi amaran berhati-hatilah di dalam membuat tuduhan.
Amaran kepada siapa? Jika ada tuduhan sebegitu dibuat apa pula tindakan orang PAS? Tak salahkah pendapat keluar PAS sama dengan keluar Islam? Ramai yang sudah keluar Islam (murtad)  kerana meninggalkan PAS. 
Category:
��
8:16 AM | Posted in
Mesyurat Agong PKR Kuala Selangor yang diketuai Khalid Ibrahim hari ini kelam kabut. Seramai 50 orang ahli bertindak keluar dari mesyuarat dan mendakwa mesyuarat itu tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan parti. Mereka mendakwa tiada notis mesyuarat diedarkan kepada ahli-ahli yang dikatakan seramai lebih 4000 orang. Hebahan mengenai mesyuarat cuma dibuat di satu akhbar berbahasa Melayu pada 9 Mac, lima hari sebelum tarikh mesyuarat . Ini bertentangan dengan perlembagaan parti PKR yang mengkehendaki notis dikeluarkan 14 hari sebelum mesyuarat.

Hanya seramai 241 orang ahli dilaporkan menghadiri mesyuarat tersebut. Ahli-ahli juga dihalang dari berucap dalam mesyuarat tersebut, malah mikrofon dikawal oleh individu tertentu menyebabkan ahli-ahli tidak dapat melahirkan pandangan berhubung krisis yang dialami PKR baru-baru ini.

Kepimpinan Khalid di Kuala Selangor jelas sudah tidak mendapat sokongan oleh ahli-ahli PKR sendiri. sebelum ini seramai 13 orang AJK cabang tersebut meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan urus tadbir parti oleh Khalid.

Ini bukan parti Tupperware la….
Keadaan mesyuarat ini berlangsung tidak teratur, orang ramai keluar masuk dewan sesuka hati, ahli yang baru berdaftar pun dibenarkan masuk. Tiada usul yang dapat diutarakan, tiada usul yg dibincangkan….Microphone pon dijaga? Ape ni??? Mana kebebasan bersuara? Dimana letaknya hak sebagai ahli berdaftar??? Kalau benda ini terus berlaku nampaknya memang sepenggal jelah PKR memerintah Selangor apatah lagi menguasai Putrajaya! Mimpi di tepi sungai yang penuh buaya!
Tiada kebebasan bersuara di dalam PKR dan hak ahli juga tidak dihormati. PKR sebenarnya hanya batu loncatan untuk individu-individu tertentu mencapai matlamat politik peribadi mereka. Ahli-ahlinya sudah bosan dengan PKR. Malah lebih membinggungkan mereka ke mana arah PKR selepas ini.



Category:
��
3:51 AM | Posted in
dari Pas oleh Pas untuk Pas !

...Kau pun sama saja dengan Zul tu. Adik beradik. Kau ni tak ada ilmu agama yang cukup. Tapi dalam bab agama, kau tetap nak menyibuk. Ini ialah tanda2 korup ilmu. Rosaknya agama bila urusannya diserahkan kpd bukan ahli. Kamu bukan ahli. Serahkan kepada ulama yang menyelesaikannya. Biarkan Dewan Ulamak PAS bermuzakarah dgn Majlis fatwa Kebangsaan dlm isu kalimah. Kamu jangan nak menyibuk.Macam aku pernah kata.
Kau dan Zul ni 'adik beradik'. Nampak macam desperate for attention. Hakikatnya, kamu berdua ni dua-dua takdak adab jemaah. Banyak menyusahkan dari menyenang.

YB Khalid pertikai laporan Polis YB Zul. Katanya : Sudah lebih 60 NGO UMNO buat laporan, tambah 1 lagi apa bezanya? Lagipun apa yang hendak sibuk-sibuk buat laporan Polis. Aku jawab:Ni lah masalah kau Khalid. NGO buat report polis kat kau pasal apa? Pasal sokongan kau kpd penggunaan kalimah allah kpd orang Kristian kan? Zul report Polis pasal kau sebab apa? Sebab kau perlekeh enakmen undang2 Islam. Kan lain tu? JADI MESTILAH ADA BEZA!!Tak bermakna aku sokong dia report polis kat kau. Nanti ada puak PAS Recond yg payah nak faham pulak.

