11:43 PM | Posted in
Hebat-hebat blogger-blogger penyokong PAS, sampai tak tahu apa yang mereka sokong. Sokong parti ke, sokong pemimin PAS ke, atau sokong Anwar Ibrahim?

Zaman dulu kala, tidak ramai yang tahu jika berlaku kemelut atau krisis dalam PAS kecuali orang dalaman PAS sahaja. Sok-sek hal dalaman macam menyelesaikan masalah dalam rumah tangga. Jiran pun tak tahu.

Zaman kini, zaman siber semua yang berlaku walau dalam kelambu pun ramai yang akan tahu. Maklumlah saluran penyebaran maklumat makin meluas. Pelbagai media boleh diguna pakai untuk menyebar maklumat, fitnah, dakwaan dan tohmahan. Boleh pakai laman web, pakai blog, pakai facebook, pakai twitter dan macam-macam lagi. Cuma yang tak dipakai OTAK!.

Mengkritik pemimpin itu perkara biasa. Ia berlaku dalam mana-mana pertubuhan apatah lagi parti-parti politik yang bermain dengan pengaruh dan kuasa. Amalan dan perilaku yang tidak santun dan tidak sopan menjadi lumrah manusia berpolitik. Apatah lagi penulis murahan yang menulis di blog-blog. Cuma agak binggung apabila membaca blog-blog bengong bloggers PAS yang main kutip cerita. Analisa macam banggang. Heran juga kalau ada yang termakan dengan spin karut marut bloggers ini semua.

Kehebatan wartawan Harakah Daily boleh 'jerkah' Timbalan Presiden PAS di Parlimen. Bukan ada pasal pun, hanya sebab dia duduk berbual di cafetaria bersama Menteri Kewangan pada masa sidang hangat membahas isu APCO jajaan Anwar. Nasharudin lebih kenal siapa Anwar, dan cara Anwar berpolitik. Nasaharudin sepuluh kali lebih bijak dari Mahfuz, apatah lagi wartawan cabuk Harakahdaily. Nasaharudin tentunya tidak mahu membuang masa turut membahas perkara yang direka-reka oleh Anwar. Tiada logika atau asas pun tuduhan dan dakwaan Anwar terhadap kerajaan. Isu APCO itu adalah Yahudi Zionis hanya mainan Anwar untuk sandaran kempen di Hulu Selangor saja.

Penglibatan Anwar dengan gerakan Yahudi dan Zionis lebih dasyat. Di satu pihak Anwar dengan Saudagar-saudagar Arab Islam berniaga dan melabur wang di sana sini, malah ada dakwaan dia juga terlibat dengan gerakan teroris ekstremis Islam seperti Al-Qaeda. Anwar juga terlibat dengan perkumpulan-perkumpulan aktivis Islam, gerakan Islamis dan rapat dengan golongan ulamak dunia, kebanyakannya membawa mesej 'Islam Liberal'. Pada masa yang sama Anwar juga terlibat dengan gerakan Yahudi-Zionis, yang berselindung atas nama demokrasi dan keadilan sejagat secara halus menindas Islam dan negara-negara Islam. Bersembunyi di belakang nama-nama Yayasan-yayasan dan Pertubuhan-pertubuhan yang menjuang demokrasi dan menghapus kezaliman. Azmin pula mendakwa hubungan Anwar dengan pemimpin -pemimpin dunia Yahudi membantu Anwar menyelesai banyak perkara salah anggap dunia Barat terhadap Islam.

Mampukah kita menolak kemungkinan bahawa Anwar Ibrahim, seorang Islam yang semakin Liberal dalam pendekatan Islamnya, adalah sebenarnya seorang Double Agent. Anwar meresapi gerakan-gerakan Islam dunia sebagai 'wayang' atau cover-up untuk menjadi agen kemusnahan kepada gerakan-gerakan Islam tersebut.

