6:52 PM | Posted in
Ustaz Azizan akan menggugurkan 3 Exconya dalam rombakan dan perlantikan semula Exco Kedah yang dibuat setahun sekali. Dr Hamdan Khatib dan Dr Ismail Salleh, kedua-duanya dari PAS dan Tan Wei Shu dari PKR. Tan Wei Shu akan digantikan oleh Tan Show Kang.
Exco dari PAS akan digantikan oleh wakil PAS juga. Siapa yang akan menggantikan Dr Hamdan dan Dr Ismail hanya akan diketahui minggu depan apabila Ustaz Azizan mengumumkan barisan Exconya.
Barisan Exco Kerajaan Kedah telah menyaksikan perubahan sebelum ini apabila wakil PKR V.Subramaniam (Bukit Selambau) yang terlibat dengan pernikahan haram meletakkan jawatan Exco sekaligus kerusi DUN yang menyebabkan PRK dan apabila seorang lagi Exco Mohd Radzi Salleh (Lunas) melepaskan jawatannya dan mengumumkan keluar parti PKR. Mereka telah digantikan oleh Manikumar dan Lim Soo Nie.
Siapa lagi yang tinggal wakil dari PKR dan PAS untuk mengisi jawatan EXCO Kedah?
Kalau dah tak ada calon yang layak, Ustaz Azizan kena tubuh kerajaan dengan BN la pulak. Kerajaan Perpaduan ke, Kerajaan Campuran ke, kalau dah kerajaan Pakatan tidak memberikan hasil yang baik.
Dalam pada itu pun, ada pulak orang PAS marah Ustaz Azizan kerana tak rujuk dulu dengan PAS Negeri. Ustaz Azizan tak perlu rujuk pun, dia MB Kedah. Dia Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Kedah. Dia boleh lantik siapa saja yang dia berkenan. Tentunya dia punyai kebijaksanaan untuk melantik mereka yang difikirkan layak untuk kerusi EXCO Kedah.
Category:
��

Comments

0 responses to "3 Exco Kedah DiGugurkan"