Dr Zambry Abd Kadir, MB Perak mendedahkan bahawa beliau ditawarkan oleh pemimpin tinggi PKR pada masa itu jawatan MB Perak selepas PRU12 manakala Tajol Rosli pula berkata ada 3 Adun BN ditawarkan jawatan MB. Ketiga Adun ini ditawarkan jawatan tersebut sekiranya 'melompat' menyertai PKR. Tajol Rosli dikatakan antara tiga Adun tersebut, manakala seorang lagi kemungkinan besar Raja Ahmad Zainudin, Kubu Gajah.
Pendedahan ini adalah tamparan hebat kepada Nizar yang merupakan calon keenam MB Perak. Nizar tersangat bangga apabila dilantik sebagai MB Perak, boneka DAP, sedangkan beliau adalah calon terakhir dipertimbangkan oleh sekutu-sekutu politiknya di Perak. Hanya kerana Sultan Perak enggan mengenepikan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang menghalang perlantikan MB Perak dari kalangan bukan Melayu dan Islam. Jika tidak, Nizar Gila pun tak merasa menjadi MB selama 11 bulan di Perak. James Ngeh Koo Ham, seorang Cina beragama Kristian, wakil DAP yang sepatutnya menjadi MB. Apa yang menghalang perlantikan James Ngeh sebagai MB hanyalah perkenan Sultan Perak. Tidak terkecuali Jamaludin Radzi , Behrang juga adalah calon untuk MB dari PKR yang menang lebih banyak kerusi dari PAS, cuma bekas posmen ini tidak dipersetujui dan diperkenankan oleh Anwar untuk MB Perak. Sejarah membuktikan perlantikan MB Perak mengambil masa yang terpanjang dalam pembentukan kerajaan-kerajaan negeri selapas PRU12. Kenapa berlaku demikian adalah kerana masalah dalam menentukan siapa paling layak jadi MB.
Pendedahan Zambry amat memalukan Nizar! Nizar sememangnya patut malu dengan diri sendiri yang merupakan calon pilihan terakhir pimpinan tertinggi sekutu-sekutu politiknya.
Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ‘pendedahan’ itu juga merupakan cara Zambry menggambarkan kepada umum bahawa beliau merupakan calon paling layak memegang jawatan Menteri Besar.
“Ini satu daripada taktik pembohongan Zambry. Kami sendiri telah mengesahkan dengan Datuk Seri Anwar (Ibrahim), memang tidak betul. Kalau ada sekali pun, ramai lagi calon yang lebih hebat dan lebih layak daripada beliau.- harakahdaily
Nizar, ulamak lif naik turun ni bodoh betul dalam berpolitik. Tanya Anwar yang kaki temberang tentu jawapannya akan menyedapkan hati orang yang bertanya. Berapa lamakah Nizar Benggong ini kenal Anwar Ibrahim? Zambry Kadir tu dulu penyokong kuat Anwar sehingga ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan gerakan reformasi kerana sering ke Indonesia zaman hangat Keadilan berreformasi. Tapi Zambry tak terlibat lagi dengan politik Anwar setelah Anwar dipecat dari UMNO. Zambry ke Indonesia kerana mengajar di Universiti di sana, bukan menggerak reformasi dari sana, seperti Ezam dan lain-lain. Zambry ini geng Pemuda UMNO seangkatan Rahim Ghouse, Zahid Hamidi, Saifudin Nasution dan Roslan Kassim. Kalau Anwar nak cari calon MB dia nak cari siapa jika tidak kawan-kawan lamanya.
Malah Anwar juga mengakui ada bercakap dengan Zambry melalui telefon. Terpacul kata-kata pengakuan Anwar ini di Parlimen apabila leka dan hangat menjawab ucapan Nazri Aziz. Ini pun kawan lama Anwar juga.
Kata Anwar “merujuk kepada kenyataan Menteri Besar (Dr Zambry), saya buat pelawaan terbuka, bukan rahsia, Saya kata memandangkan apa yang ada pada pakatan rakyat (jumlah ahli parlimen) , saya pohon kerjasama rakan-rakan termasuk teman-teman saya (dalam BN) untuk bersama (Pakatan Rakyat).” “Saya buat secara terbuka. Bukannya rahsia atau janji wang.” .- agenda daily
Menurut Anwar, Zambry tidak tuntut jawatan atau wang daripadanya mahupun apa-apa perbincangan. Nazri yang menyambung hujah berkata, yang dimaksudkan (pujuk Zambry) bukan Anwar dan minta jangan bersikap ‘siapa makan cili berasa pedas’.
“Saya tak kata Yang Berhormat. Ini kerja-kerja Little Napoleons dalam PKR,” katanya.
Nazri Aziz tak kata Anwar yang pujuk Zambry, malah Zambry sendiri pun tak sebut Anwar yang pujuknya melompat ke PKR dan jadi MB Perak. Anwar sendiri yang terhegeh-hegeh mengaku ada bercakap dengan Zambry selepas PRU12, kononnya hanya bertanya khabar kawan lama. Sebelum ini Anwar dengan keras menafikan sebarang perbualan dengan Zambry. Mana satu yang nak pakai ni? Putar belit Anwar semakin menjerat dirinya sendiri. Apa komen Imam Besar PAS, N.Ajis? Bohong sunat ke bohong wajib ni? Bohong untuk lepas tengkok dari terjerat akhirnya menjerat juga!
Nizar boleh terus berbangga diri kononnya beliau adalah 'MB Perak pilihan rakyat', sedangkan perkara itu omong kosong semata-mata. Tidak pernah diadakan pilihanraya dalam mana-mana negri di Malaysia untuk melantik Menteri Besar malah Perdana Menteri sekalipun. Cuma tanggapan rakyat, Ketua Parti yang bertanding dalam pilihanraya sekiranya menang bakal menerajui kerajaan sebagai MB; seperti Hadi Awang, jika bertanding di Dun Terengganu dan PAS berjaya membentuk kerajaan maka Hadi Awang menjadi MB. Semasa Nizar bertanding di Pasir Panjang dalam PRU12, nama pakatan rakyat pun belum ujud. Bagaimana pula dia boleh mengaku bahawa beliau MB dipilih oleh rakyat. Sebenarnya Nizar adalah MB yang dipilih oleh DAP,PKR dan PAS sahaja, bukannya oleh rakyat. Nizar bukannya 'pemimpin nombor satu' kesepakatan PAS, PKR dan DAP sebelum PRU12. Malah nama Nizar dan siapa Nizar pun tidak ramai yang kenal.
Artikel berkaitan di Mana Satu Betul? DS Anwar, DS Zambry atau PAS?
0 responses to "Tukang Spin PAS dan PKR tolong jawab Ni!"