9:59 PM | Posted in
PAS amal politik suku agama suku… — Kamarulzaman Kamdias

7 MEI — Orang Melayu dan Islam di Malaysia harus bersyukur kerana perkembangan agama Islam di negara ini tidak sama dengan di negara Arab atau lain-lain negara yang terpaksa melalui pelbagai halangan dan peperangan.

Di Tanah Melayu, ia amat berbeza. Islam datang ke dalam Istana terlebih dulu. Apabila raja memeluk agama Islam, maka seluruh rakyat jelata turut memeluk Islam. Raja-raja tanah Melayu tidak sama dengan raja Rom atau Parsi mahupun Habsyah yang menolak mentah-mentah apabila Islam dibawa kepada mereka.

Tapi, hari ini ramai Islam Melayu yang sudah lupa sejarah ini. Ramai Melayu sudah berani menempelak Raja-Raja Melayu. Dulu, pendakwah agama dari Arab dan India datang ke istana dan membawa berita tentang agama Islam.

Pendakwah atau ulamak ketika itu saling bekerjasama dengan pihak Istana dalam mengembangkan Islam.

Sebenarnya, itulah beza pendekatan agama Islam di tanah Melayu berbanding dengan lain-lain negara di dunia ini. Allah swt sudah tentu lebih maklum akan segala kejadiannya. Maka proses perkembangan agama Islam di Tanah Melayu adalah sebahagian dari “plot” yang telah dirancang oleh Allah swt sebenarnya.

Kesimpulannya, di atas sifat taat kepada raja yang memang sudah menjadi adat dan budaya secara turun temurun bangsa Melayu, maka di atas sebab inilah para ulama awallin telah diberi petunjuk oleh Allah swt untuk sebarkan Islam melalui istana terlebih dahulu.

Dan dari sekian ramai raja-raja yang memerintah di muka bumi ini, Raja-Raja Melayu adalah kalangan raja yang begitu mudah menerima agama Islam. Parameswara hanya melihat pendakwah Islam bersembahyang di tepi pantai Melaka, lantas baginda terus tertarik dan memeluk agama Islam. Sesudah itu seluruh pengikut dan rakyat baginda pun memeluk agama Islam.

Begitulah besarnya peranan Raja-Raja Melayu dalam perkembangan Agama Islam di Seluruh Nusantara.

Hari ini, sudah ada ulamak dan manusia jahil yang mempertikaikan peranan Raja-Raja Melayu sebagai pelindung Agama Islam. Mereka lupa bahawa jika datuk nenek Raja-Raja Melayu ini tidak menerima Islam satu masa dulu, sekarang mereka pun mungkin sedang menyembah pokok sekarang ini.

Ulamak mempertikaikan peranan raja-raja dengan hujah agama. Manusia jahil dan peminum arak tegar pula mempertikaikan peranan Raja-Raja dengan menggunakan sudut perundangan dan perlembagaan negara.

Hakikatnya kedua-dua puak ini, sebenarnya tidak sedar dek untung. Pemikiran mereka sedang disongsangkan oleh syaitan dan Iblis. Si ulamak disongsangkan pemikiran oleh si Iblis dengan menggunakan hujah agama, manakala si jahil murakad pula disongsangkan pemikiran oleh si iblis dengan menggunakan hujah perundangan.

Kedua-duanya tidaklah membawa atau menambah kebaikan kepada agama, malahan menambah keliru dan mengkalutkan lagi pemikiran umat Islam di negara ini.

Kedua-dua hujah yang digunapakai hanyalah melambangkan mereka sebenarnya lebih mendahulukan dunia atau kuasa dan politik puak. Sifat ini juga boleh dikatakan mengamalkan politik suku agama suku atau lebih tepat lagi politik Assobiah mereka.

Segala tuduhan yang mereka lemparkan kepada Umno khususnya, sebenarnya merekalah yang mengamalkannya.

Demi politik mereka sanggup meletakkan keraguan kepada sebuah institusi yang selama ini bertanggungjawab secara langsung sebagai penyebab mereka mengucap syahadat hari ini.

Demi politik mereka sanggup memperkatakan politik boleh dibicarakan di dalam masjid.

Benar, politik boleh dibicara di dalam masjid. Tapi politik yang jenis mana?

Adakah politik yang membuat tuduhan kepada pihak lain tidak Islamik dan mereka lebih Islamik itu yang dimaksudkannya dibolehkan?

Adakah membaca ayat-ayat suci dan hadis-hadis nabi dengan niat untuk memperlekehkan umat Islam yang tidak sehaluan dari segi politik itu yang pada maksud mereka dibolehkan?

Setahu kita asas politik Islam tidak boleh lari dari premis “hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia”.

Jika bicara politik dalam masjid terputus dari maksud “hablumminallah dan hablumminannas”, itu sebenarnya adalah politik sekular yang tidak kena mengena dengan Islam. Maka itu juga adalah politik suku agama suku. Mencampur-adukkan antara maksud duniawi dan maksud ukhrawi.

Dalam masa mereka kononnya menyebarkan agama di dalam masjid, tetapi di sebalik ayat-ayat agama ini terselit niat untuk meyakinkan orang ramai supaya mengikuti fahaman puak mereka dan seterusnya menyokong gerakan mereka.

Golongan inilah golongan yang paling tegar untuk diyakinkan bahawa apa yang mereka lakukan itu silap. Mereka sukar diyakinkan kerana mereka merasai mereka lebih hampir dengan Allah dari kita, walhal, hakikatnya mereka sedang tertipu dengan belaian iblis dan syaitan melalui bait-bait ayat al-Quran dan hadis.

Alat yang berkesan untuk meyakinkan ramai orang adalah menggunakan agenda agama. Ia lebih berkesan dari menjadikan agenda bangsa sebagai agenda perjuangan. Tapi bagi perjuangan kita adalah untuk agama, bangsa dan tanah air.

Bila kita sebut bangsa, mereka kata assobiah dan sesat. Kalau kita tanya bagaimana dengan maksud “negara”? Sesat atau tidak? — pemudaumno.org.my
Category:
��
5:51 PM | Posted in
Husam Musa, individu yang dikaitkan dengan pendedahan Syed Azidi 'kickdefella' Syed Abd Aziz, mengajak rakyat mengambil tindakan saman sivil terhadap Kerjaan Malaysia kerana dikatakan meng'gadai'kan wilayah negara kepada negara Brunei. Ini berikutan tulisan Chedet dalam blognya yang mempertikaikan keputusan kerajaan Malaysia dalam Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei yang ditandatangani oleh Abdullah Badawi dan Sultan Brunei Mac 2009 lalu. Berikutan Pertukaran Surat itu, kawasan blok L dan M; kawasan yang dikatakan kaya dengan minyak dan gas, yang juga dituntut oleh Brunei kini menjadi milik Brunei.

Semua ini timbul apabila, Murphy Oil yang merupakan kontraktor yang dilantik oleh Petronas bersama dengan Petronas Carigali untuk menjalankan kerja-kerja explorasi di blok-blok tersebut mengumumkan kontraknya telah dibatalkan oleh Petronas kerana blok-blok itu kini bukan lagi milik Malaysia.

Brunei menamakan blok-blok berkenaan dengan J dan K. Brunei juga telah memberikan kontrak explorasi di blok-blok tersebut kepada dua konsortium. Wisma Putra dalam kenyataannya baru-baru ini menjelaskan Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei adalah bersesuaian dengan peruntukan UNCLOS berhubung persempadanan di lautan yang digunapakai oleh banyak negara dunia. Kawasan itu dituntut oleh Malaysia dan Brunei, dan dengan Pertukaran Surat itu, Malaysia tidak lagi menuntut hak ke atas kawasan tersebut. Tidak timbul soal menyerahkan sempadan/kawasan negara kepada negara jiran. Manakala Brunei pula tidak lagi menuntut hak ke atas Limbang yang sudah menjadi sebahagian dari Sarawak. Kedua negara juga bersetuju, Malaysia melalui Petronas akan turut serta dalam mengeksploitasi sumber gas dan minyak di blok-blok tersebut untuk tempoh 40 tahun menerusi satu perjanjian komersial.

Jelas, Husam Musa cuba mengambil kesempatan atas isu ini untuk mengalih tumpuan terhadap diri beliau yang dikaitkan dengan pendedahan blogger kickdefella. Selama ini Husam Musa hanya berdiam diri apabila pelbagai tuduhan dan pendedahan dibuat Syed Azidi dalam blognya mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku di dalam Kerajaan PAS Kelantan yang diterajui oleh N.Ajis. Husam dalam satu kenyataan akhbar berkata namanya tidak disebut secara jelas oleh Syed Azidi dalam pendedahan beliau dan menyalahkan akhbar kerana cuba mengaitkan dirinya dengan kegiatan yang didakwa dilakukan oleh blogger tersebut.

Hubungan rapat Husam Musa dan Syed Azidi bukannya sesuatu yang tidak diketahui umum, malah Husam Musa adalah individu yang bertanggung jawab membawa Syed Azidi ke Kelantan dan diberikan jawatan dalam PMBK. Syed Azidi juga bergerak aktif sebagai campaign manager Husam Musa dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS yang lalu, yang menyaksikan Husam kecundang di tangan Nasarudin Mat Isa. Husam Musa sudah terperangkap dalam pendedahan Syed 'kicdefella' Azidi. Husam Musa juga cuba memberi gambaran bahawa dana yang diberikan kepada Syed Azidi untuk kerja-kerja gerak saraf di Kelantan itu kononnya datang dari kelompok UMNO yang ingin menjatuhkan Abdullah Badawi. Semua ini dilakukan Husam Musa dalam percubaan untuk mengalih tuduhan penglibatan lansung dirinya dalam kegiatan kickdefella.

Ini adalah permainan politik kotor golongan erdogan/pro-anwarisme dalam PAS yang bersungguh-sungguh untuk mengubah pendirian politik PAS dan me'nyah'kan golongan ulama' dari kepimpinan PAS.
Category:
��
7:06 AM | Posted in
Pendedahan Syed 'kickdefella' Azidi mengenai tugasan khas beliau menjalankan operasi gerak saraf/perang saraf di Kelantan melalui GMC untuk 'menjatuhkan' kerajaan Abdullah Badawi dengan peruntukan RM4 juta bukan sesuatu yang memeranjatkan. Jika jumlah yang dibelanjakan melebihi RM4juta sekalipun, tidak perlu kecoh. Mempertahankan kerajaan PAS Negeri Kelantan yang menjamin pulangan puluhan juta ringgit , mungkin juga ratusan juta ringgit kepada individu-individu tertentu dalam kerajaan PAS Negeri Kelantan dan PAS Kelantan dengan modal RM4juta adalah sesuatu pelaburan yang bijak.

Persoalannya, kenapa nak "menjatuhkan" Abdullah Badawi di Kelantan? Dia bukannya Perdana Menteri Kelantan, dia PM Malaysia. Bukankah matlamat untuk memastikan BN Kelantan kekal lemah atau tidak diterima rakyat Kelantan itu, matlamat yang sebenarnya. Jika ini dilakukan ia akan menjamin PAS akan kekal berkuasa menerajui kerajaan negeri Kelantan.