YB Khalid jugak kata YB Zul diam semasa di rumah DSAI dlm perbincangan isu kalimah Allah.Jawab aku:Bagusla kalau dia diam. Dalam pertemuan antara NGO dengan DSAI tu, kau ingat sikit ke ilmuan Islam? Ada Cikgu azmi, Dr Farid etc. Tak silap aku Prof Kamal Hassan pun ada. Bila ada 'ahli' dalam perbincangan, buat apa yang 'bukan ahli' nak menggatal tunjuk pandai???Kau ingat aku tak tahu cerita ke Khalid? Kau ingat aku tak tahu masa mula2 pertemuan tu berlangsung, Anwar dah psiko awal2, macam nak suruh semua orang setuju dengan dia. Kalau tak sebab Cikgu Azmi sound, dah tentu ada kenyataan bersama yg sokong penggunaan kalimah dibuat. Aku masih tak mau cerita konklusi Anwar malam tu. Kalau aku cerita agaknya habis undi muslim kena tarik dr PKR!

YB Khalid jugak ada sebut: Walaupun telah diketahui akan diserang UMNO secara bertubi-tubi dan berkemungkinan pula kehilangan undi ‘Melayu yang tidak membaca’, namun Alhamdulillah PAS tetap tegas dengan pendiriannya.Jawab aku:Ni masalah kau paling besar. Tiada adab! Aku nak tanya kau, Syeikh Fattah Allam (Ulama' Al Azhar), Prof Naquib Al Attas tu Melayu yang tidak membaca kah? Kalaupun mereka tidak sepandangan dengan kau dlm isu kalimah, kenapa dilabelkan golongan2 yang tidak sependapat dengan gelaran sebegitu? Mana adabul ikhtilaf kau Khalid? Hormatla . Mereka jauh lebih berautoriti. Biarkan ahli yang berbincang. Kau masa berhujah hari tu pun main pakai saja ayat Quran. Padahal konteks ayat tu lain!Kau kena ingat, keputusan Presiden dlm isu kalimah ialah berdasarkan tiada dalil thawabit yang mengharamkan. Bukan sebab ada dalil yang menghalal dan membenarkan. TIDAK ADA LANGSUNG DALIL THAWABIT YANG MEMBENARKAN KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN BUKAN KEPADA TEMPATNYA.

Last sekali aku nak komen, Khalid ada sebut: Hakikatnya, ungkapan “meletakkan PR diparas bahu dan parti sendiri diparas kepala” menggambarkan sikap dan pemikiran yang amat meleset.Sebenarnya kenyataan kau tu yang meleset Khalid. Kita kena pentingkan jemaah kita dahulu. Aqidah umat dahulu. Kesatuan jemaah kita dulu. Bukan pakatan politik dengan kawan kita nu. Buat apa Pakatan rakyat kuat tapi PAS melukut kat tepi gantang? Buat apa PR tubuh kerajaan kalau ISLAM TIDAK DOMINON??Boleh tegak ke Islam dalam PR kalau PAS sbg satu2nya parti yang nak buat Islam ni pecah belah?Pakai falsafah politik sesat kau ni, masa DAP sokong Pope time Pope buat statement kurang ajar kepada Islam dulu, kita kena sokong DAP la kan? Maklum la, persahabatan dengan DAP ni kita kena letak atas kepala. Kalau tak sokong DAP nanti, hubungan dalam PR terjejas. Mampus la kan ahli PAS fikir apa pun.Bapak sesat falsafah politik ni!

Petikan artikel di alizaidan, kalau nak baca semuanya, di sini
Category:
��
3:14 AM | Posted in

"Perpaduan antara ahli PAS dan UMNO dalam Barisan Nasional adalah nikmat besar yang diberikan oleh Tuhan kepada orang Melayu"
Kenyataan Nik Aziz, Calon BN di Pengkalan Chepa pada 19 Ogos 1974
di Kampung Perupuk, Bachok


"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan,” N.Ajis Nikmat.

