9:59 PM | Posted in
PAS amal politik suku agama suku… — Kamarulzaman Kamdias

7 MEI — Orang Melayu dan Islam di Malaysia harus bersyukur kerana perkembangan agama Islam di negara ini tidak sama dengan di negara Arab atau lain-lain negara yang terpaksa melalui pelbagai halangan dan peperangan.

Di Tanah Melayu, ia amat berbeza. Islam datang ke dalam Istana terlebih dulu. Apabila raja memeluk agama Islam, maka seluruh rakyat jelata turut memeluk Islam. Raja-raja tanah Melayu tidak sama dengan raja Rom atau Parsi mahupun Habsyah yang menolak mentah-mentah apabila Islam dibawa kepada mereka.

Tapi, hari ini ramai Islam Melayu yang sudah lupa sejarah ini. Ramai Melayu sudah berani menempelak Raja-Raja Melayu. Dulu, pendakwah agama dari Arab dan India datang ke istana dan membawa berita tentang agama Islam.

Pendakwah atau ulamak ketika itu saling bekerjasama dengan pihak Istana dalam mengembangkan Islam.

Sebenarnya, itulah beza pendekatan agama Islam di tanah Melayu berbanding dengan lain-lain negara di dunia ini. Allah swt sudah tentu lebih maklum akan segala kejadiannya. Maka proses perkembangan agama Islam di Tanah Melayu adalah sebahagian dari “plot” yang telah dirancang oleh Allah swt sebenarnya.

Kesimpulannya, di atas sifat taat kepada raja yang memang sudah menjadi adat dan budaya secara turun temurun bangsa Melayu, maka di atas sebab inilah para ulama awallin telah diberi petunjuk oleh Allah swt untuk sebarkan Islam melalui istana terlebih dahulu.

Dan dari sekian ramai raja-raja yang memerintah di muka bumi ini, Raja-Raja Melayu adalah kalangan raja yang begitu mudah menerima agama Islam. Parameswara hanya melihat pendakwah Islam bersembahyang di tepi pantai Melaka, lantas baginda terus tertarik dan memeluk agama Islam. Sesudah itu seluruh pengikut dan rakyat baginda pun memeluk agama Islam.

Begitulah besarnya peranan Raja-Raja Melayu dalam perkembangan Agama Islam di Seluruh Nusantara.

Hari ini, sudah ada ulamak dan manusia jahil yang mempertikaikan peranan Raja-Raja Melayu sebagai pelindung Agama Islam. Mereka lupa bahawa jika datuk nenek Raja-Raja Melayu ini tidak menerima Islam satu masa dulu, sekarang mereka pun mungkin sedang menyembah pokok sekarang ini.

Ulamak mempertikaikan peranan raja-raja dengan hujah agama. Manusia jahil dan peminum arak tegar pula mempertikaikan peranan Raja-Raja dengan menggunakan sudut perundangan dan perlembagaan negara.

Hakikatnya kedua-dua puak ini, sebenarnya tidak sedar dek untung. Pemikiran mereka sedang disongsangkan oleh syaitan dan Iblis. Si ulamak disongsangkan pemikiran oleh si Iblis dengan menggunakan hujah agama, manakala si jahil murakad pula disongsangkan pemikiran oleh si iblis dengan menggunakan hujah perundangan.

Kedua-duanya tidaklah membawa atau menambah kebaikan kepada agama, malahan menambah keliru dan mengkalutkan lagi pemikiran umat Islam di negara ini.

Kedua-dua hujah yang digunapakai hanyalah melambangkan mereka sebenarnya lebih mendahulukan dunia atau kuasa dan politik puak. Sifat ini juga boleh dikatakan mengamalkan politik suku agama suku atau lebih tepat lagi politik Assobiah mereka.

Segala tuduhan yang mereka lemparkan kepada Umno khususnya, sebenarnya merekalah yang mengamalkannya.