Syed Azidi telah mendedahkan mereka yang 'menyumbang' dana tersebut. Seorang Ahli Majlis ( Kerajaan Tempatan atau Majlis Mesyuarat Kerajaan/EXCO) telah 'menyumbang' sejumlah RM2.6 juta, manakala seorang lagi Adun PAS dan tiga lagi nama didedahkan kepada SPRM semalam dan hari ini. Malah beberapa dokumen dan bahan bukti juga diserahkan kepada SPRM untuk tujuan siasatan bagi membuktikan kebenaran tuduhan beliau.

Kira-kira mudah boleh dilakukan untuk mengupas pendedahan ini. Siapakah yang membawa Syed Azidi ke Kelantan dan ditempatkan ke dalam organisasi kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan Negeri Kelantan? Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai Pegawai Perhubungan Awam! Kemudian diamanahkan sebuah anak syarikat kerajaan negeri. Siapa yang begitu berkuasa dan mampu untuk melakukan ini semua? Tentunya seorang yang berjawatan tinggi dan berpengaruh dalam kerajaan Negeri dan mendapat kepercayaan MB N.Ajis Nikmat. Mudah untuk menuding jari kepada Husam Musa, bukan!

Kini Husam Musa dan barua-baruanya cuba mengalih tumpuan terhadapnya dengan membuat cerita dongeng kononnya skandal yang didedahkan melibatkan kumpulan dalam UMNO sendiri yang ingin menjatuhkan Abdullah Badawi. Kalau orang UMNO nak jatuhkan Abdullah Badawi sebagai PM tidak perlu membayar orang di Kelantan untuk melakukannya, memadai mengupah bloggers dan spin-masters yang ramai di Kuala Lumpur dan sekitarannya sahaja. Mahathir Mohammad, blogger dengan nama Chedet tidak perlu diupah untuk menjahanamkan Abdullah Badawi. Jika nak dibayarpun, sekadar RM4juta, dia pun tak heran. Ramai lagi yang membuat kerja tu, Ruhanie Ahmad, Fuad Hassan, Big Dog, small doggy, namakan sahaja, panjang senarainya.

Orang-orang bodoh dalam PAS sahaja yang akan percaya cerita dongeng seperti itu. Ada pula beberapa bloggers PAS pendek akal dan banggang juga cuba nak 'spin' atau 'memutar-ligat' cerita kononnya dana itu sumbangan orang UMNO yang tidak suka pada Abdullah Badawi.

Yang jelas, Syed Azidi diupah untuk menaikkan imej individu spesifik dalam kerajaan negeri dan PAS Kelantan dan pada masa yang sama menjatuhkan dan menjahanamkan kredibiliti N.ajis Nikmat, orang tua tak sedar diri di Kelantan. Setelah berjaya mengekalkan kerajaan PAS Kelantan, N.Ajis tidak juga berundur dari kerusi empuk MB yang didudukinya selama lebih dua puluh tahun. Ini menghakis kesabaran individu-individu tertentu yang sudah kemaruk untuk duduk di situ. Maka segala dana dan fasiliti yang tersedia diguna pula untuk perebutan jawatan tinggi dalam PAS Pusat. Setelah juga mengalami kegagalan, maka tumpuan seterusnya adalah 'to kick the old fella' pula!

N.Ajis yang menulis dalam blognya meminta Najib Razak menarik balik "tuduhan fitnah" terhadap dirinya dengan alasan kononnya 'fitnah' yang dibuat Najib Razak menjatuhkan moralnya dan melagakan beliau dengan Sultan Selangor. Jika Najib Razak tidak berbuat demikian, beliau tidak akan menghalakkan dunia dan akhirat. N.Ajis dulu pernah mendoakan 'pecah perut' terhadap Najib, tidak pula Najib meminta N.ajis menarik balik doanya. Kenyataan Najib dalam mengulas kenyataan-kenyataan yang dibuat sendiri N.ajis bukannya fitnah kerana ia adalah kenyataan-kenyataan N.Ajis kepada umum yang dipetik media.

SIAPA SEBENARNYA YANG MENULIS DALAM BLOG TOK GURU TU? Bahasa yang digunakan dalam penulisan di blog tersebut tidak selari dengan bahasa yang digunakan oleh N.Ajis dalam ucapan-ucapannya, penulisan di blog tersebut seperti ditulis oleh penulis upahan dan bukannya oleh N.ajis sendiri. Berapa N.ajis bayar untuk orang menulis bagi pihaknya? Satu, dua, tiga, sepuluh juta ringgit ? Duit balak banyakkan! N.Ajis Nikmat akan tersungkur dengan sendirinya,...tunggu dan lihat!
Category:
��
5:24 AM | Posted in
Nik Aziz sudah hilang fikiran waras atau dah hilang ingatan ? Dah nyanyuk ke? Atau dah buang tabiat......

N.Ajis, Ulama Terompah pujaan jutaan ramai, Mursyid Am PAS sendiri yang mengeluarkan kenyataan mempertikai titah perintah Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan mesjid sebagai medan politik semasa berkempen di pilihanraya kecil Hulu Selangor. Beliau dilaporkan berkata bahawa larangan itu adalah amalan sekular, peninggalan British yang masih diamalkan oleh mereka yang kurang pengetahuan agama. Malah beliau sekali lagi mengulangi kenyataan yang sama ketika menyampaikan ceramah di kampung Kubang Batang, Wakaf Baru sehari setelah Sultan Selangor mengulangi titah perintahnya berhubung perkara demikian.

Sultan Selangor juga bertitah barang siapa yang tidak mahu ikut peraturan dan undang-undang di Selangor, jangan datang ke Selangor. Jelas titah Sultan Selangor ditujukan kepada Nik Aziz yang mengeluarkan kenyataan mempertikai titah Sultan Selangor semasa bertandang ke Selangor dalam usaha berkempen untuk Zaid Ibrahim semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor. Zaid Ibrahim bagaimanapun tewas kepada calon muka baru BN Kamalanathan.

Kenyataan Najib yang disiarkan oleh akhbar mengulas kenyataan N.Ajis bukannya fitnah kerana ia sungguh jelas N.Ajis mempertikai titah Sultan Selangor. N.Ajis seolah-olah mencari jalan agar tidak dipersalahkan atas kegagalan beliau meraih undi untuk Zaid. Kehadiran N.Ajis di Hulu Selangor tidak mendapat sambutan yang diharapkan oleh PAS dan PKR. PKR menyalahakn PAS atas kekalahan Zaid Ibrahim. Sabotaj oleh ahli PAS di Hulu Selangor yang tidak bersetuju dengan pencalonan Zaid di Hulu Selangor sukar dinafikan.

Siapa yang mengeluarkan kenyataan ini : 
“Siapa ajar tidak boleh cakap politik dalam masjid. Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh Muslim.

“Sungguh dukacita, inilah politik, ini kerja saki baki ajaran penjajah Barat yang mengasingkan agama dan politik,”
Ini kenyataan siapa pula :
“Baso bodo payoh nak ajar (jenis bodoh susah hendak diajar), ini lah sikap orang yang amal politik suku agama suku,”
N.Ajis kini sudah menjadi liabiliti kepada PAS. Akal fikirannya sudah tercemar dengan percaturan politik kotornya. N.Ajis sudah tidak lagi mampu membezakan antara yang benar dan salah. Jasad dan akal sudah lemah dan gagal berfungsi dengan baik. Sudah masanya N.Ajis meninggalkan segala jawatan duniawi. Kedegilan N.Ajis serupa dengan Samy Vellu, tidak ada bezanya antara keduanya. Patutlah Husam Musa merancang untuk menjahanamkan N.Ajis melalui hanturayanya Syed Azidi 'kickdefella' Syed Aziz kerana sudah tidak tahan menunggu N.Ajis berundur.

Wali Selipar, Ulama Terompah~ gelaran sesuai masakini untuk N.Ajis.
Selipar dan terompah itu lebih sesuai jika disumbat ke mulut celuparnya.....
Sultan negeri sendiri pun tak hormat masakan Sultan Negeri Orang
Tinggi makam N.Ajis... pujaan orang PAS yang sesat, memuja manusia itu apa hukumnya ?
Category:
��
11:49 PM | Posted in
Setiap kali diadakan pilihanraya samada Pilihanraya Kecil malah Pilhanraya Umum , 'Pengundi Hantu' akan menjadi perkataan yang keluar dari buah mulut orang-orang banggang dalam PAS dan PKR. Lagu lama ini akan didendangkan oleh tukang-tukang karut PAS dan PKR bermula dari hari penamaan calon sehinggalah selesai pilihanraya jika sekiranya mereka menang. Namun sekiranya PAS atau PKR mengalami kekecewaan atau kecundang dalam perebutan kerusi DUN atau Parlimen tersebut, maka ianya akan terus didendangkan sampai bila-bila seperti yang berlaku sekarang di Hulu Selangor.

Siapa sebenarnya ''Pengundi Hantu"?
PAS dan PKR sering mendakwa BN membawa masuk individu-individu tertentu dalam jumlah yang ramai untuk memenangkan calon-calon BN dalam pilihanraya. Satu dongengan karut marut kepercayaan puak bangang politik dalam PAS dan PKR. Malah pimpinan tertinggi PAS dan PKR juga tidak terkecuali dari kepercayaan karut marut ini, seperti Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua AMK PKR dalam pilihanraya kecil di Hulu Selangor.

BN sebagaimana parti-parti lawan BN pun akan mengambil inisiatif membawa pulang pengundi-pengundi berdaftar dalam kawasan pilihanraya berkenaan yang telah dikenalpasti menyokong mereka dari luar kawasan pilihanraya untuk mengundi dalam pilihanraya bagi memastikan calon parti masing-masing menang. Ini bukan pengundi hantu, ini pengundi luar; takrifan yang diguna pakai oleh kesemua parti politik bagi mengklasifikasikan penyokong parti masing-masing yang berada di luar kawasan pilihanraya. Inikah 'Pengundi Hantu' ? Ini adalah pengundi-pengundi berdaftar yang sah, jika nama-nama mereka disenaraikan sebagai pengundi kawasan berkenaan dalam Daftar Pemilih yang dikeluarkan dan disahkan oleh SPR. Apa pula salahnya ?

Hanya kerana ada beberapa nama pengundi dalam Daftar Pemilih yang tidak dapat dikenal pasti oleh parti-parti politik maka mereka-mereka ini dikatakan pengundi hantu? Sebelum ini, kelonggaran diberikan untuk mendaftar di mana-mana kawasan atau pemilih boleh menentukan di kawasan manakah mereka ingin didaftarkan sebagai pemilih. Justeru itu kadangkala ada yang mendaftarkan nama mereka di tempat yang mereka tinggal walaupun tidak mengemaskinikan alamat terbaru di Kad Pengenalan mereka. Malah ada yang sengaja mendaftar di kawasan yang diwakili oleh pemimpin sokongan mereka. Pada masa kini peraturan baru menetapkan pemilih akan didaftarkan mengikut alamat yang tertera di kad pengenalan mereka bagi pemilih baru dan juga pemilih yang ingin berpindah kawasan.

