7:11 AM | Posted in
Wee Choo Keong, AP Wangsa Maju PKR mengecam hebat 'rakan-rakan'nya dalam PKR yang mempertikaikan beliau yang turut serta dalam rombongan ke Washington DC bersama Nazri Aziz di Parlimen semasa membahas usul terima kasih titah ucapan YDPAgong.. Beliau juga memanggil mereka ini 'little Napoleons'. 

Petikan ucapan beliau di weechookeong.wordpress.com
Segelintir little napoleon sanggup melakukan apa sahaja termasuk “manufacturing lies” dengan izin seperti dengan “superimposed” gambar dan diterbit dalam internet untuk fitnah dan mengaibkan tokoh politik negara semata-mata. Tindakan FITNAH ini telah diakui oleh little napoleon tertentu tetapi tiada tindakan diambil terhadap dia. Sebaliknya tidakan disiplin diambil terhadap peminpin lain atas perkara yang temeh remeh.



If these little napoleon could stoop so low to do such thing like superimpose picture to defame others for political reason, nothing on earth will stop them from destroying the country, degan izin.



Saya juga amat kesal dengan tingkah laku Little Napoleons terhadap isu-isu yang dibangkitkan mengenai dengan peristiwa September 16 atau isu-isu yang lain di Parlimen atau di luar, tidak dijawab langsung. Jawapan little napoleons adalah serangan pribadi “in the hope that all will be well and the public will be fooled again”, dengan izin. Little napoleons, nasihat saya adalah: If you have no answers to what have been said just hide under the saying “SILENCE IS GOLDEN’, dengan izin.



Saya juga berharap bahawa the little napoleons tersebut jangan memaksakan saya untuk membongkarkan politics of deceit, politics of expediencies mereka dengan izin dan politik cakap tak serupa bikin atau politik bermusim.
Zulkifli Nordin, Kulim Bandar Baru yang disingkirkan dari PKR juga mendedahkan perkara yang sama di Parlimen minggu lalu. Beliau juga menyatakan tedapatnya 'Firaun-Firaun' kecil dalam PKR yang cuba untuk mengenepikan beliau dari PKR.

Sebelum ini Zulkifli Nordin dituduh oleh penyokong PR dengan pelbagai tuduhan apabila mendedahkan kepincangan amalan politik dalam PKR. Zulkifli Nordin juga mendedahkan bagaimana beliau diminta untuk membuat akuan palsu untuk memfitnah beberapa pemimpin kerajaan. Beliau juga mendedahkan ditawarkan 'ganjaran yang mengoncang iman' untuk melakukan fitnah-fitnah tersebut.

Zahrain Hashim yang keluar menjadi Bebas juga tidak terkecuali dari tuduhan-tuduhan apabila mendedahkan kegagalan percubaan menggulingkan kerajaan BN pada 16 Sep 2008. Tidak terkecuali juga Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzli. Mereka dituduh menjadi 'anjing BN' dan asakar upahan BN untuk menghentam Anwar dan sekutunya.

Zahrain, Tee Beng dan Mohsin meninggalkan PKR dan menjadi BEBAS. PKR menuduh mereka 'dibeli oleh BN', peliknya Zul Nordin yang dipecat dari PKR juga dituduh dibeli oleh BN. Keempat-empat mereka juga dituduh membuat ucapan dan kenyataan mengikut 'skrip yang disediakan oleh UMNO dan BN' menghemtam PKR dan Anwar serta sekutunya.

Wee Choo Keong sebelum ini pernah dikatakan akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin PKR kerana mengkritik Guan Eng. Beliau juga baru-baru ini mencabar Karpal Singh untuk membuat kenyataan rasmi bahawa Karpal telah 'memaafkan' Anwar atas apa yang berlaku di Perak. Karpal tahun lalu telah meminta Anwar untuk bertaubat kerana menggalakkan wakil rakyat 'lompat parti' hingga tumbang kerajaan DAP di Perak.

Pendedahan Choo Keong menjelaskan bagaimana PKR dikerumuni oleh individu-individu rendah moral dalam berpolitik dan mengamalkan cara berpolitik yang buruk perlakuan. Bagi PKR matlamat politiknya menghalalkan amalan-amalan dan pendekatan PKR berpolitik; manakala kepentingan politik peribadi dan sekutu mengatasi kepentingan negara dan rakyat.

Apakah rakyat masih belum sedar dengan segala pendedahan yang dibuat oleh Wee Choo Keong, Zulkifli Nordin, Zahrain Hashim mengenai Anwar, PKR dan sekutunya?

Apa reaksi Anwar dan PKR atas ucapan dan pendedahan Wee Choo Keong? Apa tindakan PKR terhadap Choo Keong?


Category:
��

Comments

0 responses to "Nik Aziz 'sayang' PKR, Parti Firaun"