Demi politik mereka sanggup meletakkan keraguan kepada sebuah institusi yang selama ini bertanggungjawab secara langsung sebagai penyebab mereka mengucap syahadat hari ini.

Demi politik mereka sanggup memperkatakan politik boleh dibicarakan di dalam masjid.

Benar, politik boleh dibicara di dalam masjid. Tapi politik yang jenis mana?

Adakah politik yang membuat tuduhan kepada pihak lain tidak Islamik dan mereka lebih Islamik itu yang dimaksudkannya dibolehkan?

Adakah membaca ayat-ayat suci dan hadis-hadis nabi dengan niat untuk memperlekehkan umat Islam yang tidak sehaluan dari segi politik itu yang pada maksud mereka dibolehkan?

Setahu kita asas politik Islam tidak boleh lari dari premis “hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia”.

Jika bicara politik dalam masjid terputus dari maksud “hablumminallah dan hablumminannas”, itu sebenarnya adalah politik sekular yang tidak kena mengena dengan Islam. Maka itu juga adalah politik suku agama suku. Mencampur-adukkan antara maksud duniawi dan maksud ukhrawi.

Dalam masa mereka kononnya menyebarkan agama di dalam masjid, tetapi di sebalik ayat-ayat agama ini terselit niat untuk meyakinkan orang ramai supaya mengikuti fahaman puak mereka dan seterusnya menyokong gerakan mereka.

Golongan inilah golongan yang paling tegar untuk diyakinkan bahawa apa yang mereka lakukan itu silap. Mereka sukar diyakinkan kerana mereka merasai mereka lebih hampir dengan Allah dari kita, walhal, hakikatnya mereka sedang tertipu dengan belaian iblis dan syaitan melalui bait-bait ayat al-Quran dan hadis.

Alat yang berkesan untuk meyakinkan ramai orang adalah menggunakan agenda agama. Ia lebih berkesan dari menjadikan agenda bangsa sebagai agenda perjuangan. Tapi bagi perjuangan kita adalah untuk agama, bangsa dan tanah air.

Bila kita sebut bangsa, mereka kata assobiah dan sesat. Kalau kita tanya bagaimana dengan maksud “negara”? Sesat atau tidak? — pemudaumno.org.my
Category:
��
5:51 PM | Posted in
Husam Musa, individu yang dikaitkan dengan pendedahan Syed Azidi 'kickdefella' Syed Abd Aziz, mengajak rakyat mengambil tindakan saman sivil terhadap Kerjaan Malaysia kerana dikatakan meng'gadai'kan wilayah negara kepada negara Brunei. Ini berikutan tulisan Chedet dalam blognya yang mempertikaikan keputusan kerajaan Malaysia dalam Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei yang ditandatangani oleh Abdullah Badawi dan Sultan Brunei Mac 2009 lalu. Berikutan Pertukaran Surat itu, kawasan blok L dan M; kawasan yang dikatakan kaya dengan minyak dan gas, yang juga dituntut oleh Brunei kini menjadi milik Brunei.

Semua ini timbul apabila, Murphy Oil yang merupakan kontraktor yang dilantik oleh Petronas bersama dengan Petronas Carigali untuk menjalankan kerja-kerja explorasi di blok-blok tersebut mengumumkan kontraknya telah dibatalkan oleh Petronas kerana blok-blok itu kini bukan lagi milik Malaysia.

Brunei menamakan blok-blok berkenaan dengan J dan K. Brunei juga telah memberikan kontrak explorasi di blok-blok tersebut kepada dua konsortium. Wisma Putra dalam kenyataannya baru-baru ini menjelaskan Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei adalah bersesuaian dengan peruntukan UNCLOS berhubung persempadanan di lautan yang digunapakai oleh banyak negara dunia. Kawasan itu dituntut oleh Malaysia dan Brunei, dan dengan Pertukaran Surat itu, Malaysia tidak lagi menuntut hak ke atas kawasan tersebut. Tidak timbul soal menyerahkan sempadan/kawasan negara kepada negara jiran. Manakala Brunei pula tidak lagi menuntut hak ke atas Limbang yang sudah menjadi sebahagian dari Sarawak. Kedua negara juga bersetuju, Malaysia melalui Petronas akan turut serta dalam mengeksploitasi sumber gas dan minyak di blok-blok tersebut untuk tempoh 40 tahun menerusi satu perjanjian komersial.