Sebelum peraturan baru dikuatkuasakan, PAS adalah parti yang paling aktif menggunakan peluang ini untuk memindahkan peyokong-penyokong mereka dari kubu kuat PAS yang sudah pasti calon PAS boleh menang ke kawasan yang PAS fikir boleh menang dimana perbezaan sokongan adalah marginal. Ini bertujuan untuk PAS menguasai lebih banyak kawasan pilihanraya dalam strategi membentu kerajaan di negeri-negeri tertentu. Ini dilakukan di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Malah perbuatan ini diakui oleh Azizan Razak yang kini MB Kedah.
`ALOR SETAR 5 Sept 2002. - Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizan Abdul Razak hari ini mengakui Pas memang melakukan pemindahan para pengundinya dari satu kawasan ke kawasan sasaran sebagai strategi menawan Kedah.

Menurut beliau, pelan tindakan itu memang terkandung dalam kertas kerja bertajuk Tahun Tawan Kedah 2003 atau 2TK yang diputuskan di seminar Pas pada tahun 2000.`Memang kita buat begitu (pindah pengundi) untuk memenangi pilihan raya setelah kita menang 12 DUN dan lapan Parlimen di Kedah pada pilihan raya 1999.
``Selain itu, kami menyedari akan berlaku persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2002,'' katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sala. Beliau menegaskan bahawa matlamat parti itu ialah untuk memenangi dua hingga empat lagi kerusi Parlimen dan antara 10 hingga 12 kerusi DUN dalam pilihan raya akan datang.
Dalam setiap pilihanraya kecil parti-parti yang bertanding akan membawa ramai petugas-petugas parti untuk membantu gerakkerja pilihanraya. Ini dilakukan oleh BN, jga PAS dan PKR serta parti-parti lain. Tiada salah membawa petugas-petugas untuk membantu gerakkerja parti. Malah kadangkala jumlah petugas parti melebihi jumlah pemilih di kawasan berkenaan.

Pemuda PAS dan PKR cukup gemar menahan bas. Semasa PRK Permatang Pauh, Gobalakrishnan AP Padang Serai turut serta menahan bas yang didakwa membawa pengundi hantu. Nasaharudin Mat Isa bersama hulubalang-hulubangnya juga turut menahan bas semasa PRK Pendang dan Anak Bukit. Di Hulu Selangor ahli-ahli AMK PKR dilaporkan menahan 10 buah bas yang kononnya membawa pengundi hantu untuk mengundi di 'Hulu Selangor'. Apakah prosedur SPR begitu lemah sehinggakan siapa sahaja boleh mengundi di sesuatu pilihanraya dengan mudah? Apakah bukti kad pengenalan bergambar begitu senang didapati untuk tujuan penipuan tersebut?

'Pengundi hantu' sebenarnya tidak ujud dan ia hanya karut-marut pihak tertentu dalam meraih sokongan semata-mata. Jika ada sekalipun, ia mungkin pemilih-pemilih yang telah meninggal dunia tetapi nama-nama mereka belum dibersihkan atau dikeluarkan dari daftar pemilih. Ini benar-benar hantu, jika nama-nama tersebut datang mengundi!

Ini semua menggambarkan betapa fobianya PAS dan PKR mengharungi pilihanraya...
Category:
��
6:35 PM | Posted in

Calon muka baru Barisan Nasional, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1725 undi mengalahkan Zaid Ibrahim, seorang tokoh politik ternama calon PKR. Kamalanathan meraih sebanyak 24,997 undi mengatasi Zaid Ibrahim yang mendapat 23,272 undi. Pada Mac 2008, Dato' Zainal (PKR) mendapat sebanyak 23,177 undi mengalahkan calon BN, G Palanivel yang mendapat 22,979 undi dengan majoriti hanya 198 undi.

Jumlah pengundi berdaftar pada yang layak mengundi pada Mac 2008 adalah seramai 63,393 manakala pada pilihanraya kecil ini ianya berjumlah seramai 64,500; pertambah seramai 907 orang. Seramai 48,935 pengundi telah keluar mengundi dalam PRK ini berbanding seramai 47,845 orang pada Pilihanraya Umum Mac 2008. Peratusan keluar mengundi meningkat sebanyak 0.64 % dari 75.24% (Mac 2008) ke 75.80% pada hari semalam.


Keputusan ini yang menyaksikan kekalahan Zaid Ibrahim merencatkan perancangan Anwar Ibrahim untuk Zaid mengambilalih teraju kepimpinan PKR pada masa terdekat sekiranya Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan atas kesalahan meliwat pembantu khasnya yang sedang dibicarakan di mahkamah. Kegagalan Zaid Ibrahim mengekalkan kerusi Hulu Selangor di tangan PKR bermakna PKR kehilangan satu lagi kerusi di Parlimen setelah empat Ahli Parlimennya mengambil tindakan keluar parti dan menjadi Bebas. Harapan Anwar untuk menjadikan Zaid Ibrahim 'sidekick' beliau yang lantang bersuara di Parlimen kini hancur.

Kekalahan Zaid Ibrahim di tangan seorang muka baru, berkemungkinan menjadi permulaan kepada berakhirnya karier politik Zaid Ibrahim. Zaid ternyata tersangat kecewa dengan kekalahan ini. Pencalonan Zaid yang dibuat oleh Anwar di sebalik tentangan dari sebilangan pimpinan PKR pusat dan PKR Hulu Selangor sendiri yang mahukan Dr Halili Rahmat, Bendahari PKR Hulu Selangor, sebagai calon ternyata tersalah perkiraan dan percaturan di pihak Anwar. Zaid Ibrahim yang dilabel sebagai Melayu Liberal dan kurang Islamik ternyata calon yang salah untuk Hulu Selangor, sebuah kawasan sub-urban dan perkampungan. Tabiat buruk Zaid sebagai peminum arak dan penggiat judi lumba kuda ternyata ditolak oleh pengundi-pengundi Melayu yang masih konservatif di Hulu Selangor walaupun menerima sokongan dari pengundi-pengundi Cina yang tiada masalah dengan judi dan arak yang menjadi darah daging mereka.

Kehadiran N.Ajis, ikon PAS dalam kempen untuk memenangkan Zaid juga tidak memberi kesan atau merubah sokongan pengundi-pengundi Melayu yang sekian lama menjadi pendokong UMNO. Malah keceluparan mulut N.Ajis yang mempertikaikan titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan mesjid dan surau sebagai gelanggang berpolitik juga memberi kesan kepada sokongan terhadap Zaid. Malah seruan kenegerian N.Ajis yang meminta pengundi asal Kelantan mengundi Zaid yang juga dari Kelantan, atas alasan kononnya di Kelantan banyak sekolah pondok dan orang Kelantan faham halal haram dalam Islam, 'backfired', memakan diri. Sejarah kehidupan Zaid sebagai seorang peminum arak dan penggiat judi lumba kuda yang diakui sendiri oleh beliau gagal dipadamkan N.Ajis dari pemikiran pengundi-pengundi Melayu di Hulu Selangor. Kehadiran N.Ajis di Hulu Selangor hanya menerima sambutan yang hambar. Ternyata N.Ajis yang baru pulang dari mengerjakan umrah gagal 'mensucikan' Zaid Ibrahim dari 'dosa-dosa besar'nya.

Pengundi-pengundi Cina terus memberi sokongan kuat kepada calon PKR. Malah dari analisis awal menunjukkan peningkatan sokongan kepada PKR walaupun tidak mencapai sasaran 80% yang diletakkan oleh Lim Kit Siang. Pengundi-pengundi India sebilangan besar telah kembali menyokong BN, berkemungkinan atas dasar calon yang dipertandingkan dan kenyataan Samy Vellu yang akan 'bersara lebih awal'-sebelum 2012-dari MIC. Walaubagaimanapun undi protes masih ujud dari kalangan pengundi-pengundi Melayu yang mahukan calon Melayu bertanding dan dari pengundi-pengundi India yang masih mahukan G.Palanivel bertanding.

Ternyata Lim Kit Siang paling kecewa dengan kekalahan Zaid Ibrahim, kerana prinsip Zaid Ibrahim yang selari dengan perjuangan DAP, Malaysian Malaysia yang kini diubah menjadi Middle Malaysia. Zaid yang sanggup mengorbankan kepentingan Melayu atas dasar kesamarataan dan kebebasan beragama yang terlampau liberal disokong sepenuhnya oleh Kit Siang. Kit Siang tentunya seronok sekiranya lebih ramai orang Melayu berfikiran seperti Zaid yang akan membawa kepada kejayaan perjuangan DAP dan Kit Siang. Dalam perhimpunan selepas pengumuman kekalahan Zaid Ibrahim di Stadium Kuala Kubu Baru, Kit Siang paling keras bersuara mengulas kekalahan Zaid. Tiada Anwar, tiada Hadi Awang di situ. Lim Kit Siang telah bersuara bagaikan dirinya ketua kepada pakatan itu.

Apakah ini langkah awal Lim Kit Siang untuk mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen dari tangan Anwar setelah kerusi PKR makin berkurangan? Mungkinkah Kit Siang sudah mula hilang kepercayaan terhadap kredibiliti Anwar untuk terus memimpin pakatan yang sememangnya tidak pernah ada kecuali untuk mendapat kemenangan dalam pilhanraya kerana Anwar mampu membawa sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada DAP?

Kegagalan Zaid Ibrahim mempertahankan kerusi Hulu Selangor untuk PKR juga berpunca dari masalah dalaman PKR sendiri selain tentangan terhadap pencalonannya. Jentera pilihanraya PKR adalah terlemah di antara kalangan sekutu-sekutunya yang lain, DAP dan PAS. DAP hanya boleh menggerak kempen di kalangan pengundi-pengundi Cina dan India. DAP tidak mampu berkempen di kalangan pengundi Melayu kerana penolakan Melayu terhadap DAP masih kuat.

Tugas berat untuk meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu yang merupakan 52% dari jumlah pengundi keseluruhan diletakkan tanggungjawab kepada PAS sehinggakan Hadi Awang pun terpaksa berkampung di Felda. N.Ajis yang baru balik umrah juga terpaksa turun padang. PAS juga merungut akan kelembapan dan tidak efisen jentera PKR sendiri, kerana jentera pilihanraya PAS lebih tersusun dan efektif malah lebih berpengalaman dari jentera PKR mahupun DAP. Kekuatan jentera pilihanraya PAS terbukti banyak memberi kemenangan kepada PKR dan DAP sebelum ini. Kerusi Hulu Selangor adalah kerusi tradisi PAS dan PAS hanya tidak bertanding di kerusi ini pada PRU 2008 kerana memberi laluan kepada PKR dan dalam PRK ini. PAS tentunya lebih arif tentang selok belok di Hulu Selangor. Peranan jentera PAS pada awalnya tersekat-sekat kerana perlu mengikut di belakang gerakan jentera PKR yang tidak efisen dan kelam kabut. Setelah empat hari berkempen, PAS mengambil keputusan untuk bertindak lebih agresif dan mengatur gerakkerja kempennya tanpa PKR.