Sekali lagi Nik Aziz bakal mengherdik Nasharuddin Mat Isa berhubung kenyataannya pada majlis pelancaran buku bersama Muhyiddin. Nasharuddin dilaporkan berkata usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai. Bagaimanapun ia hanya dapat dilaksanakan jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu. Menurut Nasharuddin, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan Umno, terhenti di separuh jalan.

Anak tok guru Nikmat ini seolah-olah tidak lagi mahu berkongsi 'nekmat', setelah merasai betapa nikmatnya berada di kerusi empok MB Kelantan selama lebih 20 tahun. Cucu cicit tok guru Nikmat pun baru nak belajar bagaimana untuk menikmati 'nekmat' duniawi sebagai anak kepada MB Kelantan.
Category:
��
11:13 PM | Posted in
Gempar ni! Nik Aziz bela buaya di sebalik batu. Bagi makan balak pulak tu. Hebat buaya Nik Aziz tak makan daging tapi makan Kayu Balak! Siap ada no kad pengenalan lagi.

Petikan dari blog kickdefella:

Hari ini, saya mahu mengimbas kembali berita-berita berhubung seorang insan bernama Razak Bin Abas bernombor kad pengenalan asal 3747773. Beliau dilahirkan pada 17 Jun 1947 dan kini menetap di Rantau Panjang.

Razak Bin Abas atau terkenal dengan panggilan Abe Jak pernah bertanding di bawah kerusi PAS di dalam pilihanraya umum 1999. Abe Jak menjadi calon PAS menentang YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen Gua Musang. Beliau tewas dengan majoriti sebanyak 2,925 undi sahaja dan berjaya memungut sebanyak 9,900 undi.

Abe Jak mencipta nama sewaktu pilihanraya kecil Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit di Kedah pada tahun 2002. Sila baca disini untuk melihat tulisan dan keluhan berhubung dengan Abe Jak kesayangan Nik Abdul Aziz ini.

Abe Jak juga terkenal dengan nama Abe Jak Lapar Balak oleh blogger Penarik Beca dan blogger Penarik beca sering juba memblog pasalnya.

Bagi orang-orang politik, Abe Jak pula dikenali dengan nama “Abe Jak Selok Kain” kerana kes mahkamah. Beliau bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah.

Bagaimanapun di Kelantan, Razak Abas terkenal kerana dia kerap memohon permit balak. Beliau berjaya mengaut banyak tanah balak di antara tahun 1999 hingga 2004. Namun begitu walaupun ada usaha untuk menyekat pembahagian balak dan tanah hutan kepada Razak Abas selepas 2004, Nik Abdul Aziz masih terus meluluskannya.

Mengapa Razak Abas mendapat laluan mudah untuk mendapat tanah balak di Kelantan? Apakah hubungan akrabnya dengan Nik Abdul Aziz membolehkan beliau mendapat kelebihan itu?
Itu dia, buaya Ulamak Deobandi dan Wali Selipar, Nik Aziz Nikmat yang kemaruk KAYU BALAK.
Category:
��
9:39 PM | Posted in

Tiada lagi ikatan antara Zulkifli Nordin dengan Wan Azizah. Ikatan kasih sayang selama 12 tahun antara adik dan kakak terlerai sudah apabila Zul Nordin di pecat oleh parti yang dikepalai Wan Azizah. MPP parti Wan Azizah memecat Zulkifli Nordin atas atas kesalahan melanggar disiplin parti. Itu alasan yang diberikan Wan Azizah dan partinya, tapi Zul bertegas beliau disingkir kerana pendiriannya berhubung isu kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

Wan Azizah meminta Zulkifli Nordin mengosongkan kerusi parlimen Kulim Bandar Baru yang dimenangi pada PRU12 sebagai calon PKR. Zulkifli bertegas tidak akan mengosongkan kerusi tersebut kerana dia dipilih oleh rakyat.

Zulkifli membalas dengan meminta Wan Azizah mengosongkan kerusi Presiden PKR kerana gagal menerajui PKR sebagai Presiden dan terlalu tunduk kepada 'firaun-firaun kecil' dalam partinya. Wan Azizah juga didakwa tidak mempertahankan prinsip perjuangan asal penubuhan PKR setelah memenangi beberapa kerusi dalam PRU lalu. Zulkifli juga minta Wan Azizah berhenti berperang dengannya.. banyak hal sulit dalam pengetahuannya. Zulkifli seolah-olah mengancam akan mendedahkan hal-hal sulit dalam pengetahuannya jika pertelingkahan ini berterusan.

