9:40 PM | Posted in
Sekarang sudah nyata siapa yang Muhyiddin maksudkan. Dr Halili Rahmat, pendokong gerakan reformasi dan antara pengasas Parti Keadilan Nasional keluar PKR dan menyertai UMNO. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media di PJ Hilton, 11 pagi 19 April 2010.

PETALING JAYA, 19 April — Jentera kempen pilihan raya PKR di Hulu Selangor menerima tamparan ekoran tindakan Bendahari PKR Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat memutuskan untuk keluar parti hari ini.
Beliau juga akan memohon untuk menyertai Umno memandangkan PKR sudah terkeluar dari landasan asal perjuangan. Keputusan itu diumumkan ketika kempen pilihan raya masuk hari ketiga hari ini.

Turut hadir pada sidang media yang diadakan di sini, bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.

Dr Halili, pakar saraf, merupakan salah seorang pengasas Parti Keadilan Nasional dan pernah bertanding pada pilihan raya umum 1999 dan 2004 di Hulu Selangor dan Batang Kali.

Beliau yang merupakan rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, salah seorang daripada 10 calon dihalusi pucuk kepimpinan parti untuk bertanding pilihan raya kecil ini.
Dr. Halili ternyata kecewa kerana tidak terpilih menjadi calon walaupun dijanjikan Anwar. Anwar dikatakan tunduk kepada tekanan 'firaun-firaun kecil' PKR seperti Tian Chua dan rakan-rakannya. Tian Chua tentunya akan menyanyikan lagu lama, 'Dr Halili dibeli oleh UMNO' sebagaimana juga terhadap mereka yang terdahulu meninggalkan PKR. Golongan Reformis peneraju gerakan reformasi semasa Anwar dipecat dan dipenjarakan sudah hilang kepentingan dan kedudukan dalam PKR baru.
Category:
��

Comments

0 responses to "PKR: Sah Dr Halili Rahmat Masuk UMNO !"