Jelas, Husam Musa cuba mengambil kesempatan atas isu ini untuk mengalih tumpuan terhadap diri beliau yang dikaitkan dengan pendedahan blogger kickdefella. Selama ini Husam Musa hanya berdiam diri apabila pelbagai tuduhan dan pendedahan dibuat Syed Azidi dalam blognya mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku di dalam Kerajaan PAS Kelantan yang diterajui oleh N.Ajis. Husam dalam satu kenyataan akhbar berkata namanya tidak disebut secara jelas oleh Syed Azidi dalam pendedahan beliau dan menyalahkan akhbar kerana cuba mengaitkan dirinya dengan kegiatan yang didakwa dilakukan oleh blogger tersebut.

Hubungan rapat Husam Musa dan Syed Azidi bukannya sesuatu yang tidak diketahui umum, malah Husam Musa adalah individu yang bertanggung jawab membawa Syed Azidi ke Kelantan dan diberikan jawatan dalam PMBK. Syed Azidi juga bergerak aktif sebagai campaign manager Husam Musa dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS yang lalu, yang menyaksikan Husam kecundang di tangan Nasarudin Mat Isa. Husam Musa sudah terperangkap dalam pendedahan Syed 'kicdefella' Azidi. Husam Musa juga cuba memberi gambaran bahawa dana yang diberikan kepada Syed Azidi untuk kerja-kerja gerak saraf di Kelantan itu kononnya datang dari kelompok UMNO yang ingin menjatuhkan Abdullah Badawi. Semua ini dilakukan Husam Musa dalam percubaan untuk mengalih tuduhan penglibatan lansung dirinya dalam kegiatan kickdefella.

Ini adalah permainan politik kotor golongan erdogan/pro-anwarisme dalam PAS yang bersungguh-sungguh untuk mengubah pendirian politik PAS dan me'nyah'kan golongan ulama' dari kepimpinan PAS.
Category:
��
7:06 AM | Posted in
Pendedahan Syed 'kickdefella' Azidi mengenai tugasan khas beliau menjalankan operasi gerak saraf/perang saraf di Kelantan melalui GMC untuk 'menjatuhkan' kerajaan Abdullah Badawi dengan peruntukan RM4 juta bukan sesuatu yang memeranjatkan. Jika jumlah yang dibelanjakan melebihi RM4juta sekalipun, tidak perlu kecoh. Mempertahankan kerajaan PAS Negeri Kelantan yang menjamin pulangan puluhan juta ringgit , mungkin juga ratusan juta ringgit kepada individu-individu tertentu dalam kerajaan PAS Negeri Kelantan dan PAS Kelantan dengan modal RM4juta adalah sesuatu pelaburan yang bijak.

Persoalannya, kenapa nak "menjatuhkan" Abdullah Badawi di Kelantan? Dia bukannya Perdana Menteri Kelantan, dia PM Malaysia. Bukankah matlamat untuk memastikan BN Kelantan kekal lemah atau tidak diterima rakyat Kelantan itu, matlamat yang sebenarnya. Jika ini dilakukan ia akan menjamin PAS akan kekal berkuasa menerajui kerajaan negeri Kelantan.

Syed Azidi telah mendedahkan mereka yang 'menyumbang' dana tersebut. Seorang Ahli Majlis ( Kerajaan Tempatan atau Majlis Mesyuarat Kerajaan/EXCO) telah 'menyumbang' sejumlah RM2.6 juta, manakala seorang lagi Adun PAS dan tiga lagi nama didedahkan kepada SPRM semalam dan hari ini. Malah beberapa dokumen dan bahan bukti juga diserahkan kepada SPRM untuk tujuan siasatan bagi membuktikan kebenaran tuduhan beliau.

