9:59 PM | Posted in
PAS amal politik suku agama suku… — Kamarulzaman Kamdias

7 MEI — Orang Melayu dan Islam di Malaysia harus bersyukur kerana perkembangan agama Islam di negara ini tidak sama dengan di negara Arab atau lain-lain negara yang terpaksa melalui pelbagai halangan dan peperangan.

Di Tanah Melayu, ia amat berbeza. Islam datang ke dalam Istana terlebih dulu. Apabila raja memeluk agama Islam, maka seluruh rakyat jelata turut memeluk Islam. Raja-raja tanah Melayu tidak sama dengan raja Rom atau Parsi mahupun Habsyah yang menolak mentah-mentah apabila Islam dibawa kepada mereka.

Tapi, hari ini ramai Islam Melayu yang sudah lupa sejarah ini. Ramai Melayu sudah berani menempelak Raja-Raja Melayu. Dulu, pendakwah agama dari Arab dan India datang ke istana dan membawa berita tentang agama Islam.

Pendakwah atau ulamak ketika itu saling bekerjasama dengan pihak Istana dalam mengembangkan Islam.

Sebenarnya, itulah beza pendekatan agama Islam di tanah Melayu berbanding dengan lain-lain negara di dunia ini. Allah swt sudah tentu lebih maklum akan segala kejadiannya. Maka proses perkembangan agama Islam di Tanah Melayu adalah sebahagian dari “plot” yang telah dirancang oleh Allah swt sebenarnya.

Kesimpulannya, di atas sifat taat kepada raja yang memang sudah menjadi adat dan budaya secara turun temurun bangsa Melayu, maka di atas sebab inilah para ulama awallin telah diberi petunjuk oleh Allah swt untuk sebarkan Islam melalui istana terlebih dahulu.

Dan dari sekian ramai raja-raja yang memerintah di muka bumi ini, Raja-Raja Melayu adalah kalangan raja yang begitu mudah menerima agama Islam. Parameswara hanya melihat pendakwah Islam bersembahyang di tepi pantai Melaka, lantas baginda terus tertarik dan memeluk agama Islam. Sesudah itu seluruh pengikut dan rakyat baginda pun memeluk agama Islam.

Begitulah besarnya peranan Raja-Raja Melayu dalam perkembangan Agama Islam di Seluruh Nusantara.

Hari ini, sudah ada ulamak dan manusia jahil yang mempertikaikan peranan Raja-Raja Melayu sebagai pelindung Agama Islam. Mereka lupa bahawa jika datuk nenek Raja-Raja Melayu ini tidak menerima Islam satu masa dulu, sekarang mereka pun mungkin sedang menyembah pokok sekarang ini.

Ulamak mempertikaikan peranan raja-raja dengan hujah agama. Manusia jahil dan peminum arak tegar pula mempertikaikan peranan Raja-Raja dengan menggunakan sudut perundangan dan perlembagaan negara.

Hakikatnya kedua-dua puak ini, sebenarnya tidak sedar dek untung. Pemikiran mereka sedang disongsangkan oleh syaitan dan Iblis. Si ulamak disongsangkan pemikiran oleh si Iblis dengan menggunakan hujah agama, manakala si jahil murakad pula disongsangkan pemikiran oleh si iblis dengan menggunakan hujah perundangan.

Kedua-duanya tidaklah membawa atau menambah kebaikan kepada agama, malahan menambah keliru dan mengkalutkan lagi pemikiran umat Islam di negara ini.

Kedua-dua hujah yang digunapakai hanyalah melambangkan mereka sebenarnya lebih mendahulukan dunia atau kuasa dan politik puak. Sifat ini juga boleh dikatakan mengamalkan politik suku agama suku atau lebih tepat lagi politik Assobiah mereka.

Segala tuduhan yang mereka lemparkan kepada Umno khususnya, sebenarnya merekalah yang mengamalkannya.

Demi politik mereka sanggup meletakkan keraguan kepada sebuah institusi yang selama ini bertanggungjawab secara langsung sebagai penyebab mereka mengucap syahadat hari ini.

Demi politik mereka sanggup memperkatakan politik boleh dibicarakan di dalam masjid.

Benar, politik boleh dibicara di dalam masjid. Tapi politik yang jenis mana?

Adakah politik yang membuat tuduhan kepada pihak lain tidak Islamik dan mereka lebih Islamik itu yang dimaksudkannya dibolehkan?

Adakah membaca ayat-ayat suci dan hadis-hadis nabi dengan niat untuk memperlekehkan umat Islam yang tidak sehaluan dari segi politik itu yang pada maksud mereka dibolehkan?

Setahu kita asas politik Islam tidak boleh lari dari premis “hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia”.

Jika bicara politik dalam masjid terputus dari maksud “hablumminallah dan hablumminannas”, itu sebenarnya adalah politik sekular yang tidak kena mengena dengan Islam. Maka itu juga adalah politik suku agama suku. Mencampur-adukkan antara maksud duniawi dan maksud ukhrawi.

Dalam masa mereka kononnya menyebarkan agama di dalam masjid, tetapi di sebalik ayat-ayat agama ini terselit niat untuk meyakinkan orang ramai supaya mengikuti fahaman puak mereka dan seterusnya menyokong gerakan mereka.

Golongan inilah golongan yang paling tegar untuk diyakinkan bahawa apa yang mereka lakukan itu silap. Mereka sukar diyakinkan kerana mereka merasai mereka lebih hampir dengan Allah dari kita, walhal, hakikatnya mereka sedang tertipu dengan belaian iblis dan syaitan melalui bait-bait ayat al-Quran dan hadis.

Alat yang berkesan untuk meyakinkan ramai orang adalah menggunakan agenda agama. Ia lebih berkesan dari menjadikan agenda bangsa sebagai agenda perjuangan. Tapi bagi perjuangan kita adalah untuk agama, bangsa dan tanah air.

Bila kita sebut bangsa, mereka kata assobiah dan sesat. Kalau kita tanya bagaimana dengan maksud “negara”? Sesat atau tidak? — pemudaumno.org.my
Category:
��

Comments

0 responses to "PAS Amal Agama Suku Politik Tiga Suku"