PKR terdiri dari ramai penyokong-penyokong yang hanya pandai membuat kacau bilau, bangga dengan gerakan revolusioneri, kononnya reformasi tetapi tidak tahu lansung menjalankan kerja kempen untuk pilihanraya sebagaimana jentera PAS. Kejayaan PKR pada PRU lalu, bukannya kerana kepandaian mereka meraih sokongan tetapi kerana peralihan sokongan pengundi-pengundi yang mengundi 'asal bukan BN'. Malah dalam setiap pilihanraya-pilihanraya kecil selepasnya, PAS merupakan tulang belakang dan nadi jentera pilihanraya pakatan PKR-DAP-PAS. Malangnya PAS terus-menerus dianggap hanya penumpang dalam 'pakatan' yang dimonopoli kuasa oleh Anwar dan Kit Siang. Suara Anwar dan Kit Siang meneggelamkan suara Hadi Awang dalam pakatan mereka. Banyak keputusan yang dibuat oleh Anwar sendiri dipengaruhi oleh Lim Kit Siang.

Kegagalan Zaid Ibrahim memenangi kerusi Hulu Selangor akan memberi impak besar terhadap krediliti dan survival politik dirinya sendiri dan juga PKR serta PAS dan DAP. Walau apa pun alasan dan penyebab kekalahan Zaid Ibrahim di tangan Kamalanathan, calon muka baru, keputusan telah membuktikan Zaid Ibrahim dan PKR ditolak oleh majoriti pengundi-pengundi di Hulu Selangor. Zaid Ibrahim sebelum ini telah menyatakan beliau bertanding dalam pilihanraya kecil yang tidak adil di pihaknya. malah selepas diumuman keputusan Zaid memberikan pelbagai alasan atas kekalahannya.

Bagaimana Zaid Ibrahim akan mengorak langkah seterusnya sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat setelah kecundang untuk mendapat kerusi Parlimen? Apakah Zaid Ibrahim akan bekerja kuat seterusnya untuk mendapatkan kerusi Hulu Selangor pada PRU akan datang atau mengalih pandangan ke kerusi-kerusi lain? Apakah berkemungkinan Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi Bandar Tun Razak untuk membolehkan Zaid Ibrahim sekali lagi mencuba nasib untuk ke Parlimen, jika diminta oleh Anwar? Kerusi Bandar Tun Razak adalah lebih sesuai untuk seorang seperti Zaid Ibrahim. Mungkinkah Zaid Ibrahim akan diletakkan di kerusi Batu setelah Tian Chua terpakasa mengosongkannya kerana dijatuhi hukuman yang menghilangkan kelayakan beliau sebagi Ahli Parlimen kerana mencederakan seorang anggota polis?

Dan persolan yang sukar untuk dijawab, apakah PKR tidak akan kecundang di Hulu Selangor jika mencalonkan calon lain selain Zaid Ibrahim ? Contohnya Dr Halili Rahmat dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor ini ???
Category:
��
6:28 AM | Posted in
Gengster pakatan rimba sudah dibawa masuk ke Hulu Selangor untuk menimbulkan kekacauan pada hari pilihanraya besok di Hulu Selangor. Hari ini mereka telah menyerbu masuk ke sebuah sekolah Tamil di mana Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Dato'Tan Lian Hoe sedang berucap dalam satu majlis Kempen Harga Barang. Mereka telah memecahkan pintu sekolah dan memusnahkan alat siaraya yang digunakan di majlis tersebut. Mereka dilaporkan turut mengugut peserta-peserta majlis tersebut yang terdiri dari ibu-bapa pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Beberapa hari lalu, sekumpulan mereka diberkas polis kerana disyaki memiliki senjata merbahaya dan merosakkan poster dan bendera BN. Ada yang bertindak meruntuhkan bill board dan menurunkan sepanduk yang dipasang penyokong BN kerana sakit hati dan pedih mata dengan kenyataan yang dipaparkan. Mereka bertindak demikian kerana SPR lambat mengambil tindakan ke atas sepanduk dan billboard yang kononnya berbaur hasutan dan lucah yang dipasang oleh BN.

Esok, hari pengundian, pasti akan berlaku lebih banyak kekecohan dan kekacauan oleh mereka. Kemungkinan akan ada yang berbaring dijalanan menyekat kenderaan-kenderaan pengundi, bertindak macam mereka polis dan menahan kenderaan-kenderaan yang membawa pengundi-pengundi keluar mengundi. Ini Standard Operating Procedure atau Modus Operandi mereka dalam setiap pilihanraya kecil terutamanya. Malah polis telah mengenal pasti beberapa individu yang bakal menimbulkan kekecohan sejak sebelum hari penamaan calon lagi. 


Category:
��
11:33 PM | Posted in
Wali Selipar yang juga Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Al-Terompahi yang baru pulang dari mengerjakan umrah mengeluarkan fatwa terbarunya di Hulu Selangor. Fatwa ini dikeluarkan semasa berceramah dalam kempennya menyokong Zaid Ibrahim. Beliau dilaporkan berkata,“Jangan serang tubuh badan calon , ini kerja bodoh, kerja budak-budak”. Beliau berkata demikian bagi mempertahankan Zaid Ibrahim, calon PKR yang dikatakan seorang 'kaki botol', peminum arak tegar dan pemilik kuda lumba yang terlibat dengan perjudian.

Malah N.Ajis berkata, tindakan menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat adalah satu perkara memalukan politik di Malaysia. Katanya lagi, yang bertanding itu adalah calon yang mewakili parti, jadi seranglah parti, jangan serang calon. Ini contoh politik double-standard PAS dan sekutunya. Selama ini PAS begitu asyik menyerang peribadi calon-calon yang bertanding menentang PAS dan sekutunya, malah di Hulu Selangor sekalipun, penyokong pakatan haram PAS-PKR-Dap tidak terkecuali dari menyerang peribadi calon BN, P.Kamalanathan.

Yang jelas dan nyata, adalah sukar untuk siapa saja, terutamanya pemimpin PAS untuk mempertahankan tuduhan dan serangan ke atas peribadi Zaid Ibrahim yang mengaku adalah seorang peminum arak tegar dan peminat setia lumba kuda. Cara hidup Zaid Ibrahim dan pendiriannya mengenai Islamyang liberal jelas bertentangan dengan pemikiran konservatif Islam PAS dan kebanyakan ahli-ahlinya.

Kehadiran N.Ajis di Hulu Selangor dan berkempen untuk Zaid Ibrahim bertujuan 'mensucikan' Zaid Ibrahim dari 'dosa-dosa'nya yang lalu supaya ahli-ahli PAS tidak ragu-ragu lagi untuk mengundi Zaid Ibrahim. Ahli-ahli PAS yang taksub dan mendewakan N.Ajis tentunya akan termakan dengan fatwa ikon Islam politik PAS ini. Pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon PKR di Hulu Selangor yang dibuat Anwar sendiri tanpa merujuk parti sekutu politiknya dan mengenepikan tentangan dari PKR Selangor dan pimpinan pusat PKR jelas menyukarkan gerakan kempen di Hulu Selangor.

Dengan fatwa terbaru ini, N.Ajis sekaligus mengiktiraf Saifuddin Nasution, Mahfuz Omar dan ramai lagi sebagai ahli-ahli politik kebudak-budakan kerana sering kali menyerang peribadi pemimpin-pemimpin BN. Mad Sabu yang dulunya memperhebohkan nafsu seks sonsang Anwar juga terpalit dengan fatwa ini. N.Ajis sekarang lansung menyatakan peribadi buruk calon tidak perlu menjadi ukuran dalam memberi sokongan kerana parti yang menjadi ukurannya dalam memberi undi.

N.Ajis akan berkata apa saja demi kepentingan politiknya. Menghalalkan rasuah pun boleh jika ia memberi kelebihan kepadanya. Rasuah balak di Kelantan sehingga kini belum dijawabnya..
Category:
��
10:04 PM | Posted in
Zaid Ibrahim, calon PKR di Hulu Selangor dengan yakin mengatakan bahawa beliau tidak berjudi walaupun beliau memiliki kuda lumba. Zahid mungkin tidak berjudi tetapi jelas Zaid terlibat dengan judi. Kudanya menjadi taruhan mereka yang berjudi. Zaid seorang yang bijak tetapi gagal melihat penglibatan dirinya dengan perjudian lumba kuda. Perjudian lumba kuda adalah satu jenis perjudian berlesen. Samada dia bertaruh atau tidak dalam perlumbaan kuda, Zaid tetap terpalit dengan perjudian tersebut apabila kuda-kuda miliknya berlumba dan pejudi-pejudi lain membuat taruhan atas perlumbaan tersebut.

Bagi Zaid Ibrahim, perlumbaan kuda yang melibatkan taruhan wang adalah sejenis sukan.

Betapa ceteknya ilmu agama Zaid Ibrahim, ini bukan pendekatan liberal tetapi kecetekan ilmu agama. Jika memiliki kuda untuk sukan polo, equestrian seperti show jumping atau steeplechase, endurance race boleh juga dikatakan bersukan. Kes zaid jelas untuk perlumbaan yang melibatkan perjudian.

Zaid Ibrahim mengakui pernah memiliki kuda lumba yang terlibat dengan perlumbaan di New Zealand dan Singapura (Singapore Turf Club) diberi nama 'Kelantan'. Beliau juga mengakui memiliki tiga lagi kuda lumba di New Zealand dan satu 'thoroughbred' di Australia. Mengikut log jual beli kuda lumba di New Zealand, pemilikan tiga kuda lumba tersebut dibuat oleh Zaid Ibrahim pada awal 2009. Pembelian tiga 'yearling', iaitu anak-anak kuda lumba mengikut bahasa industri lumba kuda. Apakah kuda-kuda lumba tersebut masih dalam milikan Zaid? atau sudah dipindah milik sejak beliau menyertai PKR? Pada hujung tahun lalu, 2009, Zaid juga telah mengerjakan haji. Malah Haji Hadi dengan pasti dan yakin menyatakan Zaid Ibrahim sudah bertaubat kerana telah mengerjakan haji dan umrah.

Bagaimana Haji Hadi boleh yakin dengan taubat Zaid Ibrahim, sekiranya baru semalam Zaid Ibrahim membuat kenyataan bahawa lumba kuda itu adalah sejenis sukan dan bukannya judi?

Persoalan bukannya kewibawaan dan ketokohan Zaid Ibrahim sebagai seorang pemimpin; tetapi kesesuaian pegangan dan prinsip beliau untuk menjadi seorang pemimpin/ahli Parlimen di Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Pendirian liberal Zaid dalam isu Islam dan Melayu yang menjadi persoalan. Pendirian PAS yang tunduk kepada kehendak sekutu dan kesanggupan meninggalkan perjuangan utama hanya kerana mempertahankan sekutu politik juga menjadi tanda tanya.