Kira-kira mudah boleh dilakukan untuk mengupas pendedahan ini. Siapakah yang membawa Syed Azidi ke Kelantan dan ditempatkan ke dalam organisasi kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan Negeri Kelantan? Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai Pegawai Perhubungan Awam! Kemudian diamanahkan sebuah anak syarikat kerajaan negeri. Siapa yang begitu berkuasa dan mampu untuk melakukan ini semua? Tentunya seorang yang berjawatan tinggi dan berpengaruh dalam kerajaan Negeri dan mendapat kepercayaan MB N.Ajis Nikmat. Mudah untuk menuding jari kepada Husam Musa, bukan!

Kini Husam Musa dan barua-baruanya cuba mengalih tumpuan terhadapnya dengan membuat cerita dongeng kononnya skandal yang didedahkan melibatkan kumpulan dalam UMNO sendiri yang ingin menjatuhkan Abdullah Badawi. Kalau orang UMNO nak jatuhkan Abdullah Badawi sebagai PM tidak perlu membayar orang di Kelantan untuk melakukannya, memadai mengupah bloggers dan spin-masters yang ramai di Kuala Lumpur dan sekitarannya sahaja. Mahathir Mohammad, blogger dengan nama Chedet tidak perlu diupah untuk menjahanamkan Abdullah Badawi. Jika nak dibayarpun, sekadar RM4juta, dia pun tak heran. Ramai lagi yang membuat kerja tu, Ruhanie Ahmad, Fuad Hassan, Big Dog, small doggy, namakan sahaja, panjang senarainya.

Orang-orang bodoh dalam PAS sahaja yang akan percaya cerita dongeng seperti itu. Ada pula beberapa bloggers PAS pendek akal dan banggang juga cuba nak 'spin' atau 'memutar-ligat' cerita kononnya dana itu sumbangan orang UMNO yang tidak suka pada Abdullah Badawi.

Yang jelas, Syed Azidi diupah untuk menaikkan imej individu spesifik dalam kerajaan negeri dan PAS Kelantan dan pada masa yang sama menjatuhkan dan menjahanamkan kredibiliti N.ajis Nikmat, orang tua tak sedar diri di Kelantan. Setelah berjaya mengekalkan kerajaan PAS Kelantan, N.Ajis tidak juga berundur dari kerusi empuk MB yang didudukinya selama lebih dua puluh tahun. Ini menghakis kesabaran individu-individu tertentu yang sudah kemaruk untuk duduk di situ. Maka segala dana dan fasiliti yang tersedia diguna pula untuk perebutan jawatan tinggi dalam PAS Pusat. Setelah juga mengalami kegagalan, maka tumpuan seterusnya adalah 'to kick the old fella' pula!

N.Ajis yang menulis dalam blognya meminta Najib Razak menarik balik "tuduhan fitnah" terhadap dirinya dengan alasan kononnya 'fitnah' yang dibuat Najib Razak menjatuhkan moralnya dan melagakan beliau dengan Sultan Selangor. Jika Najib Razak tidak berbuat demikian, beliau tidak akan menghalakkan dunia dan akhirat. N.Ajis dulu pernah mendoakan 'pecah perut' terhadap Najib, tidak pula Najib meminta N.ajis menarik balik doanya. Kenyataan Najib dalam mengulas kenyataan-kenyataan yang dibuat sendiri N.ajis bukannya fitnah kerana ia adalah kenyataan-kenyataan N.Ajis kepada umum yang dipetik media.

