6:35 PM | Posted in

Calon muka baru Barisan Nasional, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1725 undi mengalahkan Zaid Ibrahim, seorang tokoh politik ternama calon PKR. Kamalanathan meraih sebanyak 24,997 undi mengatasi Zaid Ibrahim yang mendapat 23,272 undi. Pada Mac 2008, Dato' Zainal (PKR) mendapat sebanyak 23,177 undi mengalahkan calon BN, G Palanivel yang mendapat 22,979 undi dengan majoriti hanya 198 undi.

Jumlah pengundi berdaftar pada yang layak mengundi pada Mac 2008 adalah seramai 63,393 manakala pada pilihanraya kecil ini ianya berjumlah seramai 64,500; pertambah seramai 907 orang. Seramai 48,935 pengundi telah keluar mengundi dalam PRK ini berbanding seramai 47,845 orang pada Pilihanraya Umum Mac 2008. Peratusan keluar mengundi meningkat sebanyak 0.64 % dari 75.24% (Mac 2008) ke 75.80% pada hari semalam.


Keputusan ini yang menyaksikan kekalahan Zaid Ibrahim merencatkan perancangan Anwar Ibrahim untuk Zaid mengambilalih teraju kepimpinan PKR pada masa terdekat sekiranya Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan atas kesalahan meliwat pembantu khasnya yang sedang dibicarakan di mahkamah. Kegagalan Zaid Ibrahim mengekalkan kerusi Hulu Selangor di tangan PKR bermakna PKR kehilangan satu lagi kerusi di Parlimen setelah empat Ahli Parlimennya mengambil tindakan keluar parti dan menjadi Bebas. Harapan Anwar untuk menjadikan Zaid Ibrahim 'sidekick' beliau yang lantang bersuara di Parlimen kini hancur.

Kekalahan Zaid Ibrahim di tangan seorang muka baru, berkemungkinan menjadi permulaan kepada berakhirnya karier politik Zaid Ibrahim. Zaid ternyata tersangat kecewa dengan kekalahan ini. Pencalonan Zaid yang dibuat oleh Anwar di sebalik tentangan dari sebilangan pimpinan PKR pusat dan PKR Hulu Selangor sendiri yang mahukan Dr Halili Rahmat, Bendahari PKR Hulu Selangor, sebagai calon ternyata tersalah perkiraan dan percaturan di pihak Anwar. Zaid Ibrahim yang dilabel sebagai Melayu Liberal dan kurang Islamik ternyata calon yang salah untuk Hulu Selangor, sebuah kawasan sub-urban dan perkampungan. Tabiat buruk Zaid sebagai peminum arak dan penggiat judi lumba kuda ternyata ditolak oleh pengundi-pengundi Melayu yang masih konservatif di Hulu Selangor walaupun menerima sokongan dari pengundi-pengundi Cina yang tiada masalah dengan judi dan arak yang menjadi darah daging mereka.

Kehadiran N.Ajis, ikon PAS dalam kempen untuk memenangkan Zaid juga tidak memberi kesan atau merubah sokongan pengundi-pengundi Melayu yang sekian lama menjadi pendokong UMNO. Malah keceluparan mulut N.Ajis yang mempertikaikan titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan mesjid dan surau sebagai gelanggang berpolitik juga memberi kesan kepada sokongan terhadap Zaid. Malah seruan kenegerian N.Ajis yang meminta pengundi asal Kelantan mengundi Zaid yang juga dari Kelantan, atas alasan kononnya di Kelantan banyak sekolah pondok dan orang Kelantan faham halal haram dalam Islam, 'backfired', memakan diri. Sejarah kehidupan Zaid sebagai seorang peminum arak dan penggiat judi lumba kuda yang diakui sendiri oleh beliau gagal dipadamkan N.Ajis dari pemikiran pengundi-pengundi Melayu di Hulu Selangor. Kehadiran N.Ajis di Hulu Selangor hanya menerima sambutan yang hambar. Ternyata N.Ajis yang baru pulang dari mengerjakan umrah gagal 'mensucikan' Zaid Ibrahim dari 'dosa-dosa besar'nya.

Pengundi-pengundi Cina terus memberi sokongan kuat kepada calon PKR. Malah dari analisis awal menunjukkan peningkatan sokongan kepada PKR walaupun tidak mencapai sasaran 80% yang diletakkan oleh Lim Kit Siang. Pengundi-pengundi India sebilangan besar telah kembali menyokong BN, berkemungkinan atas dasar calon yang dipertandingkan dan kenyataan Samy Vellu yang akan 'bersara lebih awal'-sebelum 2012-dari MIC. Walaubagaimanapun undi protes masih ujud dari kalangan pengundi-pengundi Melayu yang mahukan calon Melayu bertanding dan dari pengundi-pengundi India yang masih mahukan G.Palanivel bertanding.

Ternyata Lim Kit Siang paling kecewa dengan kekalahan Zaid Ibrahim, kerana prinsip Zaid Ibrahim yang selari dengan perjuangan DAP, Malaysian Malaysia yang kini diubah menjadi Middle Malaysia. Zaid yang sanggup mengorbankan kepentingan Melayu atas dasar kesamarataan dan kebebasan beragama yang terlampau liberal disokong sepenuhnya oleh Kit Siang. Kit Siang tentunya seronok sekiranya lebih ramai orang Melayu berfikiran seperti Zaid yang akan membawa kepada kejayaan perjuangan DAP dan Kit Siang. Dalam perhimpunan selepas pengumuman kekalahan Zaid Ibrahim di Stadium Kuala Kubu Baru, Kit Siang paling keras bersuara mengulas kekalahan Zaid. Tiada Anwar, tiada Hadi Awang di situ. Lim Kit Siang telah bersuara bagaikan dirinya ketua kepada pakatan itu.

