Gengster pakatan rimba sudah dibawa masuk ke Hulu Selangor untuk menimbulkan kekacauan pada hari pilihanraya besok di Hulu Selangor. Hari ini mereka telah menyerbu masuk ke sebuah sekolah Tamil di mana Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Dato'Tan Lian Hoe sedang berucap dalam satu majlis Kempen Harga Barang. Mereka telah memecahkan pintu sekolah dan memusnahkan alat siaraya yang digunakan di majlis tersebut. Mereka dilaporkan turut mengugut peserta-peserta majlis tersebut yang terdiri dari ibu-bapa pelajar-pelajar sekolah tersebut.
Beberapa hari lalu, sekumpulan mereka diberkas polis kerana disyaki memiliki senjata merbahaya dan merosakkan poster dan bendera BN. Ada yang bertindak meruntuhkan bill board dan menurunkan sepanduk yang dipasang penyokong BN kerana sakit hati dan pedih mata dengan kenyataan yang dipaparkan. Mereka bertindak demikian kerana SPR lambat mengambil tindakan ke atas sepanduk dan billboard yang kononnya berbaur hasutan dan lucah yang dipasang oleh BN.
Esok, hari pengundian, pasti akan berlaku lebih banyak kekecohan dan kekacauan oleh mereka. Kemungkinan akan ada yang berbaring dijalanan menyekat kenderaan-kenderaan pengundi, bertindak macam mereka polis dan menahan kenderaan-kenderaan yang membawa pengundi-pengundi keluar mengundi. Ini Standard Operating Procedure atau Modus Operandi mereka dalam setiap pilihanraya kecil terutamanya. Malah polis telah mengenal pasti beberapa individu yang bakal menimbulkan kekecohan sejak sebelum hari penamaan calon lagi.
0 responses to "Hulu Selangor: Gengster Pakatan Rimba Mula Mengganas"