Anwar gagal membuktikan penglibatan APCO dalam 1Israel dan kerajaan Zionis Israel. Anwar juga gagal membuktikan 1Malaysia direncanakan oleh APCO. Tuduhan Anwar bahawa dengan mengkontrak APCO untuk membantu kerajaan dalam soal media di dalam dan di luar negeri, mendedahkan rahsia dan maklumat sulit negara kepada Yahudi dan dunia luar juga mungkin kepada musuh negara turut meleset. Penglibatan APCO hanya dalam hal yang berhubungkait dengan media dan komunikasi dalam dan luar negara sebagai usaha membentuk hubungan diplomatik lebih baik dengan negara-negara luar. Bidang tugas ini tiada bezanya dengan Anwar yang menggaji satu syarikat imej di US, RM 38 juta untuk mempopularkan dirinya dengan kerajaan Amerika Syarikat satu ketika dulu. Kini Anwar tidak perlu lagi syarikat sebegini kerana Anwar sudah diterima oleh kuasa-kuasa Barat dan Yahudi sebagai seorang pemimpin berimej Islam yang Liberal dari rantau Asia Timur yang boleh diperkuda dan diperguna oleh mereka untuk mencapai hasrat mereka mencampuri urusan negara-negara Islam rantau ini.

Nasharudin mat Isa bijak apabila menjauhi sidang perbahasan isu yang dibawa oleh Anwar. Membuang masa dewan membincang isu yang bermotifkan politik kepartian dan peribadi semata-mata walhal kepentingan rakyat dalam hal ini tiada berkaitan.

Dalam blognya, Anwar mendedahkan satu salinan surat Kerajaan Israel yang dikatakan ada kaitan dengan penglibatan APCO dengan kerajaan Israel. 

Persoalannya, bagaimana salinan surat rasmi dengan kepala surat Kerajaan Israel boleh diperolehi oleh Anwar ? Siapa orang hubungan atau pemberi maklumat Anwar dalam Kerajaan Israel? Kerajaan Israel mempunyai sistem keselamatan yang terbaik di dunia yang juga digunapakai oleh banyak negara lain, termasuk Amerika Syarikat dan Singapura, bagaimana mungkin Anwar boleh memperolehi dokumen sulit Kerajaan Israel? Perlu diingat, Israel adalah peneraju teknologi keselamatan, dan mereka mengekspot kepakaran dalam bidang ini ke serata dunia. Jika berlaku kebocoran rahsia sebegini , ia mampu merosakkan reputasi Israel dan menghakis kepercayaan ke atas kepakaran mereka dan teknologi keselamatan mereka.

Jika dokumen itu diperolehi dari syarikat terbabit, apa pula hubungan Anwar dengan syarikat tersebut? Bagaimana Anwar mampu berurusan dengan syarikat terbabit sehingga mampu memperolehi dokumen rahsia satu syarikat antarabangsa yang berpengaruh di dunia? Siapa pula 'inside man' Anwar dalam organisasi tersebut? Kebocoran rahsia ini juga akan memjejaskan kredibiliti syarikat terbabit.

Hanya satu kesimpulan boleh dibuat. Jika semua dokumen ini adalah salinan yang sah tidak direkacipta dan tidak difabrikasi, oleh Anwar dan PKR sebagaimana lazimnya dibuat oleh Anwar dan PKR seperti yang didedahkan oleh Zul Nordin dan Wee Choo Keong; Anwar ada hubungan yang akrab dan rapat dengan individu-individu berkepentingan dan berkedudukan dalam Kerajaan Zionis Israel atau organisasi-organisasi operasi rahsia 'covert operation' atau agensi-agensi risikan ataupun syarikat-syarikat terbabit yang dituduh oleh Anwar sendiri adalah operatif Yahudi Isreal Zionis. Ini juga bermakna Anwar Ibrahim tidak boleh menafikan dirinya bukan seorang agen Yahudi Zionis.


Category:
��
9:34 AM | Posted in
MP Padang Serai, N. Gobalakrishnan buat hal lagi di Parlimen. Kali ini dia mengganggu ucapan penggulungan Menteri Wilayah. Beliau telah diarah keluar oleh Timbalan Speaker, Ronald Kiandee.

