7:06 AM | Posted in
Pendedahan Syed 'kickdefella' Azidi mengenai tugasan khas beliau menjalankan operasi gerak saraf/perang saraf di Kelantan melalui GMC untuk 'menjatuhkan' kerajaan Abdullah Badawi dengan peruntukan RM4 juta bukan sesuatu yang memeranjatkan. Jika jumlah yang dibelanjakan melebihi RM4juta sekalipun, tidak perlu kecoh. Mempertahankan kerajaan PAS Negeri Kelantan yang menjamin pulangan puluhan juta ringgit , mungkin juga ratusan juta ringgit kepada individu-individu tertentu dalam kerajaan PAS Negeri Kelantan dan PAS Kelantan dengan modal RM4juta adalah sesuatu pelaburan yang bijak.

Persoalannya, kenapa nak "menjatuhkan" Abdullah Badawi di Kelantan? Dia bukannya Perdana Menteri Kelantan, dia PM Malaysia. Bukankah matlamat untuk memastikan BN Kelantan kekal lemah atau tidak diterima rakyat Kelantan itu, matlamat yang sebenarnya. Jika ini dilakukan ia akan menjamin PAS akan kekal berkuasa menerajui kerajaan negeri Kelantan.

Syed Azidi telah mendedahkan mereka yang 'menyumbang' dana tersebut. Seorang Ahli Majlis ( Kerajaan Tempatan atau Majlis Mesyuarat Kerajaan/EXCO) telah 'menyumbang' sejumlah RM2.6 juta, manakala seorang lagi Adun PAS dan tiga lagi nama didedahkan kepada SPRM semalam dan hari ini. Malah beberapa dokumen dan bahan bukti juga diserahkan kepada SPRM untuk tujuan siasatan bagi membuktikan kebenaran tuduhan beliau.

Kira-kira mudah boleh dilakukan untuk mengupas pendedahan ini. Siapakah yang membawa Syed Azidi ke Kelantan dan ditempatkan ke dalam organisasi kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan Negeri Kelantan? Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai Pegawai Perhubungan Awam! Kemudian diamanahkan sebuah anak syarikat kerajaan negeri. Siapa yang begitu berkuasa dan mampu untuk melakukan ini semua? Tentunya seorang yang berjawatan tinggi dan berpengaruh dalam kerajaan Negeri dan mendapat kepercayaan MB N.Ajis Nikmat. Mudah untuk menuding jari kepada Husam Musa, bukan!

Kini Husam Musa dan barua-baruanya cuba mengalih tumpuan terhadapnya dengan membuat cerita dongeng kononnya skandal yang didedahkan melibatkan kumpulan dalam UMNO sendiri yang ingin menjatuhkan Abdullah Badawi. Kalau orang UMNO nak jatuhkan Abdullah Badawi sebagai PM tidak perlu membayar orang di Kelantan untuk melakukannya, memadai mengupah bloggers dan spin-masters yang ramai di Kuala Lumpur dan sekitarannya sahaja. Mahathir Mohammad, blogger dengan nama Chedet tidak perlu diupah untuk menjahanamkan Abdullah Badawi. Jika nak dibayarpun, sekadar RM4juta, dia pun tak heran. Ramai lagi yang membuat kerja tu, Ruhanie Ahmad, Fuad Hassan, Big Dog, small doggy, namakan sahaja, panjang senarainya.

Orang-orang bodoh dalam PAS sahaja yang akan percaya cerita dongeng seperti itu. Ada pula beberapa bloggers PAS pendek akal dan banggang juga cuba nak 'spin' atau 'memutar-ligat' cerita kononnya dana itu sumbangan orang UMNO yang tidak suka pada Abdullah Badawi.

Yang jelas, Syed Azidi diupah untuk menaikkan imej individu spesifik dalam kerajaan negeri dan PAS Kelantan dan pada masa yang sama menjatuhkan dan menjahanamkan kredibiliti N.ajis Nikmat, orang tua tak sedar diri di Kelantan. Setelah berjaya mengekalkan kerajaan PAS Kelantan, N.Ajis tidak juga berundur dari kerusi empuk MB yang didudukinya selama lebih dua puluh tahun. Ini menghakis kesabaran individu-individu tertentu yang sudah kemaruk untuk duduk di situ. Maka segala dana dan fasiliti yang tersedia diguna pula untuk perebutan jawatan tinggi dalam PAS Pusat. Setelah juga mengalami kegagalan, maka tumpuan seterusnya adalah 'to kick the old fella' pula!

N.Ajis yang menulis dalam blognya meminta Najib Razak menarik balik "tuduhan fitnah" terhadap dirinya dengan alasan kononnya 'fitnah' yang dibuat Najib Razak menjatuhkan moralnya dan melagakan beliau dengan Sultan Selangor. Jika Najib Razak tidak berbuat demikian, beliau tidak akan menghalakkan dunia dan akhirat. N.Ajis dulu pernah mendoakan 'pecah perut' terhadap Najib, tidak pula Najib meminta N.ajis menarik balik doanya. Kenyataan Najib dalam mengulas kenyataan-kenyataan yang dibuat sendiri N.ajis bukannya fitnah kerana ia adalah kenyataan-kenyataan N.Ajis kepada umum yang dipetik media.

SIAPA SEBENARNYA YANG MENULIS DALAM BLOG TOK GURU TU? Bahasa yang digunakan dalam penulisan di blog tersebut tidak selari dengan bahasa yang digunakan oleh N.Ajis dalam ucapan-ucapannya, penulisan di blog tersebut seperti ditulis oleh penulis upahan dan bukannya oleh N.ajis sendiri. Berapa N.ajis bayar untuk orang menulis bagi pihaknya? Satu, dua, tiga, sepuluh juta ringgit ? Duit balak banyakkan! N.Ajis Nikmat akan tersungkur dengan sendirinya,...tunggu dan lihat!
Category:
��

Comments

0 responses to "RM4 Juta untuk jatuhkan Pak Lah, So What?"