Tan Wei Shu, ADUN Bakar Arang, Kedah pula keluar PKR. Ini berikutan Tan Wei Shu hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR dan mengumumkan menjadi Bebas. Tan Wei Shu baru-baru digugurkan oleh Azizan Razak, MB Kedah dari anggota EXCO Negeri atas kehendak PKR. Tan digantikan dengan seorang lagi wakil PKR yang menjadi ADUN Sidam.
Tan Wei Shu menjadi ADUN kedua dari PKR yang keluar PKR dan menjadi Bebas. Tahun lalu ADUN Lunas, Muhammad Radhzi Salleh, seorang EXCO mengumumkan keluar PKR. Radzhi sebelum ini juga berkata lebih ramai akan keluar PKR termasuk ADUN dan Ahli Parlimen.
Apakah ini gelombang kedua setelah empat Ahli Parlimen PKR keluar parti dan menjadi Bebas? PKR tentunya akan memainkan 'lagu lama', dan menuduh Tan Wei Shu juga dibeli oleh BN. Pengumuman Tan Wei Shu bukan sesuatu yang mengejutkan atau di luar jangka. Setelah tidak dicalonkan semula oleh pimpinan PKR untuk menggangotai EXCO Kedah, Tan telah menunjukkan rasa tidak puas hatinya dengan perkara tersebut. Tan memberi alasan hilang percaya kepada pimpinan PKR semasa mengumumkan keluar parti. Beliau juga berkata tidak sanggup lagi dipergunakan untuk kepentingan individu-individu tertentu dalam PKR. Alasan yang diberikan oleh Tan sama dengan alasan yang diberikan oleh Adun-Adun dan Ahli-Ahli Parlimen PKR yang keluar parti dan menjadi Bebas sebelum ini.
Jelas, PKR menghadapi masalah kepercayaan yang cukup buruk di peringkat pimpinan PKR, samada kebangsaan mahupun negeri. Pemilihan Zaid Ibrahim yang tidak dipersetujui oleh sebahagian pimpinan PKR Pusat sebagai calon PKR di PRK Hulu Selangor juga kesan kepada masalah yang sedang melanda PKR kini. Kegagalan Anwar Ibrahim, sebagai Penasihat yang tidak pun menjadi ahli dalam PKR, dan Wan Azizah yang menjadi Presiden pada nama sahaja adalah punca keretakan besar dalam PKR. PKR membiak 'firaun-firaun kecil' di setiap peringkat pimpinan PKR.
Lihat bagaimana buruknya rupa pemimpin de facto atau diktator PKR yang bercita-cita bukan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi menjadi Presiden Malaysia. Pengumuman Tan Wei Shu untuk keluar tepat pada masa PKR perlu membuktikan keutuhan PKR dalam menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor. Beberapa hari lalu sebilangan 200 orang ahli PKR di Kulim keluar parti dan menyertai parti-parti komponen BN.
Anwar kini makin serabut.... partinya sedang menuju kehancuran, beliau sendiri pula makin jelas tampak jalan ke Sungai Buluh..
0 responses to "PKR: Adun Bakar Arang Keluar Pula"