Zaid Ibrahim memang lantang dan jelas berhubung kesamarataan, keadilan dan keterbukaan mengikut perspektif beliau sendiri. Namun pendiriannya berhubung perundangan Islam, Mahkamah Syariah, dan kebebasan beragama perlu dipersoal. Beliau jelas sekali menyokong isu murtad atas konsep kebebasan beragama, mempertikai perundangan Islam, menolak dan mempertikai hak keistimewaan Melayu walaupun beliau sendiri telah mendapat kesenangan dan manafaat lansung dari dasar ini.

Apakah ini keadilan, setelah beliau sendiri mendapat nikmat dari dasar tersebut, beliau menafikan orang lain lain untuk turut mendapat hak yang sama? Apakah Zaid Ibrahim akan kaya raya jika tidak diberi 'tongkat' dan 'pilih kasih' oleh kerajaan memerintah dalam memperkembangkan firma guamannya? Zaid&Co adalah firma guaman yang digunakan oleh PTPTN hingga kini, dan Zaid&Co adalah firma guaman yang menguruskan kontrak dan dokumen perjanjian konsesi lebuhraya PLUS.

Zaid Ibrahim telah diberi peluang untuk mebarisi kabinet Tun Abdullah. Zaid seharusnya berjuang atas prinsip yang dipegangnya dan merubah dari dalam apa yang perlu diubah mengikut persepsinya. Bukannya melahirkan kekecewaan dan kemarahan dengan meletakkan jawatan yang dipercayakan Tun Abdullah ke atasnya. Peluang telah diberikan kepada Zaid untuk berperanan, namun ia telah dipersiakan. Tindakan Zaid meletakkan jawatan Menteri dalam kabinet Tun Abdullah bukannya satu tindakan 'heroic' sebagaimana yang dijaja sekutu politiknya kini. Tun Abdullah membuka ruang untuk perubahan dan keterbukaan dan mengundang Zaid untuk bersamanya, namun Zaid separuh jalan meninggalkan Tun Abdullah kerana tidak tahan dengan tekanan dan desakan rakan-rakan kabinet. Ini menunjukkan kurangnya ketahanan dan daya juang Zaid Ibrahim. Adalah salah tafsiran dengan memuji Zaid kerana rela melepaskan jawatan Menteri Kabinet. Zaid Ibrahim sepatutnya menghabiskan apa yang beliau mulakan dan bukannya berhenti di separuh jalan....

~Tunggu fatwa Nik Aziz~
Lumba kuda itu sukan. Nabi pun dulu anjur lumba kuda. Dan berkuda itu juga sunnah Nabi.
Apakah hadis-hadis ini akan menjadi rujukan Nik Aziz ?

" Terdapat banyak keberkatan dalam pemeliharaan kuda" (Kitab Masnab)


" Belajarlah memanah dan menunggang kuda" ( Hadith Muslim)

Category:
��
8:17 AM | Posted in
Dua orang kuat wanita PKR Perak pula keluar.. Mereka adalah Ketua Penerangan Wanita PKR Perak, Soraya Sulaiman dan Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai, Roshanita Mohd. Basir. Kedua-dua mereka menjelaskan tindakan itu didorong oleh rasa tidak puas dengan kepincangan pentadbiran parti selain tidak dapat menerima kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menentukan hala tuju parti secara bersendirian.

Turut keluar parti ialah suami Roshanita, Saghazali Abdul Kadir.

Baru semalam 200 ahli PKR di Bayan Baru, Pulau Pinang keluar, Dr Halili Rahmat, Bendahari PKR Hulu Selangor. Apa dah jadi dengan PKR ? Parti Keluar Ramai ke?

Banyak duit BN kena keluar beli mereka semua untuk keluar PKR. Berbillion dah agaknya duit BN dikeluarkan untuk memujuk mereka semua keluar PKR. Banyaknya duit BN !
Category:
��
11:45 PM | Posted in
Ini dari blog cinaislam. Lihat gambar yang diceduk dari bolg rakannya. Apa punya cetek akal hingga tak dapat membezakan yang kedua-duanya juga gambar palsu!


Category:
��
10:47 PM | Posted in
Fiat Sapientia Virtus!
Dr Halili & Salehudin, Batch of 68/70 MCKK
Finally, Manliness Came Through
Category:
��
9:40 PM | Posted in
Sekarang sudah nyata siapa yang Muhyiddin maksudkan. Dr Halili Rahmat, pendokong gerakan reformasi dan antara pengasas Parti Keadilan Nasional keluar PKR dan menyertai UMNO. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media di PJ Hilton, 11 pagi 19 April 2010.

PETALING JAYA, 19 April — Jentera kempen pilihan raya PKR di Hulu Selangor menerima tamparan ekoran tindakan Bendahari PKR Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat memutuskan untuk keluar parti hari ini.
Beliau juga akan memohon untuk menyertai Umno memandangkan PKR sudah terkeluar dari landasan asal perjuangan. Keputusan itu diumumkan ketika kempen pilihan raya masuk hari ketiga hari ini.

Turut hadir pada sidang media yang diadakan di sini, bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.

Dr Halili, pakar saraf, merupakan salah seorang pengasas Parti Keadilan Nasional dan pernah bertanding pada pilihan raya umum 1999 dan 2004 di Hulu Selangor dan Batang Kali.

Beliau yang merupakan rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, salah seorang daripada 10 calon dihalusi pucuk kepimpinan parti untuk bertanding pilihan raya kecil ini.
Dr. Halili ternyata kecewa kerana tidak terpilih menjadi calon walaupun dijanjikan Anwar. Anwar dikatakan tunduk kepada tekanan 'firaun-firaun kecil' PKR seperti Tian Chua dan rakan-rakannya. Tian Chua tentunya akan menyanyikan lagu lama, 'Dr Halili dibeli oleh UMNO' sebagaimana juga terhadap mereka yang terdahulu meninggalkan PKR. Golongan Reformis peneraju gerakan reformasi semasa Anwar dipecat dan dipenjarakan sudah hilang kepentingan dan kedudukan dalam PKR baru.
Category:
��
4:45 PM | Posted in
Muhyiddin semalam dilaporkan berkata ada pemimpin besar PKR akan umum keluar PKR hari ini. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan siapa yang dimaksudkan. Jika ini benar berlaku, ia akan memberi tamparan hebat kepada Anwar, PKR dan calonnya di Hulu Selangor, Zaid Ibrahim.

Siapa yang dimaksudkan Muhyiddin, Syed Shahir? Dr Halili? Individu yang kecewa tidak terpilih sebagai calon di Hulu Selangor?
Category:
��
4:41 PM | Posted in
V.S.Chandran, calon Bebas di Hulu Selangor akan tarik diri dari bertanding hari ini. Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua MIC Bahagian Hulu Selangor dijangka akan memaklumkan kepada SPR hari ini mengenai penarikan tersebut sebelum tempoh berakhir 12 tengah malam ini.
Category:
��
6:37 AM | Posted in
Zaid Ibrahim mengakui dirinya peminum arak cuma sekarang dia sudah tak minum lagi. Itu kata Zaid. Haji Hadi kata Zaid dah berubah sejak kembali dari Mekah, Zaid dah buat kerja Haji dan beberapa kali Umrah. Warak dah Zaid sekarang, ikut cakap Haji Hadi.

Apa pula kata al-sheh Saifudin Nasution? Saifudin di Parlimen baru-baru ini berkata ada bekas kawan-kawannya dari UMNO yang kini Ahli Parlimen pun minum arak semasa lawatan Pemuda UMNO-zaman Zahid Hamidi, Ketua Pemuda- ke Las Vegas. Cerita lama juga. Kurun ke berapa agaknya cerita itu. Soalnya, bukan main emosional lagi Saifudin, dengan nada marah melemparkan tuduhan demikian hanya kerana mempertahankan bosnya, Anwar. Malah Saifudin turut menempelak 'kawanya' yang tertidur di slot machine.

Saifudin tak pernah dengar cerita Zaid dan 'kuda' ke? Zaid memang minat kuda sejak dulu cuma sekarang dah tak boleh tunggang kuda lagi kerana kecederaan jatuh kuda, macam Anwar juga. Namun Zaid masih punya minat mendalam dengan kuda. Rumahnya dipenuhi dengan patung-patung dan gambar-gambar serta lukisan-lukisan kuda. Mungkin cerita lama juga, sukar nak pastikan kebenarannya, Zaid juga gemar kuda-kuda yang berlumba setiap Sabtu dan Ahad. Mungkin juga Zaid dah berhenti buat semua tu.

PAS pun sudah memaafkan Zaid yang dulunya pernah menyaman Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu kerana ingin melaksanakan Hudud, kerana sudah tarik balik saman tersebut. Zaid bukannya menolak hudud, cuma bagi Zaid, perlaksanaan Hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Petikan dari utusan online:
HULU SELANGOR 18 April - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berkata dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.

"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kerling di sini.

Zaid berkata, apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit.

"Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah,” katanya.

Zaid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beliau adalah seorang kaki botol tegar seperti dilaporkan oleh beberapa blog. - Bernama
Zaid sudah berhenti minum arak, jangan ungkit lagi. Nanti Zaid pula kata Kamalanathan juga minum arak, Chandran pun minum juga. Cuma kaum India beragama Hindu, meminum arak tidak menjadi soal. Sikit-sikit tidak apa, sikit-sikt pening still okay. Jangan sampai 'tergolek dog' sudahlah. Johan Md Diah pun perutnya buncit juga, orang putih kata " beer belly", dulu ada minum juga ke? Shamsul Akin pun sama juga 'beer belly'. Zaid perutnya tidaklah begitu buncit, sebab dulu dia tidak minum beer, dia minum wain saja, surely not the cheap wine.


Artikel berkaitan di malaysian insider:
Category:
��
1:33 AM | Posted in

Tan Wei Shu, ADUN Bakar Arang, Kedah pula keluar PKR. Ini berikutan Tan Wei Shu hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR dan mengumumkan menjadi Bebas. Tan Wei Shu baru-baru digugurkan oleh Azizan Razak, MB Kedah dari anggota EXCO Negeri atas kehendak PKR. Tan digantikan dengan seorang lagi wakil PKR yang menjadi ADUN Sidam.

Tan Wei Shu menjadi ADUN kedua dari PKR yang keluar PKR dan menjadi Bebas. Tahun lalu ADUN Lunas, Muhammad Radhzi Salleh, seorang EXCO mengumumkan keluar PKR. Radzhi sebelum ini juga berkata lebih ramai akan keluar PKR termasuk ADUN dan Ahli Parlimen.

