11:43 PM | Posted in
Hebat-hebat blogger-blogger penyokong PAS, sampai tak tahu apa yang mereka sokong. Sokong parti ke, sokong pemimin PAS ke, atau sokong Anwar Ibrahim?

Zaman dulu kala, tidak ramai yang tahu jika berlaku kemelut atau krisis dalam PAS kecuali orang dalaman PAS sahaja. Sok-sek hal dalaman macam menyelesaikan masalah dalam rumah tangga. Jiran pun tak tahu.

Zaman kini, zaman siber semua yang berlaku walau dalam kelambu pun ramai yang akan tahu. Maklumlah saluran penyebaran maklumat makin meluas. Pelbagai media boleh diguna pakai untuk menyebar maklumat, fitnah, dakwaan dan tohmahan. Boleh pakai laman web, pakai blog, pakai facebook, pakai twitter dan macam-macam lagi. Cuma yang tak dipakai OTAK!.

Mengkritik pemimpin itu perkara biasa. Ia berlaku dalam mana-mana pertubuhan apatah lagi parti-parti politik yang bermain dengan pengaruh dan kuasa. Amalan dan perilaku yang tidak santun dan tidak sopan menjadi lumrah manusia berpolitik. Apatah lagi penulis murahan yang menulis di blog-blog. Cuma agak binggung apabila membaca blog-blog bengong bloggers PAS yang main kutip cerita. Analisa macam banggang. Heran juga kalau ada yang termakan dengan spin karut marut bloggers ini semua.

Kehebatan wartawan Harakah Daily boleh 'jerkah' Timbalan Presiden PAS di Parlimen. Bukan ada pasal pun, hanya sebab dia duduk berbual di cafetaria bersama Menteri Kewangan pada masa sidang hangat membahas isu APCO jajaan Anwar. Nasharudin lebih kenal siapa Anwar, dan cara Anwar berpolitik. Nasaharudin sepuluh kali lebih bijak dari Mahfuz, apatah lagi wartawan cabuk Harakahdaily. Nasaharudin tentunya tidak mahu membuang masa turut membahas perkara yang direka-reka oleh Anwar. Tiada logika atau asas pun tuduhan dan dakwaan Anwar terhadap kerajaan. Isu APCO itu adalah Yahudi Zionis hanya mainan Anwar untuk sandaran kempen di Hulu Selangor saja.

Penglibatan Anwar dengan gerakan Yahudi dan Zionis lebih dasyat. Di satu pihak Anwar dengan Saudagar-saudagar Arab Islam berniaga dan melabur wang di sana sini, malah ada dakwaan dia juga terlibat dengan gerakan teroris ekstremis Islam seperti Al-Qaeda. Anwar juga terlibat dengan perkumpulan-perkumpulan aktivis Islam, gerakan Islamis dan rapat dengan golongan ulamak dunia, kebanyakannya membawa mesej 'Islam Liberal'. Pada masa yang sama Anwar juga terlibat dengan gerakan Yahudi-Zionis, yang berselindung atas nama demokrasi dan keadilan sejagat secara halus menindas Islam dan negara-negara Islam. Bersembunyi di belakang nama-nama Yayasan-yayasan dan Pertubuhan-pertubuhan yang menjuang demokrasi dan menghapus kezaliman. Azmin pula mendakwa hubungan Anwar dengan pemimpin -pemimpin dunia Yahudi membantu Anwar menyelesai banyak perkara salah anggap dunia Barat terhadap Islam.

Mampukah kita menolak kemungkinan bahawa Anwar Ibrahim, seorang Islam yang semakin Liberal dalam pendekatan Islamnya, adalah sebenarnya seorang Double Agent. Anwar meresapi gerakan-gerakan Islam dunia sebagai 'wayang' atau cover-up untuk menjadi agen kemusnahan kepada gerakan-gerakan Islam tersebut.