Kata Wan Azizah ' cukuplah sampai di sini, Zulkifli '.

Apa cerita-cerita sulit yang Zulkifli Nordin tahu ???!! yang membuat Kak Zah (panggilan mesra Zulkifli Nordin kepada Wan Azizah) begitu cepat mengalah dan tunduk kepada desakan Zul Nordin. Rahsia-rahsia skandal Anwar?, rahsia-rahsia PKR? Wan Azizah bagai mengaku yang Zul ada 'trump card' yang boleh mengaibkan mereka, Anwar, Wan Azizah dan PKR. Zulkifli juga ada menyatakan selama 12 tahun Wan Azizah menjadikannya tempat mengadu nasib. Mungkinkah di bahu Zulkifli airmata Wan Azizah meleleh menceritakan perit dan sengsara hidupnya bersama Anwar. Bertambah menarik, kisah ini semakin menjadi seumpama kisah cinta yang tak terbalas !

Category:
��
6:58 AM | Posted in
Pope’s brother linked to German sex abuse scandal

Rev. Georg Ratzinger, brother of the Pope, led the choir at a Catholic monastery school in Germany from 1964 till 1994 that has just been raided by authorities over claims of sex abuse that happened while he was there.

In the now familiar pattern of the Catholic Church, Ratzinger is being deliberately evasive and blaming everything on enemies of the church.

This is what I mean by evasive.

Full article here @ politics in the zeroes.

"I want to note that I sense a certain animosity toward the church" behind the scandal, Ratzinger was quoted as saying.

Sounds familiar, being deliberately evasive by blaming everything on the enemies?!!
Who's adapting the same manouvre here?
Category:
��
6:10 AM | Posted in
Satu lagi MP PKR mencabar sekutu dalam pakatan. Apa tindakan PKR kali ini?!

Hari tu Zul Nordin cabar Khalid Samad, PAS Sekular, sampai buat repot polis, akhirnya Zul Nordin kena tendang oleh PKR.

Hari ni Wee Choo Keong, MP PKR Wangsa Maju minta Karpal Singh, Pengerusi DAP ikhlas ke tidak sokong Anwar teruskan sebagai Ketua Pembangkang.

'Therefore, it should not be an issue for YB Karpal Singh to make such a statement unless YB Karpal Singh is trying to show that he had ‘repented’ for casting aspersions upon the opposition leader on Feb 8, 2009,” said Wee, who was formerly a DAP member.' di sini

Tahun lepas Karpal juga yang minta Anwar bertaubat kerana buat kecoh hingga kerajaan Perak beralih tangan kerana Adun-Adun pakatan ( 2 PKR 1 DAP ) lompat pagar. Baru-baru ini, 3 lagi MP PKR keluar parti. Mungkin Karpal sudah bertaubat agaknya, bila sokong Anwar terus jadi Ketua Pembangkang di Parlimen walaupun kini Ketua Pembangkang sepatutnya dipikul oleh wakil DAP yang mempunyai kerusi (28) melebihi PKR (27) dan juga PAS (23).

Sejarah Wee Choo Keong dan Zul Nordin ada persamaan. Zul Nordin sebelum bersama PKR adalah ahli PAS sebelum disingkirkan oleh PAS pada 1998. Cabar Khalid Samad juga PAS.

Wee Choo Keong sebelum PKR adalah ahli DAP, juga dipecat dari DAP pada 1988 kerana masalah disiplin kini mencabar Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh pulak tu. Lagi hebat jika banding dengan Zul Nordin.

Dia cabar Karpal buat kenyataan bahawa Karpal sudah bertaubat dan menarik balik cemuhannya terhadap Anwar. Kes berat ni.