Kekalutan bermula apabila, Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangun dan mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(12) bahawa menteri itu telah membuat kenyataan yang mengelirukan dewan dan perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kononnya memberi penjelasan mengelirukan mengenai penggunaan fasiliti DBKL oleh parti-parti politik semasa menjawab soalan dari Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Ghazali.

“Dia cakap mengelirukan dewan, ini bukan kali pertama tapi kali kedua, perkara ini tiada kena mengena dengan saya. Memang saya gunakan dewan tapi terpaksa gunakan nama NGO, itu hakikatnya tetapi menteri boleh guna atas nama menteri dan Umno, apakah dasar kementerian sebenarnya,” katanya.
Ini pun persoalan bangang dari anak Anwar Ibrahim. Menteri boleh guna atas dasar jawatan dia menteri la. Kenapa perlu persoalkan lagi.

Situasi itu kemudian menyebabkan ramai anggota Parlimen pembangkang termasuk Gobalakrishnan bangun dan mencelah mendesak supaya Raja Nong Chik memberikan jawapan yang benar mengenai penggunaan kemudahan DBKL oleh parti politik.

Kiandee yang cuba menenangkan keadaan itu meminta Gobalakrishnan supaya duduk dan memberi amaran supaya tidak mengganggu perjalanan mesyuarat.

“Yang Berhormat Padang Serai, jangan menganggu mesyuarat, jangan sampai Yang Berhormat dilihat mengganggu perjalanan mesyuarat,” katanya
Bagaimanapun, Gobalakrishnan tidak mengendahkan arahan Kiandee dan terus berkata supaya menteri jawab memberikan penjelasan. Keengganan Gobalakrishnan itu menyebabkan Kiandee mengarahkan Bentara untuk membawa anggota Parlimen pembangkang itu keluar dewan.

“Padang Serai saya cuba bagi amaran kepada Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat keluar sehingga selesai sidang dewan hari ini,” katanya.
N. in N. Gobalakrishnan tu stands for what? NUTTY agaknya. Bila masa keling ni tak buat hal? Memanjang buat hal dalam apa saja majlis. Tak layak langsung untuk bergelar Yang Berhormat. Kesian orang Padang Serai dapat Keling Mabuk jadi wakil rakyat. Layak duduk estet saja keling ni jadi mandor toreh getah. Patutpun diseret keluar dari Parlimen. Dengan polis pun nak gaduh, dalam parlimen pun nak gaduh. Balik estetla!!! 

Category:
��
1:23 AM | Posted in
dari http://theunspinners.blogspot.com/: PAS guna duit taukeh judi bangun Tok Bali

Projek pelancungan Tok Bali, Pasir Putih Kelantan yang mereka berikan pada taukeh Cina bernama Tan Sri Ta Kin Yan itu adalah taukeh mesin judi slot.

Tan Sri Ta mengetuai Kumpulan Waz Lian yang mempunyai beberapa mesin slot di Kuala Lumpur dan Selangor khususnya di Oakleaf Club, Bkt Antarabangsa, Bangsar (dulu sebelah Bangsar SC) and beberapa tempat di Bukut Bintang. Cara operasinya adalah menyamar sebagai Sports Club. a few area Bkt Bintang.

Projek Tok Bali itu didapati hasil hubungan rapatnya dengan ADUN Semerak, YB Wan Hassan. Ahem ahem ... Wan Hassan adalah ADUN PAS. Ye jangan hairan dengan PAS.

Kalau isu ini membiak pasti mereka kata apa salah bagi Cina yang buat kerja dengan baik dan tekun. Lebai2 yang dengar tu akan percayalah.