Anwar gagal membuktikan penglibatan APCO dalam 1Israel dan kerajaan Zionis Israel. Anwar juga gagal membuktikan 1Malaysia direncanakan oleh APCO. Tuduhan Anwar bahawa dengan mengkontrak APCO untuk membantu kerajaan dalam soal media di dalam dan di luar negeri, mendedahkan rahsia dan maklumat sulit negara kepada Yahudi dan dunia luar juga mungkin kepada musuh negara turut meleset. Penglibatan APCO hanya dalam hal yang berhubungkait dengan media dan komunikasi dalam dan luar negara sebagai usaha membentuk hubungan diplomatik lebih baik dengan negara-negara luar. Bidang tugas ini tiada bezanya dengan Anwar yang menggaji satu syarikat imej di US, RM 38 juta untuk mempopularkan dirinya dengan kerajaan Amerika Syarikat satu ketika dulu. Kini Anwar tidak perlu lagi syarikat sebegini kerana Anwar sudah diterima oleh kuasa-kuasa Barat dan Yahudi sebagai seorang pemimpin berimej Islam yang Liberal dari rantau Asia Timur yang boleh diperkuda dan diperguna oleh mereka untuk mencapai hasrat mereka mencampuri urusan negara-negara Islam rantau ini.

Nasharudin mat Isa bijak apabila menjauhi sidang perbahasan isu yang dibawa oleh Anwar. Membuang masa dewan membincang isu yang bermotifkan politik kepartian dan peribadi semata-mata walhal kepentingan rakyat dalam hal ini tiada berkaitan.

Dalam blognya, Anwar mendedahkan satu salinan surat Kerajaan Israel yang dikatakan ada kaitan dengan penglibatan APCO dengan kerajaan Israel. 

Persoalannya, bagaimana salinan surat rasmi dengan kepala surat Kerajaan Israel boleh diperolehi oleh Anwar ? Siapa orang hubungan atau pemberi maklumat Anwar dalam Kerajaan Israel? Kerajaan Israel mempunyai sistem keselamatan yang terbaik di dunia yang juga digunapakai oleh banyak negara lain, termasuk Amerika Syarikat dan Singapura, bagaimana mungkin Anwar boleh memperolehi dokumen sulit Kerajaan Israel? Perlu diingat, Israel adalah peneraju teknologi keselamatan, dan mereka mengekspot kepakaran dalam bidang ini ke serata dunia. Jika berlaku kebocoran rahsia sebegini , ia mampu merosakkan reputasi Israel dan menghakis kepercayaan ke atas kepakaran mereka dan teknologi keselamatan mereka.

Jika dokumen itu diperolehi dari syarikat terbabit, apa pula hubungan Anwar dengan syarikat tersebut? Bagaimana Anwar mampu berurusan dengan syarikat terbabit sehingga mampu memperolehi dokumen rahsia satu syarikat antarabangsa yang berpengaruh di dunia? Siapa pula 'inside man' Anwar dalam organisasi tersebut? Kebocoran rahsia ini juga akan memjejaskan kredibiliti syarikat terbabit.

Hanya satu kesimpulan boleh dibuat. Jika semua dokumen ini adalah salinan yang sah tidak direkacipta dan tidak difabrikasi, oleh Anwar dan PKR sebagaimana lazimnya dibuat oleh Anwar dan PKR seperti yang didedahkan oleh Zul Nordin dan Wee Choo Keong; Anwar ada hubungan yang akrab dan rapat dengan individu-individu berkepentingan dan berkedudukan dalam Kerajaan Zionis Israel atau organisasi-organisasi operasi rahsia 'covert operation' atau agensi-agensi risikan ataupun syarikat-syarikat terbabit yang dituduh oleh Anwar sendiri adalah operatif Yahudi Isreal Zionis. Ini juga bermakna Anwar Ibrahim tidak boleh menafikan dirinya bukan seorang agen Yahudi Zionis.


Category:
��

Comments

0 responses to "Blogger PAS makin menggila"