Betulkah Karpal sudah bertaubat? Lama sangat tunggu Anwar tak bertaubat, akhirnya Karpal sendiri bertaubat. Mungkin juga itu legal fees defend Anwar meliwat juta-juta.
Anwar mungkin suka ini !!
Category:
��
12:24 AM | Posted in
Pada tahun 2005, dalam mengulas kemerosotan pelaburan asing Malaysia, Guan Eng berkata penurunan itu diseabkan oleh kurang keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara. Beliau juga berkata bahawa “good governance as well as a corporate culture of excellence and accountability is important requirements sought by foreign investors.”

FDI,Foreign Direct Investment di Pulau Pinang pada 2009 MENJUNAM sebanyak 80%. Bukahkah ini juga memberi refleksi bahawa pelabur-pelabur juga kurang yakin dengan kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng. GuanEng akan tentunya akan mempersalahkan ekonomi dunia di atas penurunan ini, namun begitu ia tidak benar kerana kadar purata Malaysia adalah 51%, lebih kurang sama bagi Singapura. Purata dunia hanya pada 41%.

Guan Eng bukan sahaja gagal mendapatkan pelaburan baru ke Pulau Pinang; malah 2 tahun pentadbiran GE Lim menyaksikan 2 syarikat gergasi (MNCs) Intel dan DELL yang beroperasi di negeri itu menamatkan operasi dan berpindah ke lokasi yang lain.

Guan Eng telah menolak satu pelaburan dari luar berjumlah RM10.2 billion dalam bidang high-tech kerana tidak dapat menjamin jumlah mencukupi jumlah jurutera elektrik dan elektronik yang berpengalaman yang dipelukan syarikat tersebut (sini). Syarikat tersebut kemudiannya membuat pelaburan di Singapura. Satu tindakan yang menjadikan Pulau Pinang bahan lawak di kalangan pelabur-pelabur antarabangsa.

Baca seterusnya
Category:
��
3:39 AM | Posted in
Zulkifli Nordin, walaupun belum menerima surat rasmi dari PKR berhubung pemecatan beliau dari parti tersebut, beliau sudah menerima dua pinangan satu dari PAS dan satu dari UMNO Kulim. Siapa kata Zulkifli Nordin tak laku.

Ini dari PAS:
"PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka."PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB (Yang Berhormat) Zulkifli."Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ini pula Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu:

Pelawaan diberikan oleh Ketua Umno Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang tewas kepada Zulkifli dalam pilihan raya umum Mac 2008.
“Memandangkan YB Zul (Zulkifli) sudah tidak percayakan lagi hala tuju dan prinsip PKR, beliau boleh menjadikan Umno sebagai platformnya bergerak untuk berkhidmat kepada rakyat seperti yang ditelah dijalankan Umno selama ini”, kata Abdul Aziz yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno kepada Bernama.
Category:
��
3:21 AM | Posted in
Nik Aziz, ulamak Deobandi-Wahabbi yang juga Menteri Besar Kelantan tidak menyangkal atau mengakui bahawa beliau bersetuju cadangan kerajaan campuran di Perak pada Mac 2008 sebagaimana yang dideahkan oleh Harussani Zakaria, Mufti Perak. Sebaliknya beliau menuduh Harussani bertindak sebagai ejen UMNO dalam menjadi orang tengah cadangan itu. Inilah sifat mulia Nik Aziz yang bertahap pembohong untuk menyelamatkan dirinya dari kecaman geng anti-perpaduan dalam PAS.

Beliau memberitahu mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang.

Hanya Nik Aziz ulamak politik boleh menyerang orang kerana dia berpolitik.
"Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya."

Nik Aziz tidak menyangkal kenyataan Harussani yang Nik Aziz bersetuju dengan kerajaan campuran yang dicadangkan itu. Ini bermakna Nik Aziz memang bersetuju dengan perkara tersebut, namun oleh kerana menjaga kedudukannya beliau sanggup menuduh bahawa cadangan kerajaan perpaduan itu bermula dengan Hadi Awang dan kumpulannya. Perlakuan buruk Nik Aziz tidak sepatutnya dari seorang yang menganggap dirinya ulamak besar Islam negara yang lebih alim dari ulamak yang lain.

Nik Aziz: Mufti Perak tindak macam ejen Umno @ malaysian insider
ini pula kenyataan dari pejabat Nik Aziz
Category:
��