Operasi judi mesti ada projek perniagaan untuk membersihkan duit menjadi legitimate dan seolah-olah genuine. Bayangkan projek Tok Bali adalah projek untuk membersihkan duit haram Tan Sri Ta. PAS guan duit taukeh judi untuk membawa pembangunan kepada Pasir Putih.

nota blog:
PAS peduli apa haram halal bila berkenaan dengan harta dan wang ringgit. Dosa dan pahala dibelakangkan bila berdepan dengan duit ringgit. Harta donia didahulukan! 
Category:
��
5:56 PM | Posted in
Kebelakangan ini persidangan Parlimen dan DUN di negeri-negeri dijadikan 'medan tempur' parti-parti politk oleh wakil-wakil rakyat.

Gelagat yang ditunjukkan oleh wakil-wakil rakyat samada dari parti kerajaan apatah lagi parti pembangkang sangat memalukan. Rakyat dipertontontan dengan kelakuan yang tidak senonoh dan tidak sepatutnya dizahirkan oleh seseorang yang bergelar Yang Berhormat. Professionalisme seorang wakil rakyat yang menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dikesampingkan oleh mereka. Peraturan dan adab bersidang diremehkan dan arahan Speaker diperkecilkan. Yang jelas emosi mengatasi minda yang rasional wakil-wakil rakyat dalam bertindak dan berbahas di dewan-dewan mulia ini.

Banyak masa dihabiskan dengan memperkatakan perkara-perkara yang tidak memberi menafaat kepada rakyat. Permasalahan rakyat tidak diperbahaskan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dari kedua-dua pihak. Tuduh-menuduh dan bongkar-membongkar menjadi kelaziman sejak kebelakangan ini. Apa sebenarnya tujuan dan matlamat mereka berada di situ, jelas sekali dilupakan. Malah ada pula yang lebih gemar membuang masa di tempat lain dari berada di dalam Dewan membahas atau mendengar perbahasan rakan-rakan yang sedaang berlansung. Malah ada yang lansung tidak hadir ke Dewan, namun boleh menghadiri lain-lain program parti dan peribadi di luar negera.

Pendedahan konspirasi, rahsia-rahsia pemimpin parti dan sebagainya telah mengambil kedudukan keutamaan mengatasi masalah dan rintihan rakyat yang lebih memerlukan pembelaan dan penambahbaikan. Mungkinkah wakil-wakil rakyat kini terlupa bahawa rakyat memilih mereka untuk berada di dewan-dewan perundangan ini untuk mengenengahkan hasrat dan aspirasi rakyat agar dapat dibahaskan dan dibincangkan untuk mencapai penyelesaian dan keberhasilan terbaik.

Di Perak, ada pula yang bawa 'placard' dan poster ke dewan perundangan yang bersidang. Nak pergi bersidang ke nak pergi berdemonstrasi? Ada wakil rakyat bukan Islam yang kurang ajar tidak menghormati doa apabila dibacakan. Ada yang tidak pakai seragam lengkap. Ada kurnia dan darjah kebesaran anugerah Sultan sendiri pun, pun tak dipakai semasa menghadiri perasmian Dun oleh Raja Muda. Pakai separuh-separuh sahaja. Pakai selepang tapi tak kenakan kalung dan bintang Dato Seri. Tahun lalu pakai kalung dan bintang tak pakai selepang. Apabila dituduh derhaka, marah dan nafikan.

Yang peguam-peguam lebih sibuk hadir ke mahkamah layan pelanggan; 'kutip legal fees' dari hadir ke Parlimen dan ambil bahagian berbahas bagi pihak rakyat. Ada pula yang Adun pun dia, Ahli Parlimen pun dia. Mana satu nak hadir apabila kedua-dua Dewan bersidang? Apakah amanah rakyat yang dipohon daripada rakyat untuk dipikul semasa melemparkan janji-janji dalam pilihanraya dilunaskan dan digalas sebaiknya atau tidak?

'Politik Baru' sebenarnya bukan satu proses pembaharuan tetapi lebih tepat satu proses baru yang berganjak ke belakanag, bukannya ke hadapan. Yang benar hanya ada perubahan dalam komposisi parti-parti di dewan-dewan ini, namun perubahan yang lain tiada tampaknya.

