6:40 AM | Posted in
mStar Online : Exco Kedah Mungkin Dibarisi Muka Baru:

ALOR SETAR: Beberapa anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah, mungkin digugurkan setelah dua tahun memegang jawatan berkenaan bagi memberi peluang kepada muka baru untuk menggalas tugas terbabit."-Ustaz Azizan, MB Kedah.

deepthroat: Siapa pula yang nak kena drop? Siapa muka baru? Bukannya ada ramai pun yang berkelayakan untuk kerusi EXCO Kedah. Exco yang mewakili PAS ialah Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, Datuk Mohd Taulan Mat Rasul, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Dr. Hamdan Mohamed Khalib, Dr Ismail Salleh, Abdullah Jusoh, Ustazah Siti Aishah Ghazali manakala daripada PKR ialah S.Manikumar, Lim Soo Nee dan Tan Wei Shu. Siapa bakal digugurkan Ustaz Azizan ?

petikan dari al-brangi.blogspot.com:(blog pro-pas)

"Jarang berlaku mana-mana kerajaan di Malaysia, samada Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang atau mana-mana Kerajaan BN samada di peringkat negeri mahupun Pusat buat rombakan EXCO atau Kabinet di pertengahan tempoh pemerintahan kecuali jika ada berlaku kematian.

Kerajaan Pakatan Rakyat membuat langkah pemula, melangkah satu tapak ke hadapan, membuat satu 'precedent' berkemungkinan akan membuat satu rombakan"

deepthroat: Buat lawak ke mamat ni, atau memang jahil tentang Kerajaan Kedah.
Category:
��

Comments

0 responses to "Exco Kedah Mungkin Dibarisi Muka Baru"