Apakah ini gelombang kedua setelah empat Ahli Parlimen PKR keluar parti dan menjadi Bebas? PKR tentunya akan memainkan 'lagu lama', dan menuduh Tan Wei Shu juga dibeli oleh BN. Pengumuman Tan Wei Shu bukan sesuatu yang mengejutkan atau di luar jangka. Setelah tidak dicalonkan semula oleh pimpinan PKR untuk menggangotai EXCO Kedah, Tan telah menunjukkan rasa tidak puas hatinya dengan perkara tersebut. Tan memberi alasan hilang percaya kepada pimpinan PKR semasa mengumumkan keluar parti. Beliau juga berkata tidak sanggup lagi dipergunakan untuk kepentingan individu-individu tertentu dalam PKR. Alasan yang diberikan oleh Tan sama dengan alasan yang diberikan oleh Adun-Adun dan Ahli-Ahli Parlimen PKR yang keluar parti dan menjadi Bebas sebelum ini.

Jelas, PKR menghadapi masalah kepercayaan yang cukup buruk di peringkat pimpinan PKR, samada kebangsaan mahupun negeri. Pemilihan Zaid Ibrahim yang tidak dipersetujui oleh sebahagian pimpinan PKR Pusat sebagai calon PKR di PRK Hulu Selangor juga kesan kepada masalah yang sedang melanda PKR kini. Kegagalan Anwar Ibrahim, sebagai Penasihat yang tidak pun menjadi ahli dalam PKR, dan Wan Azizah yang menjadi Presiden pada nama sahaja adalah punca keretakan besar dalam PKR. PKR membiak 'firaun-firaun kecil' di setiap peringkat pimpinan PKR.


Lihat bagaimana buruknya rupa pemimpin de facto atau diktator PKR yang bercita-cita bukan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi menjadi Presiden Malaysia. Pengumuman Tan Wei Shu untuk keluar tepat pada masa PKR perlu membuktikan keutuhan PKR dalam menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor. Beberapa hari lalu sebilangan 200 orang ahli PKR di Kulim keluar parti dan menyertai parti-parti komponen BN.

Anwar kini makin serabut.... partinya sedang menuju kehancuran, beliau sendiri pula makin jelas tampak jalan ke Sungai Buluh..
Category:
��
6:19 AM | Posted in
Warga emas masih menggatal, walau berpenyakit kencing manis dan tiada kerja selain menganggotai MPAJ. Ini pemimpin peringkat kerajaan tempatan wakil PKR. Beliau telah mengugut untuk menyebar gambar bogel seorang Setiausaha dan menyebarkan gambar-gambar lucah kepada wanita tersebut. Persoalannya dengan siapakah setiausaha tersebut bertugas dan bagaimana Izudin memperolehi gambar bogel wanita tersebut? Kenapa dan untuk apa Izuddin mengugut untuk menyebar gambar bogel wanita tersebut ? Beliau sudah dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan-kesalahan tersebut. Beliau kini diikat jamin sementara menunggu perbicaraan kesnya.
Anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Izzuddin Che Din , PKR mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mengugut dan satu tuduhan menyebarkan gambar bogel seorang setiausaha. Izzuddin, 62, didakwa telah mengugut untuk menyebarkan gambar bogel wanita berusia 41 tahun itu melalui telefon bimbit di Cheras Heights, Taman Segar, Cheras pada 1.23 pagi 14 Febuari lepas manakala bagi pertuduhan kedua, di tempat yang sama, dia mengugut mangsa untuk menyebarkan gambar bogelnya pada 6.11 petang 15 Febuari lepas

Izzuddin turut menghadapi pertuduhan menyebarkan lima keping gambar lucah kepada wanita itu di tempat yang sama, pada 1.04 pagi hingga 2.10 pagi antara 13 Febuari dan 15 Febuari lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 5 (1) (b) Akta Penapisan Filem 2002 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norasyikin Ahmad memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan itu. Izzuddin kemudiannya merayu kepada mahkamah supaya mengurangkan jaminan itu kerana dia tidak bekerja di samping mempunyai penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi dan memerlukan wang untuk merawat penyakitnya itu.

“Saya juga telah berjanji kepada polis tidak akan mengganggu mangsa dan kesalahan ini merupakan kesalahan pertama saya,” katanya.
Orang tua miang ni nak dapat servis free ke? Tak dilayan kehendaknya, diugut pula wanita tersebut. Kalau orang lain dapat free tak semestinya orang tua ini pun boleh dapat free. Penghidap kencing manis dan darah tinggi biasanya alat seks sudah tidak berfungsi dengan baik, tapi nafsu masih kuat.

Jadi Ahli Majlis dah macam ni, kalau lebih besar jawatan tak tahulah macam mana!
Category:
��
6:25 PM | Posted in
Apakah peranan Husam Musa dalam pendedahan yang dilakukan oleh Kickdefella!
Syed Azidi kebelakangan ini cukup hebat 'kicking the old fella' by the name of Nik Aziz.
Kenapa? Mengapa? Untuk Apa?
Category:
��
12:57 AM | Posted in
Sembahyang hajat tujuh hari tujuh malam anjuran Ahmad Awang yang tidak dilantik semula ke Majlis Syura partinya berikutan tindakan keluar parti oleh Mohsin Fadzli Samsuri, Bagan Serai berakhir pada 20 Mac lalu di Mesjid Tinggi, Bagan Serai. Tujuan sebenar atau hajat yang dipohon perkenan Allah dengan mengerjakan solat hajat tersebut tidak dijelaskan oleh Ahmad Awang. Beliau bagaimana pun menafikan solat hajat itu bertujuan memohon kecelakaan ke atas Mohsin Fadzli.

Menarik untuk kita menilai sejauh mana kecerdikan politik Ahmad Awang. Beliau jelas amat marah apabila Mohsin umum keluar PKR. Beliau memberi tempoh seminggu unutk Mohsin berubah fikiran atau mengosongkan kerusi parlimen Bagan Serai. Jika Mohsin tidak mengendahkan desakan dan amaran beliau akan mengajurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam. Selepas seminggu Mohsin tidak juga mengosongkan kerusi parlimen Bagan Serai, maka Ahmad Awang pun mengadakan solat hajat di beberapa surau dan masjid dalam kawasan parlimen Bagan Serai. Selepas empat hari diadakan solat hajat, ini kenyataan Ahmad Awang apabila ditanya berhubung Mohsin ;
"Pengumuman beliau (setakat ini) tidak menyertai mana-mana parti dan tidak mahu menyertai Umno, saya rasa ada kelihatan sedikit cahaya (perubahan). Kita berharap-harap dia sedang berfikir," kata Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang.- pada 19 Mac 2010
Ahmad Awang ini pekak dan butakah? Atau dia Buta Huruf? Buta Hati nampaknya memang ada pada Ahmad Awang. Dalam kenyataan semasa mengumumkan keluar PKR Mohsin telah menyatakan akan kekal Bebas dan TIDAK AKAN MENYERTAI MANA-MANA PARTI. Mohsin dah jelas beliau tidak akan menyertai mana-mana parti sebaik sahaja keluar PKR, bukannnya keputusan setelah berbelas hari keluar PKR atau setelah Ahmad Awang empat hari bersolat hajat.

Kini hampir sebulan berlalu, sejak solat hajat terakhir Ahmad Awang. Apakah hajat dan doanya terhadap Mohsin telah diperkenan atau tidak oleh Allah? Apakah kebenaran yang dipohon ditunjukkan kepada Mohsin sudah kelihatan oleh Mohsin Fadzli dan Ahmad Awang? Mungkinkah doa Ahmad Awang tidak sehebat doa Nik Aziz? Jelas Ahmad Awang belum mencapai tahap 'wali selipar' seperti Nik Aziz. Nik Aziz belum sempat berdoa pun dah diturunkan hujan. Maklumlah bersembahyang hajat mohon hujan di bawah kegelapan awan-awan hitam pembawa hujan. Itupun setelah tiga hari diadakan pembenihan hujan oleh Jabatan Kaji Cuaca.
Category:
��
7:35 AM | Posted in
Kenapa Ahmad Awang digugurkan dari Majlis Syura PAS? Mungkinkah kerana persoalan dan teka-teki bagaimana Ahmad Awang yang bankrap sebelumnya menjadi kaya dan senang lenang secara mengejut setelah Nizar sewel jadi MB Perak beberapa bulan sahaja hasil pakatan PAS dengan DAP masih tidak terjawab oleh beliau sendiri?  Duit komisen balak? Proton Waja bertukar kepada Mercedes E-Class lengkap dengan driver peribadi? Ahli Parlimen bukan Adun pun bukan, hidup mengharap pencen kerajaan sahaja. tetapi mampu akan segala kemewahan dalam sekelip mata sedangkan beberapa bulan sebelum itu masih bankrap (muflis)? Ahmad Awang adalah liabiliti kepada PAS?

Ahmad Awang adalah ulamak ada- class atau Ahmad Awang adalah ulamak 'E-Class'? Ahmad Awang tidak mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden PAS kerana isu-isu ini. Ahmad Awang tidak dilantik semula ke Majlis Syura PAS bukan kerana 'penolakan beliau terhadap cadangan Harussani untuk menubuhkan kerajaan dengan UMNO' di Perak tetapi kerana perlakuan dan tindak-tanduk Ahmad Awang yang memberikan imej buruk terhadap PAS apabila dikatakan terlibat dengan rasuah balak di Perak setelah proksinya, Nizar sewel menjadi MB.

Persoalan dan kemusykilan bagaimana Ahmad Awang menjadi kaya dalam sekelip mata ditimbulkan oleh orang PAS sendiri dalam Muktamar PAS di Shah Alam. Artikel di bawah menghuraikannya.


Jun 21, 2009
oleh AidA SURAYA

Dalam Muktamar ke 55 di Shah Alam baru-baru ini, perwakilan daripada Wilayah Persekutuan dalam ucapannya ketika membahaskan ucapan dasar telah menggunakan istilah “Ulama E-Class”. Saya tidak tahu maksud sebenar beliau dan kepada siapa yang beliau tuju. Kalau beliau bercakap pasal ada ulama yang mempunyai kereta Mercedez E-Class, saya pasti ramai dikalangan ulama kita yang mempunyainya. Mungkin beliau cemburu kerana tiada pekerjaan ataupun tidak mampu memilikinya. Janganlah pula disalahkan kepada orang yang mampu memilikinya sebab tidak haram memilikinya sekiranya anda mampu dan selagi sumbernya halal. Yang menjadi permasalahan disini ialah ada juga dikalangan ulama kita yang tiba-tiba sahaja mampu memilikinya walaupun dia bangkrap. Mari kita ikuti kisah mantan pesuruhjaya PAS Perak yang agak mengujakan.

Ust Ahmad Awang ketika menjadi Pesuruhjaya Pas Perak dan Naib Presiden PAS, tidak dapat bertanding dalam pilihanraya ke 12 yang lalu kerana beliau adalah seorang yang bankrap atau muflis. Beliau telah berjumpa dengan beberapa tokoh korporat untuk meminta belas ehsan mereka untuk menyelesaikan hutangnya sebelum pilihanraya tetapi tidak ada siapa yang nak tolong beliau pada ketika itu. Maka kempunanlah beliau untuk bertanding dalam PRU12 dan lebih kempunan lagi apabila Pakatan Rakyat dapat memerintah di Perak dan beliau terpaksa bersetuju untuk melantik Setiausaha PAS Perak ketika itu untuk menjadi Menteri Besar Perak.

