Nik Aziz sudah hilang fikiran waras atau dah hilang ingatan ? Dah nyanyuk ke? Atau dah buang tabiat......
N.Ajis, Ulama Terompah pujaan jutaan ramai, Mursyid Am PAS sendiri yang mengeluarkan kenyataan mempertikai titah perintah Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan mesjid sebagai medan politik semasa berkempen di pilihanraya kecil Hulu Selangor. Beliau dilaporkan berkata bahawa larangan itu adalah amalan sekular, peninggalan British yang masih diamalkan oleh mereka yang kurang pengetahuan agama. Malah beliau sekali lagi mengulangi kenyataan yang sama ketika menyampaikan ceramah di kampung Kubang Batang, Wakaf Baru sehari setelah Sultan Selangor mengulangi titah perintahnya berhubung perkara demikian.
Sultan Selangor juga bertitah barang siapa yang tidak mahu ikut peraturan dan undang-undang di Selangor, jangan datang ke Selangor. Jelas titah Sultan Selangor ditujukan kepada Nik Aziz yang mengeluarkan kenyataan mempertikai titah Sultan Selangor semasa bertandang ke Selangor dalam usaha berkempen untuk Zaid Ibrahim semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor. Zaid Ibrahim bagaimanapun tewas kepada calon muka baru BN Kamalanathan.
Kenyataan Najib yang disiarkan oleh akhbar mengulas kenyataan N.Ajis bukannya fitnah kerana ia sungguh jelas N.Ajis mempertikai titah Sultan Selangor. N.Ajis seolah-olah mencari jalan agar tidak dipersalahkan atas kegagalan beliau meraih undi untuk Zaid. Kehadiran N.Ajis di Hulu Selangor tidak mendapat sambutan yang diharapkan oleh PAS dan PKR. PKR menyalahakn PAS atas kekalahan Zaid Ibrahim. Sabotaj oleh ahli PAS di Hulu Selangor yang tidak bersetuju dengan pencalonan Zaid di Hulu Selangor sukar dinafikan.
Siapa yang mengeluarkan kenyataan ini :
Ini kenyataan siapa pula :“Siapa ajar tidak boleh cakap politik dalam masjid. Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh Muslim.
“Sungguh dukacita, inilah politik, ini kerja saki baki ajaran penjajah Barat yang mengasingkan agama dan politik,”
“Baso bodo payoh nak ajar (jenis bodoh susah hendak diajar), ini lah sikap orang yang amal politik suku agama suku,”
N.Ajis kini sudah menjadi liabiliti kepada PAS. Akal fikirannya sudah tercemar dengan percaturan politik kotornya. N.Ajis sudah tidak lagi mampu membezakan antara yang benar dan salah. Jasad dan akal sudah lemah dan gagal berfungsi dengan baik. Sudah masanya N.Ajis meninggalkan segala jawatan duniawi. Kedegilan N.Ajis serupa dengan Samy Vellu, tidak ada bezanya antara keduanya. Patutlah Husam Musa merancang untuk menjahanamkan N.Ajis melalui hanturayanya Syed Azidi 'kickdefella' Syed Aziz kerana sudah tidak tahan menunggu N.Ajis berundur.
Wali Selipar, Ulama Terompah~ gelaran sesuai masakini untuk N.Ajis.
Selipar dan terompah itu lebih sesuai jika disumbat ke mulut celuparnya.....
Sultan negeri sendiri pun tak hormat masakan Sultan Negeri Orang
Tinggi makam N.Ajis... pujaan orang PAS yang sesat, memuja manusia itu apa hukumnya ?
Wali Selipar, Ulama Terompah~ gelaran sesuai masakini untuk N.Ajis.
Selipar dan terompah itu lebih sesuai jika disumbat ke mulut celuparnya.....
Sultan negeri sendiri pun tak hormat masakan Sultan Negeri Orang
Tinggi makam N.Ajis... pujaan orang PAS yang sesat, memuja manusia itu apa hukumnya ?
0 responses to "Nik Aziz Minta Najib Tarik Balik "Tuduhan Fitnah"?"