11:49 PM | Posted in
Setiap kali diadakan pilihanraya samada Pilihanraya Kecil malah Pilhanraya Umum , 'Pengundi Hantu' akan menjadi perkataan yang keluar dari buah mulut orang-orang banggang dalam PAS dan PKR. Lagu lama ini akan didendangkan oleh tukang-tukang karut PAS dan PKR bermula dari hari penamaan calon sehinggalah selesai pilihanraya jika sekiranya mereka menang. Namun sekiranya PAS atau PKR mengalami kekecewaan atau kecundang dalam perebutan kerusi DUN atau Parlimen tersebut, maka ianya akan terus didendangkan sampai bila-bila seperti yang berlaku sekarang di Hulu Selangor.

Siapa sebenarnya ''Pengundi Hantu"?
PAS dan PKR sering mendakwa BN membawa masuk individu-individu tertentu dalam jumlah yang ramai untuk memenangkan calon-calon BN dalam pilihanraya. Satu dongengan karut marut kepercayaan puak bangang politik dalam PAS dan PKR. Malah pimpinan tertinggi PAS dan PKR juga tidak terkecuali dari kepercayaan karut marut ini, seperti Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua AMK PKR dalam pilihanraya kecil di Hulu Selangor.

BN sebagaimana parti-parti lawan BN pun akan mengambil inisiatif membawa pulang pengundi-pengundi berdaftar dalam kawasan pilihanraya berkenaan yang telah dikenalpasti menyokong mereka dari luar kawasan pilihanraya untuk mengundi dalam pilihanraya bagi memastikan calon parti masing-masing menang. Ini bukan pengundi hantu, ini pengundi luar; takrifan yang diguna pakai oleh kesemua parti politik bagi mengklasifikasikan penyokong parti masing-masing yang berada di luar kawasan pilihanraya. Inikah 'Pengundi Hantu' ? Ini adalah pengundi-pengundi berdaftar yang sah, jika nama-nama mereka disenaraikan sebagai pengundi kawasan berkenaan dalam Daftar Pemilih yang dikeluarkan dan disahkan oleh SPR. Apa pula salahnya ?

Hanya kerana ada beberapa nama pengundi dalam Daftar Pemilih yang tidak dapat dikenal pasti oleh parti-parti politik maka mereka-mereka ini dikatakan pengundi hantu? Sebelum ini, kelonggaran diberikan untuk mendaftar di mana-mana kawasan atau pemilih boleh menentukan di kawasan manakah mereka ingin didaftarkan sebagai pemilih. Justeru itu kadangkala ada yang mendaftarkan nama mereka di tempat yang mereka tinggal walaupun tidak mengemaskinikan alamat terbaru di Kad Pengenalan mereka. Malah ada yang sengaja mendaftar di kawasan yang diwakili oleh pemimpin sokongan mereka. Pada masa kini peraturan baru menetapkan pemilih akan didaftarkan mengikut alamat yang tertera di kad pengenalan mereka bagi pemilih baru dan juga pemilih yang ingin berpindah kawasan.

Sebelum peraturan baru dikuatkuasakan, PAS adalah parti yang paling aktif menggunakan peluang ini untuk memindahkan peyokong-penyokong mereka dari kubu kuat PAS yang sudah pasti calon PAS boleh menang ke kawasan yang PAS fikir boleh menang dimana perbezaan sokongan adalah marginal. Ini bertujuan untuk PAS menguasai lebih banyak kawasan pilihanraya dalam strategi membentu kerajaan di negeri-negeri tertentu. Ini dilakukan di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Malah perbuatan ini diakui oleh Azizan Razak yang kini MB Kedah.
`ALOR SETAR 5 Sept 2002. - Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizan Abdul Razak hari ini mengakui Pas memang melakukan pemindahan para pengundinya dari satu kawasan ke kawasan sasaran sebagai strategi menawan Kedah.

Menurut beliau, pelan tindakan itu memang terkandung dalam kertas kerja bertajuk Tahun Tawan Kedah 2003 atau 2TK yang diputuskan di seminar Pas pada tahun 2000.`Memang kita buat begitu (pindah pengundi) untuk memenangi pilihan raya setelah kita menang 12 DUN dan lapan Parlimen di Kedah pada pilihan raya 1999.
``Selain itu, kami menyedari akan berlaku persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2002,'' katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sala. Beliau menegaskan bahawa matlamat parti itu ialah untuk memenangi dua hingga empat lagi kerusi Parlimen dan antara 10 hingga 12 kerusi DUN dalam pilihan raya akan datang.
Dalam setiap pilihanraya kecil parti-parti yang bertanding akan membawa ramai petugas-petugas parti untuk membantu gerakkerja pilihanraya. Ini dilakukan oleh BN, jga PAS dan PKR serta parti-parti lain. Tiada salah membawa petugas-petugas untuk membantu gerakkerja parti. Malah kadangkala jumlah petugas parti melebihi jumlah pemilih di kawasan berkenaan.

Pemuda PAS dan PKR cukup gemar menahan bas. Semasa PRK Permatang Pauh, Gobalakrishnan AP Padang Serai turut serta menahan bas yang didakwa membawa pengundi hantu. Nasaharudin Mat Isa bersama hulubalang-hulubangnya juga turut menahan bas semasa PRK Pendang dan Anak Bukit. Di Hulu Selangor ahli-ahli AMK PKR dilaporkan menahan 10 buah bas yang kononnya membawa pengundi hantu untuk mengundi di 'Hulu Selangor'. Apakah prosedur SPR begitu lemah sehinggakan siapa sahaja boleh mengundi di sesuatu pilihanraya dengan mudah? Apakah bukti kad pengenalan bergambar begitu senang didapati untuk tujuan penipuan tersebut?

'Pengundi hantu' sebenarnya tidak ujud dan ia hanya karut-marut pihak tertentu dalam meraih sokongan semata-mata. Jika ada sekalipun, ia mungkin pemilih-pemilih yang telah meninggal dunia tetapi nama-nama mereka belum dibersihkan atau dikeluarkan dari daftar pemilih. Ini benar-benar hantu, jika nama-nama tersebut datang mengundi!

Ini semua menggambarkan betapa fobianya PAS dan PKR mengharungi pilihanraya...
Category:
��

Comments

0 responses to "PAS, PKR dan 'Pengundi Hantu'"