Peluang memerintah Perak menunjukkan warna sebenar bekas tokoh Persatuan Ulama Malaysia ini. Tidak sampai beberapa bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak ataupun lebih khusus lagi, tidak sampai beberapa bulan Mohd Nizar menjadi Menteri Besar Perak, Ust Ahmad Awang telah bertukar gaya hidupnya. Beliau kelihatan begitu bergaya sekali dengan Mercedez E-Class berserta pemandunya sekali. Hairan juga, bagaimana seorang yang bankrap, tidak ada pekerjaan, bukan ADUN, bukan juga Ahli Parlimen, tetapi dapat memiliki Mercedez E-Class dan dapat menggajikan seorang pemandu. Hebat sungguh cerita Ahmad Awang dengan pemandunya. Hinggakan pemandunya pun tidak tahan dengan karenah Ahmad Awang yang kadang-kadang hari minggu pun kena suruh beli roti canai untuk beliau. Biasala, orang tak pernah ada pemandu. Mungkin dia ingat pemandu tu macam kuli batak dia sahaja.

Walaubagaimanapun, pemandu itu bukanlah isunya. Isunya, bagaimana seorang ustaz bankrap boleh memiliki Mercedez E-Class hanya selepas beberapa bulan PR memerintah Perak. Jawapannya mudah…tanya la Ahmad Awang sendiri. Ataupun boleh tanya Nizar. Tidak pun boleh juga tanya Husam Musa. Tanyalah Husam bagaimana dia mengajar Nizar dan Ahmad Awang untuk mengaut hasil balak di Perak bagi mengenyangkan kantung mereka sendiri. “Orang berbudi kita berbahasa.”

Maka tidak hairanlah kenapa Ust Ahmad Awang, mantan Pesuruhjaya Perak, mantan Naib Presiden PAS beralih arah memuja dan memuji Husam melangit hinggakan sanggup berburuk sangka terhadap “rakan ulama” beliau yang lain di dalam Majlis Syura. Bahkan beliau sanggup menggadaikan prinsip ukhuwwah Islamiyah yang dituntut oleh Rasulullah di dalam jamaah untuk membenci “3 orang” di dalam pimpinan PAS sekarang ini gara-gara Husam juga membenci mereka. Bahkan beliau juga sanggup melihat konsep kepimpinan ulama Pas tergadai asalkan orang yang berjasa mengenyangkan beliau dapat memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS.

Begitulah murahnya maruah dan harga diri seorang ulama macam Ahmad Awang. Senang dibeli dengan harta benda. Maka selayaknyalah beliau tidak lagi memimpin PAS.

Mungkin juga beliau sudah dapat merasakan yang beliau akan kalah sekiranya beliau bertanding juga jawatan Naib Presiden PAS kerana 2 tahun dahulu pun beliau tidak menang dengan selesa. Untuk menyelamatkan air mukanya, maka lebih eloklah beliau menarik diri awal-awal lagi.

Saya kira, semua perwakilan mengalu-alukan langkah Ahmad Awang untuk mengundurkan diri dari memimpin PAS kerana itulah langkah yang terbaik untuknya. Saya juga berkira-kira bahawa Ahmad Awang pasti akan menutup tirai kepimpinannya di dalam PAS dengan baik dan dengan kata-kata nasihat yang berguna untuk semua perwakilan yang akan dapat dimanfaat untuk kestabilan parti dan untuk dikenang sampai bila-bila. Tetapi, sayangnya harapan tidak menjadi kenyataan. Ahmad Awang memilih untuk membuka ruang fitnah yang lebih besar di dalam jamaah.

Beliau secara terbuka didalam ucapan penangguhan terakhirnya di dalam muktamar telah menuduh ada seseorang daripada pimpinan pusat “mengarahnya” supaya PAS Perak dapat bekerjasama dengan UMNO di Perak selepas pilihanraya ke-12 yang lepas. Benarkah tuduhan tersebut? Siapakah pimpinan tersebut? Berasaskah tuduhan tersebut? Bolehkah “seorang pimpinan” memberi arahan? Takkanlah beliau tidak tahu bahawa “seseorang pimpinan” tidak boleh mengeluarkan arahan sedemikian melainkan setelah disyurakan atau diluluskan didalam mesyuarat. Mungkin juga kalau adapun bukannya “arahan” tetapi lebih kepada “nasihat” untuk memberi beberapa pilihan ijtihad politik kepada PAS Perak.

Apakah motif beliau dengan ucapan sedemikian yang seolah-olah memberi bola tanggung kepada musuh-musuh Islam untuk memecahbelahkan PAS. Pokoknya, beliau telah melontarkan bom jangka ke dalam PAS. Dan membiarkan ahli Pas dan juga media meneka-neka dan menuduh-nuduh siapakah gerangan pimpinan yang dimaksudkan oleh Ahmad Awang tersebut. Maka terjebaklah ahli Pas ke dalam lubuk fitnah yang direka oleh beliau. Dan sudah pastinya beliau akan dikenang sampai bila-bila sebagai pengadu domba dan pencetus kepada ruang fitnah yang boleh mengakibatkan PAS berpecah. Maka bergembiralah musuh-musuh Islam melihat PAS berpecah gara-gara perbuatan seorang “Ulama E-Class”.

Category:
��
6:23 PM | Posted in
Blogger Kickdefella dalam posting terbaru memohon maaf kerana mendedahkan salah laku Nik Aziz dan gerombolan anak menantu dan rakan-rakan karibnya. Mohon maaf dari siapa? Tentunya bukan dari Nik Aziz kerana takut didoakan 'pecah perut' oleh Nik Aziz.

Artikel tersebut di http://kickdefella.wordpress.com/2010/04/09/mohon-maaf/
Budaya kasar dan ayat-ayat yang amat kesat mungkin menjadi budaya bagi segelintir pihak di dalam PAS kerana ia memang dihalalkan oleh Mursyidul Am PAS. Ia hanya akan membawa persepsi buruk terhadap Ajaran Islam yang menjadi perjuangan PAS.
Sejak saya ditamatkan perkhidmatan dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan, saya telah bergerak sendirian. Saya jauhkan diri daripada rakan-rakan blogger ataupun dari rakan-rakan di dalam PAS. Saya elakkan diri dari bertemu mereka kerana saya tidak mahu mempengaruhi sesiapa dengan isu yang saya paparkan.

Saya bergerak di atas fakta malangnya PAS masih dipengaruhi oleh segelintir golongan yang lebih suka retorik. Usah lemparkan kata-kata muhasabah diri atau soal membuka aib kerana itu semua akan kembali kepada Parti PAS sendiri.

Selama ini PAS bergerak dan berkempen atas dasar membuka keaiban musuhnya. PAS bergerak dan berkempen atas dasar fitnah dan fakta separa masak. Hari ini bagaimanapun, PAS sudah banyak berubah. PAS semakin matang sebagai sebuah parti politik dan mula mampu menjadi sandaran masyarakat Melayu dan bukan Melayu. Untuk terus matang, PAS harus bersedia membuka pintu terhadap kritikan. PAS bukan sahaja harus bercakap soal membasmi penyelewengan, tetapi juga harus membasmi penyelewengan di dalam PAS.
Blogger-blogger PAS menghentam Syed Azidi kerana pendedahan yang dibuat beliau mengaibkan Nik Aziz yang dianggap bertaraf wali dan dijauhi dari melakukan dosa-dosa oleh pengikut-pengikut sesat PAS. Jelas dari pendedaahan yang berdasarkan fakta dan keterangan bukti sahih, Nik Aziz turut mengamalkan budaya sonsang dalam menerajui kerajaan Islam PAS di Kelantan. Kerajaan Islam pimpinan ulamak Nik Aziz juga mengamalkan rasuah, kronisme, nepotisme dan kolusi. 

Bagaimana Nik Aziz mengkayakan anak Abd Razak' tunjuk kote' dengan berkali-kali meng'hadiahkan' kawasan balaik kepada Cikgu Mi. Pulang balik balasan yang diperolehi daripada Cikgu Mi tentunya lumayan bagi Nik Aziz dan ahli keluarganya. 'Hadiah' dari penerima kawasan balak bagi Nik Aziz atau rasuah pada kaca mata umum banyak mengkayakan individu-individu tertentu dalam PAS Kelantan. Wang Rasuah untuk PAS digelapkan untuk diri sendiri. Maklumlah dalam PAS tidak boleh mempersoalkan kepimpinan kerana bidaah yang diamalkan oleh PAS menyebabkan pemimpin boleh melakukan apa saja untuk kepentingan diri sendiri. 

Bagaimana seorang Adun penggal pertama boleh dikenakan cukai pendapatan sebanyak RM700 ribu lebih? Berapa pendapatannya? Sebelum menjadi Adun , dia adalah Setuiausaha Nik Aziz. Berapa banyak kekayaan yang telah dikumpul beliau semasa tempoh dalam jawatan itu? Masakan Nik Aziz tidak tahu atau dengar cerita salah laku Adun ini; atau Nik Aziz sengaja buat-buat tak tahu ? Buat-buat bodoh apabila terkena batang hidung sendiri adalah amalan Nik Aziz. Namun kalau mengaibkan orang lain dengan fatwa karut-marutnya Nik Aziz memang hebat. Nik Aziz bukannya sudah nyanyuk. Mungkinkah ini balasan Allah terhadap Nik Aziz yang selama ini yang sering mem'perlekeh'kan Allah. Akhirnya keaiban dirinya sendiri didedahkan kepada pengetahuan umum. 

Kenapa Nik Aziz hanya menafikan pendedahan yang dibuat oleh Syed Azidi dan meremehkan pendedahan-pendedahan tersebut? Jika apa yang didedahkan oleh Syed Azidi merupakan pembohongan yang menjadi fitnah, saman sahaja Syed Azidi. Kenapa tidak berani saman? Mungkin ada kebenaran dalam apa yang didedahkan oleh blogger kickdefella ini. Kenapa menggelar blog sebagai kedai kopi bergerak! Kedai-kedai kopi bergerak inilah yang memberi kekuatan kepada PAS.
 
Wang hasil rasuah balak dijadikan modal menjalankan tarbiyah PAS dan mendidik anak-anak kecil di PASTI. Patuutlah kini PAS dah jadi carca merba hasil didikan menggunakan wang rasuah yang HARAM dari segi hukum Islam tetapi HALAL mengikut ajaran Nik Aziz kerana diamalkan oleh PAS.
Category:
��
7:11 AM | Posted in
Wee Choo Keong, AP Wangsa Maju PKR mengecam hebat 'rakan-rakan'nya dalam PKR yang mempertikaikan beliau yang turut serta dalam rombongan ke Washington DC bersama Nazri Aziz di Parlimen semasa membahas usul terima kasih titah ucapan YDPAgong.. Beliau juga memanggil mereka ini 'little Napoleons'. 