Apakah ini langkah awal Lim Kit Siang untuk mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen dari tangan Anwar setelah kerusi PKR makin berkurangan? Mungkinkah Kit Siang sudah mula hilang kepercayaan terhadap kredibiliti Anwar untuk terus memimpin pakatan yang sememangnya tidak pernah ada kecuali untuk mendapat kemenangan dalam pilhanraya kerana Anwar mampu membawa sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada DAP?

Kegagalan Zaid Ibrahim mempertahankan kerusi Hulu Selangor untuk PKR juga berpunca dari masalah dalaman PKR sendiri selain tentangan terhadap pencalonannya. Jentera pilihanraya PKR adalah terlemah di antara kalangan sekutu-sekutunya yang lain, DAP dan PAS. DAP hanya boleh menggerak kempen di kalangan pengundi-pengundi Cina dan India. DAP tidak mampu berkempen di kalangan pengundi Melayu kerana penolakan Melayu terhadap DAP masih kuat.

Tugas berat untuk meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu yang merupakan 52% dari jumlah pengundi keseluruhan diletakkan tanggungjawab kepada PAS sehinggakan Hadi Awang pun terpaksa berkampung di Felda. N.Ajis yang baru balik umrah juga terpaksa turun padang. PAS juga merungut akan kelembapan dan tidak efisen jentera PKR sendiri, kerana jentera pilihanraya PAS lebih tersusun dan efektif malah lebih berpengalaman dari jentera PKR mahupun DAP. Kekuatan jentera pilihanraya PAS terbukti banyak memberi kemenangan kepada PKR dan DAP sebelum ini. Kerusi Hulu Selangor adalah kerusi tradisi PAS dan PAS hanya tidak bertanding di kerusi ini pada PRU 2008 kerana memberi laluan kepada PKR dan dalam PRK ini. PAS tentunya lebih arif tentang selok belok di Hulu Selangor. Peranan jentera PAS pada awalnya tersekat-sekat kerana perlu mengikut di belakang gerakan jentera PKR yang tidak efisen dan kelam kabut. Setelah empat hari berkempen, PAS mengambil keputusan untuk bertindak lebih agresif dan mengatur gerakkerja kempennya tanpa PKR.

PKR terdiri dari ramai penyokong-penyokong yang hanya pandai membuat kacau bilau, bangga dengan gerakan revolusioneri, kononnya reformasi tetapi tidak tahu lansung menjalankan kerja kempen untuk pilihanraya sebagaimana jentera PAS. Kejayaan PKR pada PRU lalu, bukannya kerana kepandaian mereka meraih sokongan tetapi kerana peralihan sokongan pengundi-pengundi yang mengundi 'asal bukan BN'. Malah dalam setiap pilihanraya-pilihanraya kecil selepasnya, PAS merupakan tulang belakang dan nadi jentera pilihanraya pakatan PKR-DAP-PAS. Malangnya PAS terus-menerus dianggap hanya penumpang dalam 'pakatan' yang dimonopoli kuasa oleh Anwar dan Kit Siang. Suara Anwar dan Kit Siang meneggelamkan suara Hadi Awang dalam pakatan mereka. Banyak keputusan yang dibuat oleh Anwar sendiri dipengaruhi oleh Lim Kit Siang.

Kegagalan Zaid Ibrahim memenangi kerusi Hulu Selangor akan memberi impak besar terhadap krediliti dan survival politik dirinya sendiri dan juga PKR serta PAS dan DAP. Walau apa pun alasan dan penyebab kekalahan Zaid Ibrahim di tangan Kamalanathan, calon muka baru, keputusan telah membuktikan Zaid Ibrahim dan PKR ditolak oleh majoriti pengundi-pengundi di Hulu Selangor. Zaid Ibrahim sebelum ini telah menyatakan beliau bertanding dalam pilihanraya kecil yang tidak adil di pihaknya. malah selepas diumuman keputusan Zaid memberikan pelbagai alasan atas kekalahannya.

Bagaimana Zaid Ibrahim akan mengorak langkah seterusnya sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat setelah kecundang untuk mendapat kerusi Parlimen? Apakah Zaid Ibrahim akan bekerja kuat seterusnya untuk mendapatkan kerusi Hulu Selangor pada PRU akan datang atau mengalih pandangan ke kerusi-kerusi lain? Apakah berkemungkinan Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi Bandar Tun Razak untuk membolehkan Zaid Ibrahim sekali lagi mencuba nasib untuk ke Parlimen, jika diminta oleh Anwar? Kerusi Bandar Tun Razak adalah lebih sesuai untuk seorang seperti Zaid Ibrahim. Mungkinkah Zaid Ibrahim akan diletakkan di kerusi Batu setelah Tian Chua terpakasa mengosongkannya kerana dijatuhi hukuman yang menghilangkan kelayakan beliau sebagi Ahli Parlimen kerana mencederakan seorang anggota polis?

Dan persolan yang sukar untuk dijawab, apakah PKR tidak akan kecundang di Hulu Selangor jika mencalonkan calon lain selain Zaid Ibrahim ? Contohnya Dr Halili Rahmat dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor ini ???
Category:
��

Comments

0 responses to "Hulu Selangor: BN Menang 1725 Majoriti"