Husam Musa, individu yang dikaitkan dengan pendedahan Syed Azidi 'kickdefella' Syed Abd Aziz, mengajak rakyat mengambil tindakan saman sivil terhadap Kerjaan Malaysia kerana dikatakan meng'gadai'kan wilayah negara kepada negara Brunei. Ini berikutan tulisan Chedet dalam blognya yang mempertikaikan keputusan kerajaan Malaysia dalam Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei yang ditandatangani oleh Abdullah Badawi dan Sultan Brunei Mac 2009 lalu. Berikutan Pertukaran Surat itu, kawasan blok L dan M; kawasan yang dikatakan kaya dengan minyak dan gas, yang juga dituntut oleh Brunei kini menjadi milik Brunei.
Semua ini timbul apabila, Murphy Oil yang merupakan kontraktor yang dilantik oleh Petronas bersama dengan Petronas Carigali untuk menjalankan kerja-kerja explorasi di blok-blok tersebut mengumumkan kontraknya telah dibatalkan oleh Petronas kerana blok-blok itu kini bukan lagi milik Malaysia.
Brunei menamakan blok-blok berkenaan dengan J dan K. Brunei juga telah memberikan kontrak explorasi di blok-blok tersebut kepada dua konsortium. Wisma Putra dalam kenyataannya baru-baru ini menjelaskan Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei adalah bersesuaian dengan peruntukan UNCLOS berhubung persempadanan di lautan yang digunapakai oleh banyak negara dunia. Kawasan itu dituntut oleh Malaysia dan Brunei, dan dengan Pertukaran Surat itu, Malaysia tidak lagi menuntut hak ke atas kawasan tersebut. Tidak timbul soal menyerahkan sempadan/kawasan negara kepada negara jiran. Manakala Brunei pula tidak lagi menuntut hak ke atas Limbang yang sudah menjadi sebahagian dari Sarawak. Kedua negara juga bersetuju, Malaysia melalui Petronas akan turut serta dalam mengeksploitasi sumber gas dan minyak di blok-blok tersebut untuk tempoh 40 tahun menerusi satu perjanjian komersial.
Jelas, Husam Musa cuba mengambil kesempatan atas isu ini untuk mengalih tumpuan terhadap diri beliau yang dikaitkan dengan pendedahan blogger kickdefella. Selama ini Husam Musa hanya berdiam diri apabila pelbagai tuduhan dan pendedahan dibuat Syed Azidi dalam blognya mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku di dalam Kerajaan PAS Kelantan yang diterajui oleh N.Ajis. Husam dalam satu kenyataan akhbar berkata namanya tidak disebut secara jelas oleh Syed Azidi dalam pendedahan beliau dan menyalahkan akhbar kerana cuba mengaitkan dirinya dengan kegiatan yang didakwa dilakukan oleh blogger tersebut.
Hubungan rapat Husam Musa dan Syed Azidi bukannya sesuatu yang tidak diketahui umum, malah Husam Musa adalah individu yang bertanggung jawab membawa Syed Azidi ke Kelantan dan diberikan jawatan dalam PMBK. Syed Azidi juga bergerak aktif sebagai campaign manager Husam Musa dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS yang lalu, yang menyaksikan Husam kecundang di tangan Nasarudin Mat Isa. Husam Musa sudah terperangkap dalam pendedahan Syed 'kicdefella' Azidi. Husam Musa juga cuba memberi gambaran bahawa dana yang diberikan kepada Syed Azidi untuk kerja-kerja gerak saraf di Kelantan itu kononnya datang dari kelompok UMNO yang ingin menjatuhkan Abdullah Badawi. Semua ini dilakukan Husam Musa dalam percubaan untuk mengalih tuduhan penglibatan lansung dirinya dalam kegiatan kickdefella.
Ini adalah permainan politik kotor golongan erdogan/pro-anwarisme dalam PAS yang bersungguh-sungguh untuk mengubah pendirian politik PAS dan me'nyah'kan golongan ulama' dari kepimpinan PAS.
0 responses to "Husam Musa Ajak Rakyat Saman Kerajaan, Alih Tumpuan Polemik Sendiri"