SIAPA SEBENARNYA YANG MENULIS DALAM BLOG TOK GURU TU? Bahasa yang digunakan dalam penulisan di blog tersebut tidak selari dengan bahasa yang digunakan oleh N.Ajis dalam ucapan-ucapannya, penulisan di blog tersebut seperti ditulis oleh penulis upahan dan bukannya oleh N.ajis sendiri. Berapa N.ajis bayar untuk orang menulis bagi pihaknya? Satu, dua, tiga, sepuluh juta ringgit ? Duit balak banyakkan! N.Ajis Nikmat akan tersungkur dengan sendirinya,...tunggu dan lihat!
Category:
��
5:24 AM | Posted in
Nik Aziz sudah hilang fikiran waras atau dah hilang ingatan ? Dah nyanyuk ke? Atau dah buang tabiat......

N.Ajis, Ulama Terompah pujaan jutaan ramai, Mursyid Am PAS sendiri yang mengeluarkan kenyataan mempertikai titah perintah Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan mesjid sebagai medan politik semasa berkempen di pilihanraya kecil Hulu Selangor. Beliau dilaporkan berkata bahawa larangan itu adalah amalan sekular, peninggalan British yang masih diamalkan oleh mereka yang kurang pengetahuan agama. Malah beliau sekali lagi mengulangi kenyataan yang sama ketika menyampaikan ceramah di kampung Kubang Batang, Wakaf Baru sehari setelah Sultan Selangor mengulangi titah perintahnya berhubung perkara demikian.

Sultan Selangor juga bertitah barang siapa yang tidak mahu ikut peraturan dan undang-undang di Selangor, jangan datang ke Selangor. Jelas titah Sultan Selangor ditujukan kepada Nik Aziz yang mengeluarkan kenyataan mempertikai titah Sultan Selangor semasa bertandang ke Selangor dalam usaha berkempen untuk Zaid Ibrahim semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor. Zaid Ibrahim bagaimanapun tewas kepada calon muka baru BN Kamalanathan.

Kenyataan Najib yang disiarkan oleh akhbar mengulas kenyataan N.Ajis bukannya fitnah kerana ia sungguh jelas N.Ajis mempertikai titah Sultan Selangor. N.Ajis seolah-olah mencari jalan agar tidak dipersalahkan atas kegagalan beliau meraih undi untuk Zaid. Kehadiran N.Ajis di Hulu Selangor tidak mendapat sambutan yang diharapkan oleh PAS dan PKR. PKR menyalahakn PAS atas kekalahan Zaid Ibrahim. Sabotaj oleh ahli PAS di Hulu Selangor yang tidak bersetuju dengan pencalonan Zaid di Hulu Selangor sukar dinafikan.

Siapa yang mengeluarkan kenyataan ini : 
“Siapa ajar tidak boleh cakap politik dalam masjid. Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh Muslim.

“Sungguh dukacita, inilah politik, ini kerja saki baki ajaran penjajah Barat yang mengasingkan agama dan politik,”
Ini kenyataan siapa pula :
“Baso bodo payoh nak ajar (jenis bodoh susah hendak diajar), ini lah sikap orang yang amal politik suku agama suku,”
N.Ajis kini sudah menjadi liabiliti kepada PAS. Akal fikirannya sudah tercemar dengan percaturan politik kotornya. N.Ajis sudah tidak lagi mampu membezakan antara yang benar dan salah. Jasad dan akal sudah lemah dan gagal berfungsi dengan baik. Sudah masanya N.Ajis meninggalkan segala jawatan duniawi. Kedegilan N.Ajis serupa dengan Samy Vellu, tidak ada bezanya antara keduanya. Patutlah Husam Musa merancang untuk menjahanamkan N.Ajis melalui hanturayanya Syed Azidi 'kickdefella' Syed Aziz kerana sudah tidak tahan menunggu N.Ajis berundur.

Wali Selipar, Ulama Terompah~ gelaran sesuai masakini untuk N.Ajis.
Selipar dan terompah itu lebih sesuai jika disumbat ke mulut celuparnya.....
Sultan negeri sendiri pun tak hormat masakan Sultan Negeri Orang
Tinggi makam N.Ajis... pujaan orang PAS yang sesat, memuja manusia itu apa hukumnya ?
Category:
��