Tak salah kalau rakyat menganggap Parlimen dan Dun-Dun sudah bertukar menjadi sarkas atau zoo!
Ini semua kerana rakyat sendiri telah terkhilaf apabila memilih 'binatang-binatang politik' untuk menjadi wakil-wakil kepada 'rakyat'.
Category:
��
6:53 AM | Posted in
dari kickdefella.wordpress.com 


Di dalam majalah Pengasuh bilangan 355 keluaran Jun 1967, Ustaz muda bernama Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat ada menulis,


“Islam sejak dulu sampailah sekarang, bahkan hingga bila-bila pun, tidak akan meletakkan taraf ekonomi sebagai perkara pertama dalam agenda pembangunan manusia…”
“Di atas dasar inilah maka Islam berjalan begitu lancar sekalipun perekonomian Muhajirin begitu meleset dan dikalangan Ansar sendiri begitu kucar kacir kerana sebagaimana diketahui dunia orang yang memegang tampuk ekonomi di zaman awal Islam dahulu ialah Yahudi yang menjadi musuh ketat Islam sejak dahulu sampai sekarang.”
Bergerak diatas premis inilah, Nik Aziz rela melihat rakyat Kelantan dirundung kemiskinan kerana baginya pembangunan ekonomi tidak penting. Tetapi yang peliknya, hasil mahsul kekayaan negeri di sifon keluar olehnya untuk Parti PAS dan jenteranya. Lebih buruk lagi, anak-anak kecil mereka pun rela mereka doktrinkan dengan menggunakan duit rasuah.

Apakah di atas kehebatan ini, PAS sekali lagi mengangkat Nik Aziz sebagai Mursyidul Amnya untuk tempoh lima tahun lagi?

Salinan surat-surat pemohon kawasan balak dan akujanji sumbangan wang tunai di dedahkan oleh kickdefella. Kalau tak percaya boleh jenguk blog dia.
Tokay-tokay balak Cina sumbang wang untuk PASTI di Kelantan, jika dapat kelulusan kawasan membalak dari kerajaan negeri. Sumbangan ini hadiah ke, derma ke, atau rasuah? Nik Aziz restu perbuatan rasuah balak di Kelantan. Wang rasuah itu pula digunakan pakai untuk mendidik anak-anak PASTI Kelantan. Sepanjang lebih 20 tahun perkara ini berlaku, bayangkan berapa ramai anak-anak Islam Kelantan yang dididik dengan hasil rasuah balak Nik Aziz?

Ahmad Awang di Perak juga dituduh terlibat dengan rasuah kawasan balak semasa pemerintahan singkat Nizar dan DAP. Sehingga kini Ahmad Awang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menafikan perkara tersebut.

Apa cerita ni? Ulamak PAS dan BALAK tidak boleh dipisahkan. Apakah ini bala kepada PAS pimpinan Ulamak BALAK?

Category:
��
6:28 AM | Posted in
“Jika kita melihat kepada keutamaan pengundi, tidak ada satu tempat pun yang kaum India boleh bertanding di negara ini. Masyarakat India tidak mempunyai majoriti sama sekali di mana-mana jua kawasan pilihan raya untuk bertanding. Mereka hanya boleh kekal sebagai pengundi..."-Samy Vellu, Presiden MIC.

Jelas kekalahan Palanivel pada PRU12 lalu adalah kerana penolakan pengundi Melayu kepada calon MIC tersebut. Hulu Selangor yang majoriti pengundinya Melayu sudah tentu inginkan seorang Melayu menjadi Ahli Parlimennya.

Dalam PRU12, semua calon BN yang bertanding kawasan DUN menang selesa, namun Palanivel tewas dengan margin tipis kepada calon PKR Dato' Dr Zainal. Ini jelas menunjukkan Palanivel, calon MIC tidak mendapat tempat di hati pengundi Hulu Selangor walaupun telah mewakili kawasan tersebut selama empat penggal. Tempoh terlalu lama juga faktor yang menyumbang kepada kekalahan Palanivel. Begitu juga nasib yang menimpa Samy Vellu di Sungai Siput.

