Zaid Ibrahim, calon PKR di Hulu Selangor dengan yakin mengatakan bahawa beliau tidak berjudi walaupun beliau memiliki kuda lumba. Zahid mungkin tidak berjudi tetapi jelas Zaid terlibat dengan judi. Kudanya menjadi taruhan mereka yang berjudi. Zaid seorang yang bijak tetapi gagal melihat penglibatan dirinya dengan perjudian lumba kuda. Perjudian lumba kuda adalah satu jenis perjudian berlesen. Samada dia bertaruh atau tidak dalam perlumbaan kuda, Zaid tetap terpalit dengan perjudian tersebut apabila kuda-kuda miliknya berlumba dan pejudi-pejudi lain membuat taruhan atas perlumbaan tersebut.
Bagi Zaid Ibrahim, perlumbaan kuda yang melibatkan taruhan wang adalah sejenis sukan.
Betapa ceteknya ilmu agama Zaid Ibrahim, ini bukan pendekatan liberal tetapi kecetekan ilmu agama. Jika memiliki kuda untuk sukan polo, equestrian seperti show jumping atau steeplechase, endurance race boleh juga dikatakan bersukan. Kes zaid jelas untuk perlumbaan yang melibatkan perjudian.
Zaid Ibrahim mengakui pernah memiliki kuda lumba yang terlibat dengan perlumbaan di New Zealand dan Singapura (Singapore Turf Club) diberi nama 'Kelantan'. Beliau juga mengakui memiliki tiga lagi kuda lumba di New Zealand dan satu 'thoroughbred' di Australia. Mengikut log jual beli kuda lumba di New Zealand, pemilikan tiga kuda lumba tersebut dibuat oleh Zaid Ibrahim pada awal 2009. Pembelian tiga 'yearling', iaitu anak-anak kuda lumba mengikut bahasa industri lumba kuda. Apakah kuda-kuda lumba tersebut masih dalam milikan Zaid? atau sudah dipindah milik sejak beliau menyertai PKR? Pada hujung tahun lalu, 2009, Zaid juga telah mengerjakan haji. Malah Haji Hadi dengan pasti dan yakin menyatakan Zaid Ibrahim sudah bertaubat kerana telah mengerjakan haji dan umrah.
Bagaimana Haji Hadi boleh yakin dengan taubat Zaid Ibrahim, sekiranya baru semalam Zaid Ibrahim membuat kenyataan bahawa lumba kuda itu adalah sejenis sukan dan bukannya judi?
Persoalan bukannya kewibawaan dan ketokohan Zaid Ibrahim sebagai seorang pemimpin; tetapi kesesuaian pegangan dan prinsip beliau untuk menjadi seorang pemimpin/ahli Parlimen di Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Pendirian liberal Zaid dalam isu Islam dan Melayu yang menjadi persoalan. Pendirian PAS yang tunduk kepada kehendak sekutu dan kesanggupan meninggalkan perjuangan utama hanya kerana mempertahankan sekutu politik juga menjadi tanda tanya.
Zaid Ibrahim memang lantang dan jelas berhubung kesamarataan, keadilan dan keterbukaan mengikut perspektif beliau sendiri. Namun pendiriannya berhubung perundangan Islam, Mahkamah Syariah, dan kebebasan beragama perlu dipersoal. Beliau jelas sekali menyokong isu murtad atas konsep kebebasan beragama, mempertikai perundangan Islam, menolak dan mempertikai hak keistimewaan Melayu walaupun beliau sendiri telah mendapat kesenangan dan manafaat lansung dari dasar ini.
Apakah ini keadilan, setelah beliau sendiri mendapat nikmat dari dasar tersebut, beliau menafikan orang lain lain untuk turut mendapat hak yang sama? Apakah Zaid Ibrahim akan kaya raya jika tidak diberi 'tongkat' dan 'pilih kasih' oleh kerajaan memerintah dalam memperkembangkan firma guamannya? Zaid&Co adalah firma guaman yang digunakan oleh PTPTN hingga kini, dan Zaid&Co adalah firma guaman yang menguruskan kontrak dan dokumen perjanjian konsesi lebuhraya PLUS.
Zaid Ibrahim telah diberi peluang untuk mebarisi kabinet Tun Abdullah. Zaid seharusnya berjuang atas prinsip yang dipegangnya dan merubah dari dalam apa yang perlu diubah mengikut persepsinya. Bukannya melahirkan kekecewaan dan kemarahan dengan meletakkan jawatan yang dipercayakan Tun Abdullah ke atasnya. Peluang telah diberikan kepada Zaid untuk berperanan, namun ia telah dipersiakan. Tindakan Zaid meletakkan jawatan Menteri dalam kabinet Tun Abdullah bukannya satu tindakan 'heroic' sebagaimana yang dijaja sekutu politiknya kini. Tun Abdullah membuka ruang untuk perubahan dan keterbukaan dan mengundang Zaid untuk bersamanya, namun Zaid separuh jalan meninggalkan Tun Abdullah kerana tidak tahan dengan tekanan dan desakan rakan-rakan kabinet. Ini menunjukkan kurangnya ketahanan dan daya juang Zaid Ibrahim. Adalah salah tafsiran dengan memuji Zaid kerana rela melepaskan jawatan Menteri Kabinet. Zaid Ibrahim sepatutnya menghabiskan apa yang beliau mulakan dan bukannya berhenti di separuh jalan....
~Tunggu fatwa Nik Aziz~
Lumba kuda itu sukan. Nabi pun dulu anjur lumba kuda. Dan berkuda itu juga sunnah Nabi.
Apakah hadis-hadis ini akan menjadi rujukan Nik Aziz ?
" Terdapat banyak keberkatan dalam pemeliharaan kuda" (Kitab Masnab)
" Belajarlah memanah dan menunggang kuda" ( Hadith Muslim)
~Tunggu fatwa Nik Aziz~
Lumba kuda itu sukan. Nabi pun dulu anjur lumba kuda. Dan berkuda itu juga sunnah Nabi.
Apakah hadis-hadis ini akan menjadi rujukan Nik Aziz ?
" Terdapat banyak keberkatan dalam pemeliharaan kuda" (Kitab Masnab)
" Belajarlah memanah dan menunggang kuda" ( Hadith Muslim)
0 responses to "Zaid :Lumba kuda itu sukan"