Petikan ucapan beliau di weechookeong.wordpress.com
Segelintir little napoleon sanggup melakukan apa sahaja termasuk “manufacturing lies” dengan izin seperti dengan “superimposed” gambar dan diterbit dalam internet untuk fitnah dan mengaibkan tokoh politik negara semata-mata. Tindakan FITNAH ini telah diakui oleh little napoleon tertentu tetapi tiada tindakan diambil terhadap dia. Sebaliknya tidakan disiplin diambil terhadap peminpin lain atas perkara yang temeh remeh.



If these little napoleon could stoop so low to do such thing like superimpose picture to defame others for political reason, nothing on earth will stop them from destroying the country, degan izin.



Saya juga amat kesal dengan tingkah laku Little Napoleons terhadap isu-isu yang dibangkitkan mengenai dengan peristiwa September 16 atau isu-isu yang lain di Parlimen atau di luar, tidak dijawab langsung. Jawapan little napoleons adalah serangan pribadi “in the hope that all will be well and the public will be fooled again”, dengan izin. Little napoleons, nasihat saya adalah: If you have no answers to what have been said just hide under the saying “SILENCE IS GOLDEN’, dengan izin.



Saya juga berharap bahawa the little napoleons tersebut jangan memaksakan saya untuk membongkarkan politics of deceit, politics of expediencies mereka dengan izin dan politik cakap tak serupa bikin atau politik bermusim.
Zulkifli Nordin, Kulim Bandar Baru yang disingkirkan dari PKR juga mendedahkan perkara yang sama di Parlimen minggu lalu. Beliau juga menyatakan tedapatnya 'Firaun-Firaun' kecil dalam PKR yang cuba untuk mengenepikan beliau dari PKR.

Sebelum ini Zulkifli Nordin dituduh oleh penyokong PR dengan pelbagai tuduhan apabila mendedahkan kepincangan amalan politik dalam PKR. Zulkifli Nordin juga mendedahkan bagaimana beliau diminta untuk membuat akuan palsu untuk memfitnah beberapa pemimpin kerajaan. Beliau juga mendedahkan ditawarkan 'ganjaran yang mengoncang iman' untuk melakukan fitnah-fitnah tersebut.

Zahrain Hashim yang keluar menjadi Bebas juga tidak terkecuali dari tuduhan-tuduhan apabila mendedahkan kegagalan percubaan menggulingkan kerajaan BN pada 16 Sep 2008. Tidak terkecuali juga Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzli. Mereka dituduh menjadi 'anjing BN' dan asakar upahan BN untuk menghentam Anwar dan sekutunya.

Zahrain, Tee Beng dan Mohsin meninggalkan PKR dan menjadi BEBAS. PKR menuduh mereka 'dibeli oleh BN', peliknya Zul Nordin yang dipecat dari PKR juga dituduh dibeli oleh BN. Keempat-empat mereka juga dituduh membuat ucapan dan kenyataan mengikut 'skrip yang disediakan oleh UMNO dan BN' menghemtam PKR dan Anwar serta sekutunya.

Wee Choo Keong sebelum ini pernah dikatakan akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin PKR kerana mengkritik Guan Eng. Beliau juga baru-baru ini mencabar Karpal Singh untuk membuat kenyataan rasmi bahawa Karpal telah 'memaafkan' Anwar atas apa yang berlaku di Perak. Karpal tahun lalu telah meminta Anwar untuk bertaubat kerana menggalakkan wakil rakyat 'lompat parti' hingga tumbang kerajaan DAP di Perak.

Pendedahan Choo Keong menjelaskan bagaimana PKR dikerumuni oleh individu-individu rendah moral dalam berpolitik dan mengamalkan cara berpolitik yang buruk perlakuan. Bagi PKR matlamat politiknya menghalalkan amalan-amalan dan pendekatan PKR berpolitik; manakala kepentingan politik peribadi dan sekutu mengatasi kepentingan negara dan rakyat.

Apakah rakyat masih belum sedar dengan segala pendedahan yang dibuat oleh Wee Choo Keong, Zulkifli Nordin, Zahrain Hashim mengenai Anwar, PKR dan sekutunya?

Apa reaksi Anwar dan PKR atas ucapan dan pendedahan Wee Choo Keong? Apa tindakan PKR terhadap Choo Keong?


Category:
��
6:47 AM | Posted in
Dr Zambry Abd Kadir, MB Perak mendedahkan bahawa beliau ditawarkan oleh pemimpin tinggi PKR pada masa itu jawatan MB Perak selepas PRU12 manakala Tajol Rosli pula berkata ada 3 Adun BN ditawarkan jawatan MB. Ketiga Adun ini ditawarkan jawatan tersebut sekiranya 'melompat' menyertai PKR. Tajol Rosli dikatakan antara tiga Adun tersebut, manakala seorang lagi kemungkinan besar Raja Ahmad Zainudin, Kubu Gajah. 

Pendedahan ini adalah tamparan hebat kepada Nizar yang merupakan calon keenam MB Perak. Nizar tersangat bangga apabila dilantik sebagai MB Perak, boneka DAP, sedangkan beliau adalah calon terakhir dipertimbangkan oleh sekutu-sekutu politiknya di Perak. Hanya kerana Sultan Perak enggan mengenepikan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang menghalang perlantikan MB Perak dari kalangan bukan Melayu dan Islam. Jika tidak, Nizar Gila pun tak merasa menjadi MB selama 11 bulan di Perak. James Ngeh Koo Ham, seorang Cina beragama Kristian, wakil DAP yang sepatutnya menjadi MB. Apa yang menghalang perlantikan James Ngeh sebagai MB hanyalah perkenan Sultan Perak. Tidak terkecuali Jamaludin Radzi , Behrang juga adalah calon untuk MB dari PKR yang menang lebih banyak kerusi dari PAS, cuma bekas posmen ini tidak dipersetujui dan diperkenankan oleh Anwar untuk MB Perak. Sejarah membuktikan perlantikan MB Perak mengambil masa yang terpanjang dalam pembentukan kerajaan-kerajaan negeri selapas PRU12. Kenapa berlaku demikian adalah kerana masalah dalam menentukan siapa paling layak jadi MB.

Pendedahan Zambry amat memalukan Nizar! Nizar sememangnya patut malu dengan diri sendiri yang merupakan calon pilihan terakhir pimpinan tertinggi sekutu-sekutu politiknya.
Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ‘pendedahan’ itu juga merupakan cara Zambry menggambarkan kepada umum bahawa beliau merupakan calon paling layak memegang jawatan Menteri Besar.

“Ini satu daripada taktik pembohongan Zambry. Kami sendiri telah mengesahkan dengan Datuk Seri Anwar (Ibrahim), memang tidak betul. Kalau ada sekali pun, ramai lagi calon yang lebih hebat dan lebih layak daripada beliau.- harakahdaily
Nizar, ulamak lif naik turun ni bodoh betul dalam berpolitik. Tanya Anwar yang kaki temberang tentu jawapannya akan menyedapkan hati orang yang bertanya. Berapa lamakah Nizar Benggong ini kenal Anwar Ibrahim? Zambry Kadir tu dulu penyokong kuat Anwar sehingga ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan gerakan reformasi kerana sering ke Indonesia zaman hangat Keadilan berreformasi. Tapi Zambry tak terlibat lagi dengan politik Anwar setelah Anwar dipecat dari UMNO. Zambry ke Indonesia kerana mengajar di Universiti di sana, bukan menggerak reformasi dari sana, seperti Ezam dan lain-lain. Zambry ini geng Pemuda UMNO seangkatan Rahim Ghouse, Zahid Hamidi, Saifudin Nasution dan Roslan Kassim. Kalau Anwar nak cari calon MB dia nak cari siapa jika tidak kawan-kawan lamanya.

Malah Anwar juga mengakui ada bercakap dengan Zambry melalui telefon. Terpacul kata-kata pengakuan Anwar ini di Parlimen apabila leka dan hangat menjawab ucapan Nazri Aziz. Ini pun kawan lama Anwar juga.
Kata Anwar “merujuk kepada kenyataan Menteri Besar (Dr Zambry), saya buat pelawaan terbuka, bukan rahsia, Saya kata memandangkan apa yang ada pada pakatan rakyat (jumlah ahli parlimen) , saya pohon kerjasama rakan-rakan termasuk teman-teman saya (dalam BN) untuk bersama (Pakatan Rakyat).” “Saya buat secara terbuka. Bukannya rahsia atau janji wang.” .- agenda daily
Menurut Anwar, Zambry tidak tuntut jawatan atau wang daripadanya mahupun apa-apa perbincangan. Nazri yang menyambung hujah berkata, yang dimaksudkan (pujuk Zambry) bukan Anwar dan minta jangan bersikap ‘siapa makan cili berasa pedas’.

“Saya tak kata Yang Berhormat. Ini kerja-kerja Little Napoleons dalam PKR,” katanya.
Nazri Aziz tak kata Anwar yang pujuk Zambry, malah Zambry sendiri pun tak sebut Anwar yang pujuknya melompat ke PKR dan jadi MB Perak. Anwar sendiri yang terhegeh-hegeh mengaku ada bercakap dengan Zambry selepas PRU12, kononnya hanya bertanya khabar kawan lama. Sebelum ini Anwar dengan keras menafikan sebarang perbualan dengan Zambry. Mana satu yang nak pakai ni? Putar belit Anwar semakin menjerat dirinya sendiri. Apa komen Imam Besar PAS, N.Ajis? Bohong sunat ke bohong wajib ni? Bohong untuk lepas tengkok dari terjerat akhirnya menjerat juga!

Nizar boleh terus berbangga diri kononnya beliau adalah 'MB Perak pilihan rakyat', sedangkan perkara itu omong kosong semata-mata. Tidak pernah diadakan pilihanraya dalam mana-mana negri di Malaysia untuk melantik Menteri Besar malah Perdana Menteri sekalipun. Cuma tanggapan rakyat, Ketua Parti yang bertanding dalam pilihanraya sekiranya menang bakal menerajui kerajaan sebagai MB; seperti Hadi Awang, jika bertanding di Dun Terengganu dan PAS berjaya membentuk kerajaan maka Hadi Awang menjadi MB. Semasa Nizar bertanding di Pasir Panjang dalam PRU12, nama pakatan rakyat pun belum ujud. Bagaimana pula dia boleh mengaku bahawa beliau MB dipilih oleh rakyat. Sebenarnya Nizar adalah MB yang dipilih oleh DAP,PKR dan PAS sahaja, bukannya oleh rakyat. Nizar bukannya 'pemimpin nombor satu' kesepakatan PAS, PKR dan DAP sebelum PRU12. Malah nama Nizar dan siapa Nizar pun tidak ramai yang kenal. 


Artikel berkaitan di Mana Satu Betul? DS Anwar, DS Zambry atau PAS?
Category:
��