Samy Vellu dan MIC perlu menerima hakikat, orang Melayu sudah hilang sabar dengan gelagat dan sikap orang India yang banyak menimbulkan masalah sebelum PRU12 dan berlarutan hingga kini walaupun iannya tidak serancak dulu.

Samy Vellu juga menolak dakwaan bahawa para pengundi di Parlimen Hulu Selangor tidak berminat dengan calon daripada MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Beliau percaya keadaan di kawasan pilihan raya berkenaan telah pun berubah sejak pilihan raya umum 2008.

“Kami telah pun keluar daripada masalah itu sekarang dan saya harap masyarakat akan cuba melupakan apa yang telah berlaku sebelum ini. Jangan cuba untuk mengingatkan mereka... itu tidak baik,”

Samy Vellu begitu yakin masyarakat kini boleh menerima calon MIC. Keyakinan ini amat tersasar jauh.

Samy Vellu perlu menerima hakikat penolakan calon-calon MIC bukan kerana masalah politik dalaman MIC sahaja, malah ianya kerana masalah yang ditimbulkan oleh beberapa kumpulan ekstrem kaum India.
Category:
��
4:40 PM | Posted in
Kemelut yang melanda Istana Kelantan nampaknya semakin serius. Sultan Kelantan yang beransur pulih dari kegeringan sudah berangkat pulang ke Kota Bahru. Tengku Mahkota masih memangku tugas Sultan Kelantan walaupun baginda Sultan sudah kembali ke Kota Bahru. Krisis dalam Istana Kelantan ini agak membimbangkan orang Kelantan. Kedaulatan Raja-raja Melayu perlu dijaga demi kepentingan orang Melayu. Ini adalah lambang orang Melayu dan payung kesucian Islam di negara ini.

Krisis Istana Kelantan bukan hanya perselisihan antara Putera-putera Sultan Kelantan malah ia lebih serius. Seolah-olah ada tangan-tangan ghaib yang memain peranan untuk menambah buruk kemelut  tersebut. Raja Perempuan Kelantan sebelum ini menzahirkan dukacita baginda atas perbuatan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak menziarahi Sultan Kelantan semasa dirawat di singapura walaupun dititah berbuat demikian. Kerajaan Kelantan juga menyinggung perasaan Sultan Kelantan apabila mengeluarkan kenyataan tidak tepat berkenaan keadaan kesihatan Sultan Kelantan. Keputusan Kerajaan Negeri untuk membawa pulang Sultan Kelantan ke Malaysia kerana tidak mampu menanggung kos perubatan Sultan Kelantan di Singapura juga adalah satu penghinaan kepada Sultan Kelantan.

Sukar untuk menafikan tindakan-tindakan biadab pimpinan kerajaan negeri Kelantan terhadap institusi Raja Melayu di Kelantan. Penganjuran pesta Jom Heboh di Kelantan yang mendapat kelulusan kerajaan negeri pada masa Sultan Kelantan masih gering walau beransur pulih sukar diterima. Tambahan pula keputusan kerajaan negeri meneruskan sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Kelantan dan Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran pada 30 Mac ini walaupun tidak diperkenan oleh Sultan Kelantan. Kerajaan negeri bertegas majlis itu boleh disempurnakan oleh Pemangku Sultan.

Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Nik Aziz seolah-olah tidak hormat kepada Istana Kelantan dan Sultan Kelantan. Tindakan kerajaan negeri seperti mengecil-ngecilkan kedudukan dan kehormatan Istana dan Sultan Kelantan. Mungkinkah Nik Aziz berpandangan kedudukan Sultan Kelantan di bawah Undang-undang Tubuh Negeri/Perlembagaan  dalam sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan di negara ini meletakkan Raja-raja Melayu di bawah dari Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh rakyat dan diketuai oleh beliau? Mungkin juga Nik Aziz merasakan Dewan Undangan Negeri yang diketuai beliau berkuasa menggubal Perlembagaan Negeri lebih tinggi kedudukannya dari Sultan Kelantan?
Category:
��